Thai : Crazy shopping in Chiang Mai..

As salam

Thailand  - "Land of Smiles" katanya.

Makcik-makcik yang seangkatan dengan saya yang membaca entri ini pastinya tahu di manakah terletaknya negara jiran kita Thailand.

Sa wa dee kha..
Kebanyakan dari kita mungkin pernah  pergi ke Pengkalan Kubur, Rantau Panjang, Pengkalan Hulu, Bukit Kayu Hitam, Padang Besar dan Wang Kelian untuk bershopping sakan selimut toto, thermos makanan, tikar picnic, bakul kain besar, handbag kulit dan periuk belanga bagai dulu. (Itu semua yang saya belilah ... saya tak tahu awak beli apa satu waktu dulu)  Semua destinasi itu adalah bersempadan dengan Thailand.

"Hok aloh.. baru mokcik tahu!"  
Dan pokcik-pokcik lagilah tahu di mana Thailand nih... "Land of Si maniisss"  katanya. Kihkihkih!

Bukan ke Hatyai, bukan ke Bangkok, Narathiwat, Yala, Koh Samui mahupun Krabi.  Hanya di Chiang Mai... dan kemudian ke Chiang Rai yang jauhnya kira-kira 3 jam perjalanan dengan menaiki van.

Misi meraikan warga pencen bersama Puan Hjh Hadiyaton dan Puan Siti Hapsah kakak-kakak encik suami bersama kami dalam penerbangan yang pertama. Puan Hjh Kamsiah dan Tuan Hj Harun, kakak dan abang ipar encik suami menyusul dalam penerbangan yang kedua pada hari yang sama juga.  Meraikan sahaja..bayar tambang sendiri-sendiri ehhh.. ;) 



Dari KLIA2 kami mengambil masa selama lebih 4 jam untuk sampai ke Chiang Mai International Airport sedangkan perjalanan melalui udara hanyalah mengambil masa 2 jam sahaja. Mak aihh... lamanya!  Dah kenapa?  

Akibat kerosakan teknikal kata pilot kita.  Setelah dah pasang tali pinggang,  melihat dan belajar isyarat kecemasan dari pramugari, ambil foto candid lagi dengan encik suami .. tiba-tiba kami dikehendaki untuk keluar dari pesawat dan kembali semula ke ruang menunggu. Astaghfirullah hal azim.. takutnya.  Peristiwa hilangnya kapal MH370 lebih setahun yang lalu memang membuat kita semua rasanya trauma hendak naik kapalterbang lagi.  Namun Allah swt Maha Mengasihi dan Menyayangi.   Maka dengan izin Allah swt perjalanan ini dipermudahkan. Alhamdulillah..

Terimakasih di atas doa anak-anak dan rakan semua. Lambat 2 jam bukankah biasa katanya.. :(

Di hadapan lobi hotel 
Once upon a time in one of Chiang Mai's hotel

Ruang legar hotel yang cantik dengan perabot-perabot antik membangkitkan nostalgia
Chiang Mai bandar kedua terbesar terletak di utara dan jaraknya ialah 700km dari Bangkok, ibu negara Thailand.  Penduduknya yang seramai lebih kurang 200 ribu  orang berbanding dengan Bangkok yang berkepadatan kira-kira 9 juta orang. Maka tidak hairanlah ramai dari penduduk Bangkok sendiri turun untuk bercuti ke Chiang Mai untuk menghilangkan stress dari kesesakan penduduk.  .. wallah hu aklam. :)

"The Chiang Mai Gate" ialah pintu masuk ke kota lama purba Chiang Mai.   
Chiang Mai dahulu merupakan sebuah kota purba bertembok berwarna merah bata yang dikelilingi oleh parit dan dibina pada tahun 1296.   Kota lama ini adalah kira-kira 1.5 km persegi sahaja. Kebanyakan dinding dari kota asal telah pun runtuh namun empat benteng di setiap sudut masih utuh bersama-sama dengan bahagian-bahagian yang lain. Parit asal yang mengelilingi tembok ini masih digunakan sehingga ke hari ini. Bandar Chiang Mai kini  terdiri dari kota lama (dalam kawasan yang bertembok) dan bandar baru yang telah berkembang di persekitarannya. Dari petikan yang di terjemahkan.

