Thai : How i met "Long Neck" people in Chiang Rai
As salam
Ini bukan kisah "How i met your mother" or "Mom..How i come from you? " or ada yang jawab pulak " i jumpa mak you kat ITM aja.." kata Apak hang... hok aloh.. whatever lah ya... :D
Ini kisah kaum Karen. Kisah "How i met Long Neck people in Chiang Rai." Wanita-wanita berleher jinjang yang juga dipanggil sebagai wanita berleher zirafah. Di antara tradisi suku kaum Karen ini ialah memakai cincin gegelang tembaga di leher sejak kecil lagi sehingga mereka dewasa. Mereka beranggapan mempunyai leher yang panjang dan jinjang sebagai satu simbol kecantikan dan status yang tinggi.
Lawatan ke Chiang Rai baru-baru ini merupakan percutian istimewa ke perkampungan yang menjadi tarikan pelancong. Kaum Karen mewarisi adat tradisi purba ini turun menurun dari nenek moyang mereka.
Penulisan entri ini bukan untuk menunjuk-nunjuk dan bukan juga untuk dijadikan pameran. Sekadar perkongsian kepada yang tidak pernah tahu tentang kewujudan kaum Karen dan adat tradisi nya yang unik iaitu memakai gegelang tembaga di leher.
Kaum Karen sebenarnya berasal dari Myanmar. Pada akhir 1980-an dan awal 1990-an kerana percanggahan dengan rejim tentera di Myanmar , ramai dari kaum ini melarikan diri ke sempadan Thailand. Kem-kem pelarian yang di diami oleh "Long Neck people" ini pula dijadikan tarikan pelancong oleh kerajaan Thai. Status pelarian yang tidak diiktiraf dan hak yang dinafikan di negara orang menyebabkan mereka bersetuju membuka perkampungan ini kepada pelancong sebagai sumber pendapatan.
Pelbagai kontroversi yang timbul mengenai wanita2 yang memakai gegelang yang diperbuat dari tembaga yang berat ini. Mereka tidak boleh keluar untuk mencari kerja yang lain kerana status pelarian sebagai pendatang tanpa izin ini.
Wallah hu aklam.
Pelbagai kontroversi yang timbul mengenai wanita2 yang memakai gegelang yang diperbuat dari tembaga yang berat ini. Mereka tidak boleh keluar untuk mencari kerja yang lain kerana status pelarian sebagai pendatang tanpa izin ini.
Wallah hu aklam.
Ini mengingatkan saya kepada ramainya pelarian orang-orang Rohingya yang beragama Islam juga yang datang dari Myanmar. Semoga mereka terselamat dari terus di zalimi oleh rejim tentera di sana. Semoga Allah swt memelihara mereka.. aamiinn
Berat tu...
|
Sila layari artikel ini di http://epicureandculture.com/thailand-long-neck-women/ untuk cerita lebih lanjut. Sekadar sedikit petikan darinya. Sila translate sendiri.
"The tribe has a custom where some women wearing rings to create the appearance of a long neck. This exotic tradition inspired the creation of tourism villages in 1985. Some Padaung moved to these artificial hill tribe residencies with work permits to make a living on tourism. But without citizenship, Kayans have limited access to utilities such as electricity, roads, health care and schools for education. Furthermore, Thai authorities refuse to allow Kayans to resettle outside tourist villages, claiming they are economic migrants and not real refugees."
Pelancong dikenakan bayaran sebanyak 300 Baht seorang untuk melawat kampung ini. Semoga dengan lawatan ini dapatlah menjanakan pendapatan yang lebih kepada mereka.
|
Welcome us! |
Encik suami bersama seorang wanita dari puak Ahka. Puak Ahka ini memasuki Thailand dari Yunnan, China ketika berlaku perang saudara di antara Laos dan Myanmar.
