Kundasang ~ Penemuan stesen minyak yang unik

As salam
Dengan memandu kereta yang disewa  untuk ke Taman Negara Kinabalu, pencarian stesen minyak adalah wajar sebelum kami pulang apatah lagi setelah memandu seharian. 

SubhanAllah .. cuaca yang nyaman dengan pemandangan yang menarik membuatkan perasaan jadi tenang dan damai dalam perjalanan menuruni taman ini untuk pulang ke Kota Kinabalu.  

Dan kali ini kami kembali melalui pekan kecil ini lagi. Pekan Kundasang yang terletak di dalam daerah Ranau berada lebih kurang 6km dari Taman Negara Kinabalu merupakan pekan yang paling hampir dengan gunung Kinabalu ini.

SubhanAllah.. asyik dengan pemandangan Lembah Kundasang sayup di kejauhan
Pencarian stesen minyak berakhir di sini. Penemuan stesen Shell Kundasang yang sangat menarik ini membuatkan perjalanan kami yang panjang dan lelah  ini amatlah berbaloi. Terkesima ala tercengang dengan stesen ini.. oh no! Masih ada lagi yang terpinggir disini, di zaman serba millenium ini. Dan sebenarnya stesen ini sangatlah "out of date". Itulah keunikannya. Well.. actually it really made my day!
Suasana yang sangat klasik.  Stesen Shell yang serba ringkas seolah-olah kita berada di era 70-an. Zaman retro gitu... 
Suasana yang sangat antik.  Terbayang-bayang suasana berada di Dallas, Texas di awal 50-an pulak.  JR Ewing, Sue Ellen, Bobby dan Pamela. Banyak berangan lah ni.. hahaha
Suasana yang sangat unik.  Uitt.. takkan terbayangkan loji minyak di Kerteh, Terengganu pulak kot..amboi! over nih..
Apatah lagi apabila "pump attendance"nya ialah seorang wanita yang kecil dan comel.. cutelah gitu!

Aku bukannya selemah yang kau sangka
Aku tak rela diseksa, haa aa!
Beranikah lagi bersemuka
Rasakan kuasa, tamparan wanita
Akulah wanita... tidak gentar.. jangan kau cabar

Eh eh eh.. tetiba teringatkan melodi lagu yang amat popular yang dinyanyikan oleh kumpulan Elite once upon a time .. senikata di atas dari lagu mereka "Tamparan Wanita" ... wakaka.. ini bukan buang tebiat ya!
Rare...
Safety first.. keselamatan diutamakan
Wa cakap comel...
Sweet and very friendly
Entah bila dapat ketemu lagi
Kundasang amat terkenal dengan gerai sayur-sayuran yang merupakan "trade mark" pekan ini dimana pertanian merupakan penghasilan utamanya. Deretan gerai-gerai kayu yang menjual  beraneka sayur-sayuran dan buah-buahan terletak di sepanjang jalan. 





Namun agak terkilan kerana pencarian "durian merah" durian hutan yang terdapat di Sabah ini tidak ditemui di sini.  Hampa...

Durian merah ~ sumber imej dari Google
Dalam perjalanan ke  Taman Negara Kinabalu kami singgah untuk solat jamak di masjid Ar Rahman yang terletak di Ranau.  Masjid yang gah tersergam. Teringat saya akan seorang rakan lama yang berasal dari Ranau dan belajar bersama di Kuala Kubu dahulu kerana nama masjid ini sama dengan nama ayah beliau.  Kami terputus hubungan dengannya ketika beliau melanjutkan pelajaran ke Australia.  Namun berita terkini tentang beliau dapatlah saya ketahui melalui sahabat lama kami saudara Azman ketika berkunjung ke rumahnya di Lembising. Alhamdullilah 

Usai solat..  meneguk air kelapa muda penghilang dahaga di kedai makan yang berada di perkarangan masjid
Dingin... 

Verdict :  Anak-anak bertanya mengapa di sepanjang jalan menuju ke Taman Negara Kinabalu ini terdapat terlampau banyak rumah ibadat. Adakah hampir kesemua penduduk disini beragama bukan Islam tanya mereka lagi. Masjid dan surau juga ada tetapi kelihatan amat kurang jika dibandingkan dengan rumah-rumah ibadat lain yang nampak jelas kelihatan di setiap simpang jalan dan kampung.  Siap dengan signage.. 

Pengalaman tinggal di England dengan suasana yang sama namun ironinya tentulah ia adalah sebuah negara Barat membuatkan saya sedikit hampa. Teringat satu ketika dahulu apabila ke Sumatera Utara situasi yang sama juga ada disana.   

Moral of the story :  Anak kecil jangan bermain api.. kelak terbakar jari.  Inilah akibatnya jika satu ketika dahulu, bumi yang dipijak tetapi pernah menjadi milik orang lain.  Jangan termenung... sudah terhantuk.. dah benjol! Anak-anak berpijaklah di bumi yang nyata.  Jangan kerana bencikan seorang pemimpin atau taksub kepada seorang pemimpin.. kita gadaikan negara dan agama kita. Astaghfirullah hal azim..
  
Surah Al-Baqarah Ayat 216 :

“... Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.”

Pesanan untuk diri sendiri dan semua.  InshaAllah.. Bertemu lagi di entri Sabah yang lain... 


Da....

Comments

  1. salam kak..
    erm Kundasang, bumi yg sejuk... sy pun jarang ke sini..sekadar lalu klu nak ke Kota Kinabalu...
    ttg rumah ibadat tu mmg betullah... banyak terdapat di sana.. sebab majoriti penduduk nya jg non-muslim...

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam aTie.. tq sudi baca.. ingatkan xde orang nak baca.. shj luahan perasaan org tua.. ngeee..

      Delete
  2. Durian merah tu ingatkan dalam citer upin ipin yg ada.. rupanya ada yg real ye.. tak tau pun.. nice info

    Assalamualaikum & salam perkenalan. Jemput singgah di blog http://www.kedaivitamin2u.blogspot.com. Di sini ada info supplement produk keluaran Shaklee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikummussalam.. tq kerana sudi mmbaca. InshaAllah nnt kita berblog walking ya!

      Delete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Awas.. Kata pujian kepada anak-anak kecil

Dari Sekinchan ke Tanjung Karang.. jom cari kerepek!

Sepagi di Pengkalan Nelayan