Ini kisahnya

As salam

Tak ligat dah katanya.  Ligat nak menaip entri lah apa lagi.
Cuppa coffee anyone?  I don't drink coffee

Serunding + lempeng = Nyams!
Actually, banyak foto2 menarik yang belum di upload berlabelkan "travelog" tapi cam bosan lak korang sume nak baca kalau asyik menulis tentang "never ending journey" saya itu 

Atau ada yang tertanya-tanya kenapa saya tidak bercerita tentang "all about" jiran-jiran, kawan-kawan, keluarga terdekat dan sewaktu dengannya. Selalunya saya akan bercerita secara lalu sahaja.. seperti cerita "never ending weddings" anak-anak buah sahaja dan all about my family only.  The sweet and merry stories only.   

Never talk bad about people.. my daughters selalu berpesan.  At the end it will come back to us. Astaghfirullah hal azim.  Langit tidak selalunya cerah.  Mind you!  As a BLOGGER .  You are what you write.

Sebenarnya saya tidak suka melukakan perasaan sesiapa sahaja.  Adakalanya ada juga berkecil hati, berjauh hati dsb .. emosi manusia biasa. But never ever did i write it in my blog.  Dan saya akan memikirkan sahaja.. sambil membasuh pinggan, cawan, periuk, kuali segala bagai "di dapurku syurgaku" itu


Akhirnya saya yakin hanya Allah swt akan fix everything for it.  Hasbunallah wal ni'mal wakil. No need to tell others.  Kata orang tulisan bisa menusuk hati.  Tinta dan lidah umpama pedang   Bisa menghiris-hiris hati nan rawan. 

Walau apa pun.. kita hanyalah insan biasa.  Saya juga ingin memohon maaf jika ada yang terluka dengan penulisan dan pernyataan serta foto-foto yang saya upload selama ini. 

Sometimes  I am difficult and very stubborn too. So it is better to absorb it alone.. let it go!   Maafkanlah..

Namun berita pemergian seorang isteri di pagi hari sebelum persandingannya baru-baru ini amatlah memilukan jiwa. Arwah meninggal di dalam tidur pada paginya setelah pada malam sebelumnya baru sahaja di akad nikahkan dengan pasangannya. Sudden death ..  Mungkin arwah terlalu banyak berfikir.  Dan itu memang sudah ketentuan-Nya. Innalillah hi wainna ila hi rojiun...  Al fatihah

Verdict : Jangan memendam rasa kelak ia akan membuat diri merana.  Luahkanlah pada orang yang kita sayangi dan memahami diri anda

Done.  Let's talk about my mom.  Kini emak berada di rumah saya.  Saya tidak ke mana-mana kini. Hanya keluar menghantar dan mengambil anak-anak di sekolah sahaja.  Tidak boleh keluar terlalu lama dan selalu harus ingat "emak ada di rumah".


Saat bahagia bersama kak ngah sebulan yang lalu apabila berjaya memujuk wan bercuti ke rumah kami pula

Emak tidak seperti dahulu lagi.  Akibat "mild stroke" yang dialaminya 2 tahun lalu, pergerakannya amat terbatas. Dapat berdiri untuk dimandikan di tandas merupakan anugerah, dapat bangun untuk duduk di katil untuk makan pun satu anugerah dan berdaya untuk melangkah selangkah juga merupakan satu anugerah terindah.

Katanya "susah-susahnya nak tukarkan pampers emak ni.. macam baby aje.  Dulu-dulu masa wan mak sakit, rumah kampung dulu di buat lubang kat lantai papan supaya senang nak basuh kencing dan berak".  Kesian emak sayakan.  Ke situ pulak diingatkan.   Emak rasa kini dia menyusahkan anak-anak.  Saya akan kata balik " senang lagi pakaikan orang tua pampers emak.. kalau budak-budak ni dulu.. tak tau duduk diam masa pakaikan pampers" Emak akan tersenyum dan barulah wajahnya akan ceria semula.

Dan akan mengulang kata yang sama apabila saya menukar pampersnya dan saya sering akan menjawab " Takpe mak.. dulu masa mak kecik tak merasa nak pakai.. "  hahaha.. dan emak akan tersenyum dan saya tahu siapalah hendak memakai pampers namun apakan daya.. tiada kudratnya untuk selalu bangun berulang alik ke tandas walaupun dalam jarak yang dekat.  Bersabarlah wahai emak

Akan menginjak usia 90 tahun pada tahun ini mengikut di dalam i.c. Dalam i.c emak dilahirkan pada tahun 1924 tetapi sebenarnya emak dilahirkan pada tahun 1928. Masa dahulu ada  surat beranak ni bagai.. tapi masalahnya tahun yang tertulis kurang jelas .. almaklumlah  

Apa ada pada usia..  it is just a number!   Akibat daya ingatannya yang semakin lemah, emak sering lupa waktu,  bila dan di mana dia berada.  Bahagian badan di sebelah kanan terutama tangannya juga sudah kurang berfungsi.  Suka jika saya sering mengurut-urut tangannya yang sakit sambil bercerita.   

