Penang ~ Apa ada di Fort Cornwallis Pt. 2
Assalaam..
.. sambung cerita. Kisah benar penjara di Fort Cornwallis?
Bangunan yang panjang ini merupakan penjara ketika di zamannya. Terselit kisah di sebalik apa yang ada di dalam bangunan bekas penjara ini sekarang. Kisah benar! |
Teruja semuanya apabila nampak sel penjara |
Nak buat DP lah tu |
Kasihannya.. pasti dia tidak bersalah.. hahha.. Queen of Drama betul.. |
Setiap ruang dinding di penuhi dengan catan lukisan yang sangat cantik |
Lakaran gambar yang sangat awesome.. |
Rambang mata memilih mana lukisan yang cantik untuk di jadikan gambar latar untuk model-model sambilan saya ini.. psst.. jangan perasan! |
E.T pun ada.. OMG |
Over excited! |
Jambatan yang menghubungkan rumah api dan meriam |
Dinding bersejarah.. kena tabik juga dengan dinding ni kot! suka hatilah.. |
Tarikan pelancong dari jauh.. Asalnya di beri nama Fort Point Light House dan setelah sesi pengubahsuaian pada tahun 1914 dan 1925 ia di tukar namanya kepada Penang Harbour Light House.
|
Amboi.. |
Ada yang nak beraksi.. ada yang dah sudah lah tu mak.. hahaha |
Jambatan |
lubang ini menghala ke esplanade |
Berbagai pertunjukan akan di adakan di dataran ini pada hari perayaan dsb. Ia mempunyai sistem amphiteater terbuka yang canggih katanya. |
Peserta lompat akustik pun ada |
Mejar General yang seorang tu tak habih-habih nak mengebom.. hahaha |
Lubang apa pulak lagi tu? |
Ini bukan penjara ya.. |
Apa ada di dalam tu? Nanti kita cerita.. |
Nama meriam di bawah ini |
Lanun dah datang ke? |
Nampaklah pemandangan menghala ke laut.. bayangkan kalau nampak kapal-kapal lanun atau kapal dari Kedah tu menghala ke kota ini.. takut!! |
Di atas meriam Sri Rambai |
Meriam Sri Rambai ini ialah meriam yang terbesar dan tertua di Malaysia. Ia di buat pada tahun 1603 dan dijadikan hadiah kepada Sultan negeri Johor pada tahun 1606 oleh pihak Belanda |
Apa sahaja yang dilakonkan oleh askar-askar bengal ini |
MashaAllah.. oh anak! no komen.. |
Penat! |
Alhamdulilah.. berakhir sudah siap selesai sesi fotografi di atas bukit yang dipenuhi dengan meriam atau canon ini. Dengan berjubah bagai.. amatlah terkesima agaknya pelancong-pelancong Jepun itu melihatkan emak kamu ini yang bagaikan " fashion photographer " mengambil gambar tanpa henti. Buang tebiat ke makcik ni kot! hahahha.. suka hati i lah kan..
Sebenarnya kota lama atau kota Cornwallis ini lebih merupakan sebagai pusat pentadbiran sahaja di zamannya ketika itu. Untuk lebih terperinci sila google di wiki- Fort Cornwallis ini. Berputar belit ia, maka berputarlah juga informasi di entree ini...
Verdict : Bersama kami pada hari itu hanya segelintir pelancong dari Britain dan Jepun sahaja yang berkunjung ke kota ini. Tidak ramai pelancong di dalam negeri mengambil kesempatan melawat ke tempat bersejarah ini. Namun begitu ramai pengunjung Melayu hanya bersiar-siar sama ada menemankan anak-anak bermain di taman atau sekadar berjalan di depan esplanade atau berhenti untuk menikmati laksa penang atau rojak dan pasemburnya sahaja. Tak mahu masuk sebab "entrance fee" kah? Atau memang tiada apa yang menarik di atas itu hanya sekadar bekas tinggalan sejarah. Sendirilah jawab ya!
Berjumpa lagi di sesi lain dengan misi pekena laksa penang berperisa otak udang dan rasanya yang terangkat tu .. hamboih!
ALHAMDULILLAH
Ha ha nasib baik tak masuk terus dalam meriam tu dik oiii!
ReplyDelete