Déjà vu di Nabalu

As salam

Déjà vu ? Selalu dengar.. selalu baca.  Apakah itu? Déjà vu berasal dari perkataan Peranchis yang bermaksud  "already seen" iaitu  perasaan yang begitu kuat dan dekat pada sesuatu kejadian seolah-olah kita pernah mengalaminya di masa lalu walaupun mungkin ada dan sebenarnya kadang2 tidak pernah pun kita alami.  (The phenomenon of having the strong sensation that an event or experience currently being experienced has been experienced in the past, whether it has actually happened or not ~ Wiki.)

Apa? ehh.. ini bukanlah adaptasi drama Dejavu di Kinabalu lakonan Tiz Zakiah years ago. No no no.. ini drama kami yang bercita2 nak explore Gunung Kinabalu, gunung yang tertinggi di Malaysia ini 

Moral of the story : Konon2nya "Déjà vu"lah .. seperti terasa sudah pernah naik ke atas gunung ini so tak perlulah kita bersusah payah nak mendaki Gunung Kinabalu ini lagikan. Apatah lagi kudrat pun dah tak berapa nak ada katanya.  Setakat exercise siram pokok hari-hari aje.. camno.. hehehee... marilah buat kerja yang berfaedah lain kot!

Bulan Mei hampir meninggalkan kita dan sebelum itu mari membaca tentang kisah naik gunung yang tidak berkesudahan ini.  Marilah saya perabihkan dulu entri tentang Sabah yang tak habis-habis nih! Never ending story kot
Disebabkan ekspedisi bermula agak lambat dan cuaca mendung dari pagi.  Inilah hasilnya.  Tak nampak puncak gunung da.. dah diselimuti kabus tebal
Dah sampai.. kita posinglah dulu.   Bayaran masuk yang berpatutan dikenakan pada setiap pelawat di Kinabalu Park ini seperti lampiran tiket di bawah :-



Kinabalu Park ini tersangat luas.  Dan sebenarnya ia lebih besar dari Pulau Singapura.  Tertera nama-nama pemenang climbathon yang berjaya mendaki gunung ini.  Antaranya nama alang, kak long cik Fara dan angah Jaja.  Beneran nih? hahaha..
Tak tipu taww.. ini kisah benar
Chai yok! Semangat2.. kita kena naik juga.  JOM!
The SummitTrails 1,866.4m bermula dari Timpohon Gate ini
Intai2 dulu.. berkemampuan ke nak naik 3 hari dua malam tu.. huhuhu
Kebanyakan penduduk di sini ialah orang2 Kadazandusun yang merupakan etnik terbesar di Sabah.   Mereka kebanyakannya bertanam padi dan kampung2 mereka bertebaran di atas bukit dan lembah dipergunungan.  Jadi tidak hairanlah kenapa dan bagaimana ramai yang bekerja sebagai pemandu pelancong dan porters.  Dengan "exercise" hari2 naik bukit turun gunung ... kita akan melihat mereka ini "relax and cool" sahaja mengangkut barang2 berat seperti tong gas dsb naik ke atas gunung.  MashaAllah.. hebat!  
Gambar sekadar hiasan tetapi kami juga terserempak dengan pendaki yang terjatuh dalam pendakian dan di usung ala "piggy back" untuk turun ke bawah.  Dan tidaklah saya mengambil gambar akan musibah yang menimpa pendaki itu. Kesian dia.. malang tidak berbau
Penggambaran drama akan bermula untuk pencalonan Anugerah Skrin  tahun depan.  "A picture is worth a thousand words" katanya. Sebahagian foto2 kenangan buat simpanan kami sekeluarga.  SubhanAllah.. tiada kata yang dapat diungkapkan betapa cantiknya dan sempurnanya keindahan alam flora dan fauna ciptaan Allah swt. Alhamdulillah di atas kesempatan yang diberikan ini. Bersyukurlah..
















Akhirnya.. balik juga. Penat menunggu abang yang jauh di hadapan meninggalkan kami.  Next time abang pergi sendirilah.   Risau sebab hari dah petang.  Emak dan adik2 dah tak larat da..
Penatt..
Mat Saleh di sebelah tu menunggu girl friendnya yang belum tiba
Thanks mr hubby for the wonderful experience
Tahniah2.. berjayalah menapak tak sampai 1km pun.. jadilah.  Alhamdulillah
Cantiknya pemandangan ini
suka.. mendamaikan
Jangan lupa sijil buat anak2 iaitu "statement" yang mereka pernah sampai ke Kinabalu Park. 

Kinabalu Park is Malaysia's first World Heritage designated by UNESCO in Dec 2000 for it's outstanding universal values and as one of the world most important biological sites.  

Kalau nak pergi lagi tu.. tak payahlah bawa emak lagi.   Mode: Cukup sampai di sini sahaja .. penat! 
Info :  Nama "Kinabalu' diambil dari perkataan Kadazandusun "Aki" "Nabalu".
Aki :  Ancestors atau nenek moyang
Nabalu : Mountain atau gunung
My man of the year 2014.. 
Gunung Kinabalu.  Gambar ihsan google
Peringatan :  Pendaki2 diingatkan supaya menjaga tingkah laku dan berkelakuan sopan.  Menjerit, mengilai, membuat bunyi bising, memanggil nama2 yang kurang elok, berkeadaan marah dan ketawa berlebih-lebihan adalah dilarang di dalam hutan ini

Verdict : Dengan melihat keindahan alam ini, akan membuatkan kita lebih mengingati akan kebesaran Allah swt dan bukanlah sekadar hanya berjalan sahaja.   Bermusafir juga merupakan ibadah.

(Iaitu) orang-orang yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri dan duduk dan semasa mereka berbaring mengiring, dan mereka pula memikirkan tentang kejadian langit dan bumi (sambil berkata): "Wahai Tuhan kami! Tidaklah Engkau menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari azab neraka. ~ Ali Imran 3:191

SELAMAT BERCUTI

Comments

Popular posts from this blog

Dari Sekinchan ke Tanjung Karang.. jom cari kerepek!

Awas.. Kata pujian kepada anak-anak kecil

Nak pakai apa dikolam renang?