Pemandangan dari tembok merah bata yang mengelilingi bandar lama Chiang Mai.  Red  taxi amat popular di Thailand.  Untuk satu perjalanan singkat dari hotel ke pasar-pasar berdekatan.. mereka mengenakan bayaran 20 Baht untuk seorang.

Deretan  tuk tuk  iaitu beca bermotor berbaris menunggu penumpang.  
Tarikan di Chiang Mai tentulah segala jenis pasar yang melambai-lambai menggamit pelancong untuk "JOM Shopping".  Letak bagasi di hotel. Solat jamak dan berehat sebentar maka selepas itu janganlah dilepaskan peluang untuk bershopping. Masa itu emas.  Amboi.. dan dan tu je masa itu emas...  hahaha :p

Thailand memang merupakan syurga membeli belah kepada pelancong.  Shopping ke sempadan-sempadan sahaja di Malaysia pun kita pergi, inikan pula bila dah "terjun" kesana.  Harap tidak lemas tenggelamlah kita.. i hope you know what i mean.   Astaghfirullah hal azim..

A must go market to endure...   http://www.visitchiangmai.com.au/markets.html

Ini lah senarai pasar-pasar yang kami dok ulang-alik berjalan kaki hingga sampai ke tengah malam. Jika berhajat ke Chiang Mai.. sila singgah.  Sila translate sendiri ya.. 
  • Sunday Markets (Sunday only) (also called Walking Street Markets) (late afternoon till midnight) In the centre of Chiang Mai's Old City section from the Tha Phae Gate to all the way down Rachadamnoen Road, about 1klm long, and spreading out down all the side streets. Big. 

  • Saturday (Wua Lai) Market (Saturday only) (late afternoon till midnight) All the way down Wua Lai Road opposite Chiang Mai Gate, about 1km long. South side of Chiang Mai's Old City section.

  • Night Bazaar (daily open from late afternoon till midnight) The famous Night Bazaar is a bargain hunters paradise. Eastern side of Old City all the way along Chang Khlan Road, about 1km long.

  • Kalare Night Market (1/3 way down from top of Night Bazaar) (daily open from dusk till midnight) Eastern side of Old City on Chang Khlan Road.
  • Anusarn Night Market (1/3 way up from bottom of Night Bazaar) (daily open from dusk till midnight) Eastern side of Old City on Chang Khlan Road.
  • Warorot Market (daytime) (early morning till night) (2 minute stroll north of Night Bazaar) Eastern side of Old City on Chang Moi Road. Buy anything and everything here. This is a favourite place for the locals to shop.

Di bawah ialah antara foto-foto sepanjang jalan kenangan di pasar-pasar yang kami pergi.  Sila baca sampai habis untuk mendapat sedikit tips melancong ala-ala saya di penghujung cerita.. ;) 


Di sepanjang jalan berhadapan Chiang Mai's Gate pada petang Sabtu

Mencari rezeki dengan bermain ukelele sambil menyanyi.. A very talented girl!

Thai tidak pernah di jajah dan masih mengekalkan reka bentuk tradisional pada bangunan dan kuil mereka. 
"No coffee keep healthy". New quote by me for my husband who cannot drink coffee anymore.
Infront of Chiang Mai's Gate ..
Basikal untuk di sewa disediakan oleh pihak hotel
Night bazaar.  Layannn...
Kalare Night Market.. sabar ya ibu2 sakalian.. malam baru "opening and happening"
The graffitied post box.. Ini namanya seni yang salah tempat.. huhuhu
Beca pun ada
Lorong yang sunyi sebelum kembali meriah di sebelah malam
Ma shaa Allah... a beautiful sketches
Tantek nerr..
Thai.. segalanya embroidered 
Pencinta kucing
Embroided handbags
All in white
Mari-mari borong!
Kain-kain yang sesuai untuk di buat sampin. Kalau yang peyot boyoi tu 2 1/2 mtr should be ok kot..  Cantikkan? 
Jangan lepaskan peluang untuk ke Pasar Warorot
Kakak  dan adik ... dah penat
Kegilaan..  Fragile.  Bunga savon harum yang diperbuat dari sabun wangi.  Disimpan di dalam kotak kayu dengan penutup cantik berukir untuk menjaminnya dari pecah.  Must buy!
Sesuai untuk dibuat cenderahati untuk majlis perkahwinan
Ma shaa Allah... pandai betul mereka mengukir bunga-bunga.  Kepakaran dan ketelitian dalam seni ukiran merupakan anugerah dari Allah swt

JOM baca tips ala-ala saya bila melancong :-

  • Jika berhajat melancong ke sesuatu tempat kita perlu fokus apakah yang ingin kita beli dan apa yang perlu kita bawa.  Misi saya kali ini ialah untuk mencari langsir siap yang cantik, murah dan berkualiti untuk rumah baru yang bakal siap tidak lama lagi.  Alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan. Harganya mestilah separuh lebih murah dari yang dijual di tempat kita.  Barulah berbaloi.. Namun kalau tidak ada, tidak mengapa.  Ini hanyalah misi.. no offence.