Dapat mendengar cerita-cerita lamanya juga merupakan satu anugerah  Kadang-kadang emak berada di tahun 1960-an sahaja.  Kadang-kadang nak mencelah saya pun tak tahu apa kisahnya.. saya dilahirkan pada tahun 1965. Dengarkan sahajalah

Emak mempunyai 9 orang adik beradik.  Kakak yang tua bernama Halijah, abang no 2 bernama Sahar tetapi telah diheret menjadi buruh paksa oleh tentera Jepun dan terus hilang tanpa khabar berita, abang yang ketiga arwah Pa' lang Bahar, ada seorang lagi abang katanya tapi dah tak ingat.. kemudian emak.  Emak menjaga adik-adiknya arwah Pa' Andak, Ateh Normah dan Pa' Usu. Seorang lagi adiknya di jaga oleh bapa saudaranya iaitu makcik Awa.  Ini adalah kerana arwah wan saya dan arwah datuk saya  telah meninggal dunia semasa emak masih muda remaja.

Mengalir airmata ini apabila menaip entri ini mengingatkan kesusahan yang emak tanggung semasa muda remajanya untuk memelihara adik-adiknya.   Bayangkan kehidupan remaja yatim piatu di zaman Jepun tanpa ayah dan ibu buat bergantung kasih hanya menumpang belas ihsan  datuk saudara.

Apatah lagi apabila emak berkata " Kalau arwah emaknya masih hidup lagi ini tentu dia suka bila melihat cicit-cicitnya yang ramai ini" atau katanya " Kalau kakak emak yang tua tu hidup lagi berapa umurnya ya? " dan emak akan menjawab sendiri "eh.. macam mana nak hidup, dah mati" dan kami akan ketawa berdua  atau katanya selalu " mana adik-adiknya lama tak datang menjenguknya". Pasti dah rindu agaknya...
Roomate wan ~ abang bersama ms little

Namun emak kini tidak lagi menyebut-nyebut untuk balik ke rumahnya.  Dia asyik berkata "Sebelah ni emak punya rumah, sebelah sana rumah abang" Merujuk kepada katilnya dan katil anak lelaki saya. Kiranya "this is my territory.. and that is yours..." hahhah... roomate abang lah katakan.  

Kadang ada selera nak makan,  kadang tidak. Kadang ada ceritanya,  kadang diam membisu. Namun hatinya di dalam tiada siapa yang tahu. Tiba-tiba teringatkan lagu arwah Sudirman "Penyu menangis tak siapa yang tahu".. sekadar lagu

Masak lomak cili api udang galah.. mak suka udang
Asam pedas ikan pari + bendi

First attempt kakak masak asam pedas hanya seekor ikan kembung sahaja.  Wahh.. cayalah! Walaupun agak penat  nak menangguk bawang yang hangus berenang-renang di dalam gulai.. oops! hehehe.. sori kakak
Alhamdulillah.. emak telah dua kali mengerjakan haji di tanah suci Makkah bersama arwah abah serta arwah Pa' Andak dan juga sekali lagi bersama Pa' Usu dan arwah Ma' Usu Non setelah pemergian abah ke rahmatullah.  Juga sekali lagi ke sana menunaikan umrah pula bersama mr hubby dan cucu-cucunya kaklong dan kak ngah.  

Amat bertuah kerana rumahnya berada di hadapan surau kerana sering menghabiskan usia waktu sihatnya berjamaah di surau.  Sebelum subuh emak dan anak buahnya akan ke surau.  Begitu juga menjelang maghrib dan isya' emak pasti akan ada di surau.  Walau pun kini ingatannya telah jauh.. tapi sering berkata seolah-olah anak buahnya masih menunggu di pintu pagar untuk ke surau. "Happy days" untuknya yang masih dalam ingatan. Alhamdulillah

Verdict :  Ingatlah lima perkara sebelum lima perkara.  Untuk kita yang masih sihat, berusahalah untuk memperbaiki diri  menuju Allah swt sementara masih punya waktu.  Peringatan kepada diri sendiri dan anak-anak sekalian.

Happiness
Biarlah saya bercerita yang baik-baik sahaja. 

Untuk mr hubby ~ thank you for being my "pembaca dan pendengar setia" dan untuk anak-anak walau pun emak tahu yang kecil-kecil dan masih bersekolah ini just don't have time to read my BLOG atleast in grandma's heart she still remember you all dengan katanya selalu " budak-budak dah balik sekolah?" dan selalu bertanya pada kakak ~
"kakak bila nak balik ke London?" . Amboi.. aaminn kakak.. 

Sentiasalah berdoa untuk kesihatan dan kesejahteraan wan... amiiinn

Perasaan?  Bahagia. Di sisi keluarga tersayang dan emak tercinta seolah dapat mengubat kerinduan pada anak-anak yang jauh di mata.  Alhamdulillah



SALAM HARI PEKERJA