# Sporting wife ... :p
|
Terdapat suku kaum Karen juga yang berasal dari China, Myanmar dan Thailand di sini.. Khun ma chak nai? Awak dari mana?
|
JOM explore! |
Lain-lain suku kaum Karen tinggal di Phrae, di bahagian tengah utara Thailand, dan Baan Thaton jauh di utara wilayah Chiang Mai. Ciri utama wanita mereka pula ialah penggunaan subang yang besar pada telinga. Cara yang unik dan pelbagai medium perhiasan datang dan pergi sejak sekian lama namun kaun Karen Mae Hong Sorn dan Phrae tetap meneruskan tradisi ini hingga ke hari ini. Di Hong Sorn dan Bann Thaton kawasan Mae itu, kaum wanita di kampung-kampung Karen memakai gegelang tembaga berganda di leher, tangan dan kaki juga. Sungguh menerujakan... - sedikit petikan yang saya terjemahkan.
Hiasan di kaki |
Lihat subang di telinganya. Tapak cincin bulat yang besar itu di masukkan ke dalam lubang telinga yang ditusuk menjadikan kulit di telinga meregang. Harap anda faham apa yang ingin saya sampaikan. :) |
Kejelitaan yang tidak hilang walau dimamah usia |
Setiap kali ada pelancong yang singgah ke gerai-gerai jualan , mereka akan cepat-cepat beraksi membuat demontrasi menenun kain. Ada juga yang sedang menyusu dan memberikan anak-anak mereka makan. Sebagai kampung tarikan pelancong kebanyakkan barang kraf adalah didatangkan siap dari kilang dan dari hasil buatan tangan mereka sendiri.
Beli jangan tak beli ya.. |
Menyusuri perkampungan ini |
hehehe.. comel ... |
Seorang wanita di Plam Piang Din Village memakai cincin gegelang 37 tembaga di sekitar lehernya dan ini dianggap ideal. Bagi wanita yang telah berkahwin, mereka memakai subang dari taring gajah sepanjang satu hingga empat sentimeter.yang ditusuk di telinga mereka. Sedikit petikan yang diterjemahkan.
Pondok atau rumah kediaman mereka |
Penempatan mereka yang tidak mempunyai kemudahan asas.
|
Verdict : Jauh di sudut hati, sebenarnya saya merasa tersangat hiba akan kehidupan mereka yang tersangat daif dari pandangan kasar ini. Menghabiskan masa berjalan dipersekitaran dan memerhatikan para wanita dan anak-anak ini yang terpaksa melupakan perasaan malu dengan menjadikan diri sebagai pameran untuk tontonan pelancong demi untuk menjana kelangsungan hidup. Sedih... T-T
Moral of the story : Aku hanya insan kerdil lagi hina dan tidak berdaya untuk membantu. Bagi pelancong-pelancong dan badan bukan kerajaan di sana sudah tentu ada yang sedang berusaha dan aktif bergerak untuk membantu mereka meningkatkan taraf hidup seperti di dalam bidang pelajaran dsb. Setakat membeli fridge magnet, gelang buatan tangan seurat dua.. moga mungkin sekurang-kurangnya dapat menambah jualan di hari itu. Hanya doa untuk insan sedunia :(
Sekadar nota : Agak kecewa kerana tidak berkesempatan melawat ke sebuah perkampungan kaum Hmong yang berbeza etnik dan adat tradisinya. Pemandu van mencadangkan kami ke sana tetapi encik suami sebenarnya tersalah sangka, disangkakan Hmong Village tu Monk Village (kampung sami Buddha...) Oh alahai .. maka tak pergilah..huhuhu.. alang-alang dah sampaikan..
The village itself is a development sponsored by the Thai royal family. Hmmm... hampa!
Photo credit to Mr Brian Snelson from Hockley, Essex, England - Flower Hmong women |
Hmong children at the White Meo Village Doi Suithep di Chiang Mai Layari http://www.travelnasia.com/thailand/white-meo-hilltribe-village-chiang-mai/ |
Mode: Next time jika hendak membuat lawatan sendiri haruslah mencari pemandu van yang boleh berbahasa Inggeris. Kalau tidak main bedal teka dan agak-agak ajelah apa yang dicakapkan di sepanjang jalan kenangan ini seumpama bercakap dengan itik dan ayam...
Terdapat banyak pakej pelancongan di hotel yang menyediakan perkhidmatan untuk ke tempat-tempat yang menarik di sini. Till we meet again..
Terdapat banyak pakej pelancongan di hotel yang menyediakan perkhidmatan untuk ke tempat-tempat yang menarik di sini. Till we meet again..
KHAP KHUN KHA
terima kasih ;)
Comments
Post a Comment