  • Berdasarkan pengalaman.. - jangan kata kita bukan hendak membeli, kita hanya nak berjalan.  Jangan dengar kata orang "Ala..bukan ada apa nak beli pun kat sana" ..hahaha.. itu semua mitos sahaja. Tak payahlah beli apa-apa untuk kami kata yang ditinggalkan pula.  Iya lah tu... hahaha.. sapa taknak buah tangan oii... Buah stoberi pun nampak sedap aje bila di rantau orang. kihkihkih...  Belilah sesuatu untuk yang disayang.  In shaa Allah.. mereka akan tertunggu-tunggu "sebinia" dari kita.

  • Bawalah beg besar yang kosong.   Bukan kita yang bawa.  Kapalterbang yang bawa.  Kalau taknak beli apa-apa untuk di bawa balik pun, biarlah beg kosong kita bawa balik.  Tak pun kita boleh tumpangkan isi barang untuk kawan-kawan yang lain.  Dapat pahala juga. Tak salah kan. Namun janganlah pula untuk menyempurnakan misi kita.. habis semua beg orang lain kita nak isi dengan barangan kita. No no no ..no good! Hargailah perasaan rakan serombongan waima teman sebilik anda pun. Mereka pun tentu ada misi mereka sendiri.   
  • Pastikan kita tidak membawa baju yang banyak. Bawa 3 helai sahaja baju termasuk yang ada di badan untuk perjalanan 4 hari 3 malam contohnya dan juga "deodorant". Sepasang baju tidur sudah cukup dalam misi untuk tidur di hotel. Hotel juga ada menyediakan "bath rope" untuk digunakan selepas mandi dan boleh juga di pakai untuk tidur.   Baju hari pertama sila gantung dan anginkan untuk di pakai pada hari terakhir untuk pulang.  Pastikan kita tidak memakai tudung yang sama dengan baju yang sama pada hari pertama bila pulang nanti.  Ini di namakan sebagai misi re-cycle. Ops.. misi ini sesuai untuk "no sweat people only" ...  huhuhu.. Dan jangan harap untuk mendapatkan baju yang sopan tahap muslimah di Chiang Mai mahupun Chiang Rai. Kemeja berlengan panjang pun kebanyakannya hanya berlengan tiga suku. Mungkin ada tapi saya tak jumpa pun. Ini bukan Ho Chi Minh city ya...

  • Kain silk atau sutera Thailand adalah kegilaan para wanita.  Pastikan kita membeli kain sutera di kedai-kedai kerana di pasar kebanyakan mutu kainnya agak kurang berkualiti dan kasar tetapi di jual dengan harga yang mahal.  Jangan terpedaya jika kita tidak pandai membeli..
  • Dan akhirnya.. jika kita berhajat untuk ke Chiang Rai.  Janganlah membeli dulu di Chiang Mai. Harga barangan di Chiang Rai adalah jaaaaaaaaaauuuuuuuuuhhhh lebih murah dari di Chiang Mai.  Barangannya sama sahaja. Namun jika tiada "up to standard/taste" kita di Chiang Rai kita boleh kembali semula ke Chiang Mai dan bershopping semula.
Tunggu untuk entri shopping-shopping di Mea Sai di Chiang Rai yang bersempadan dengan Myanmar untuk misi pencarian cadar ala patch work yang murah-murah pula dan juga night bazaar yang happening di sana.      Astaghfirullah hal azim... 

Night Bazaar
Verdict :  Peniaga-peniaga di Chiang Mai memang bersopan santun.  Kita boleh bertanyakan harga barang jualan tanpa merasa "guilty" jika tak membeli.  Mereka akan melayan kita dengan baik berbanding dengan kesebuah negara yang pernah saya lawati tidak lama dulu.  Baru pegang dan tanya harga  sahaja, penjual dah pegang tangan kita dan tak mahu lepas.  Oh.. takutnya.  

Kisah benar :  Kisah bermula semasa kami sedang sibuk mencuci mata di sepanjang jalan di Pasar Sabtu Chiang Mai's Gate.  Ketika itu jam tepat menunjukkan pukul 6 petang.  Tiba-tiba lagu negaraku atau lagu kebangsaan Thailand berkumandang kuat dengan bantuan speaker. Terkejut mak aihh! 
Pelancong berhenti seketika
Peniaga dan penduduk Thailand di sana akan terus bangun berdiri dan berhenti dari melakukan sebarang aktiviti untuk sama-sama menyanyi bagi menghormati lagu kebangsaan mereka.  Maka pelancong-pelancong pun turut sama berdiri tegak dan tersenyum sesama sendiri walaupun kita tidak saling mengenali.   Mereka boleh didenda oleh pihak berkuasa jika tidak menghormati lagu kebangsaan. Subhanallah...  pemandangan yang sangat menarik apabila "movement were freeze" di serata jalan. 

Mereka di ajar untuk menghormati lagu kebangsaan setiap hari agar mereka lebih mencintai tanahair tempat tumpah darah mereka. 

Sebagai ibubapa ajarilah anak-anak kita agar mencintai negara kita Malaysia sepanjang masa bukan  hanya setakat menyanyi lagu kebangsaan di waktu alam persekolahan sahaja. 

And i really respect and admire them.  I really do  :)

"Always give to the poor even if it's just a smile " The Noble Quran

Bertemu lagi di entri akan datang - Mae Fah Luang Garden yang penuh dengan munge-munge... <3



JIM NOI

senyum sikit :)

Comments

  1. assalamualaikum, wah best nye kan nor jenjalan chiang mai tu, kaknoor pun belum pernah sampai suatu hari lah mana tau ada rezeki..

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumusalam kak noor.. Apalah Chiang mai ini kalau nak dibandingkan dgn ke UK tu kak... hahaha..gurau2 kak. Insha Allah.. Brunei bukannya jauh sgt dari Chiang Mai tu.. :)

      Delete
  2. As salam, saya pun teringin nakbercutike Chengmai setelah baca entry puan, saya mohon, tolong maklum pada saya pergi cara travel agen atau booking sendiri. kalau agen, egen mana. tk

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikummuslm Encik Ahmad. Sorry..lambat jawab soalan encik. Saya ke sana tanpa melalui ejen kerana suami pernah ke sana sebelum ini. Selalunya di hotel2 ada menyediakan khidmat van untuk ke destinasi yang kita ingin pergi. Pastikan pemandu van tahu tempat makanan halal. Tq. Harap dapat membantu.

      Delete
  3. Pengalaman yang menarik. Tq sudi berkongsi

    ReplyDelete
  4. Perkongsian yang sangat menarik...bermanfaat utk mereka yang bercadang ke sana...

    ReplyDelete
  5. Salam, Apa nama hotel yang akak tinggal yer?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikummuslm Fikri. Kami menginap di Star Hotel Chiang Mai, 36 soi 4, Loikro Road, A. Muang Chiang Mai 50100 Thailand.

      Delete
  6. Salam. Akak hotel tu di night bazar k

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikummuslm Ratih. Hotel tu memang berdekatan dgn area night bazar tetapi bukanlah di depan mata. Kena naik kenderaan spt "tuk tuk" atau beca jugalah sebab mrk akan bawa kita direct ke sana dan kita boleh berjln kaki utk ke bazar2 yg terletak berdekatan di antara satu sama lain. Tambang murah shj.

      Delete
  7. Salam kak. Saya dah pun beli timet tuk ke chiangmai pada februari nanti.. kalau boleh sy ingin pendapat akak.. mana lebih murah dan mudah. Kalau arrang sendiri atau ambil agen. Lg satu ok ke klu bermalam gi hot spring

    ReplyDelete
  8. salam. Akak senang x nk cari restoren makanan halal kat chiang mai tu

    ReplyDelete
  9. salam puan..bleh tau berapa harga sewa van ke chiang rai?

    ReplyDelete
  10. Salam. Bagaimana dgn makanan halal? Adakah senang didapati daripada night bazar?

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Awas.. Kata pujian kepada anak-anak kecil

Dari Sekinchan ke Tanjung Karang.. jom cari kerepek!

Sepagi di Pengkalan Nelayan