Indonesia ~ Medan.. nostalgia Istana Maimoon

Asmaul Husna ~ sila klik

Dah lama tak update travelog...jom bertukar angin! Kita gi jalan-jalan Medan.. YOK!
Assalam alaik..
Actually, semenjak dua menjak ni agak kurang stamina nak scan foto-foto di England.  Kebetulan emak kini beralih angin ke rumah kakak saya di Ampang.. mundar-mandir jenguk bilik emak yang kosong.. rasa kosongnya... selalu emak ada berbaring di atas katil atau bila boring emak akan bertopang kepala mengajak saya berborak.  

Rindulah teww....  Semoga emak Hajjah Maimon bt Itam sihat sentiasa dan diberkati oleh Allah swt ... amiinnnn......

Kota Medan... macet!
Kami ke Medan sebuah bandar metropolis yang ketiga terbesar di Indonesia dengan membawa anak-anak sahaja.  Ongkos jalan-jalan bertukar angin ini dikira cukup murah.. berbanding bercuti ke tempat-tempat lain.  Even ke Sabah pun, ongkosnya masih way way back... jaaaaaauh lebih murah.  Jadi tidak hairanlah jika lokasi perjalanan ibuk-ibuk asyiklah ke Medan sahaja.   

Medan merupakan ibu negeri Sumatra Utara.  Dan ia merupakan pintu masuk kepada pelancong untuk ke dataran tinggi Danau Toba yang nyaman itu dan hutan-hutan rimba Sumatra yang  ganas itu.  Apa yang ganas?  hahaha.. jangan marah ya.. mitosnya mengatakan ada manusia yang makan orang di sana.. wallah hu alam...

Di hadapan istana Maimoon... hamboih.. 
Kali ini kita berjalan-jalan ke Istana Maimoon a.k.a Maimoen atau Maimun.. wah.. seperti nama emak juga.  Istana yang terkenal di Medan ini terletak di Jalan Brigadier Jenderal Katamso.  Dari hotel kami menyewa 2 biji becak motor yang membawa kami ke sana.  Akmal, Een dan saya satu becak.  Ayah dan Najiha satu becak.  Sewa sebuah becak motor dari hotel ke istana ini ialah RP20k.  

Becak yang saling berlumba-lumba menyelusuri jalanan bertar berkuap dengan asap mobil dan di bawah terik panas mentari, bersaing sesama sendiri dengan kenderaan lain seperti kereta, bas mini, van dan motosikal.  Ampun pak... ngeri!!  Walau apa pun ini merupakan satu pengalaman yang menyeronokkan buat anak-anak saya...  Becak pun boleh buat drift mak... happening!  Astaghfirullah.. bawak mengucap siap-siap non...
naik becak kena pakai kanta mata without glasses... uh uh uh...
sakit bontot terhentak2 ya..
Akhirnya sampai juga naik becak pandu sendiri ke Istana Maimoon...
 een pulak nak drive... kereta ke motor??
Istana Maimoon sebenarnya telah dibina oleh Sultan Deli, Sultan Makmun Al Rasyid Perkasa Alamsyah pada tahun 1888.  Di istana ini terdapat "story teller " yang akan menceritakan tentang salah silah keturunan kesultanan Melayu Deli ini.   

Kesultanan Deli merupakan antara salah satu kesultanan di Sumatra Utara pada abad ke 19, selain dari kesultanan Acheh.  Beberapa kelompok pelancong akan duduk beramai-ramai mendengar hikayat ini.  Kami yang tidak betah duduk lama mendengar.. kiranya kategori pelancong yang tidak tegar.. hehehe.. mulai membuat ekspedisi sendiri menyelusuri istana yang besar ini.  

Wah.. memang menakjubkan senibina istana ini yang mengambil citarasa Islam, Spain, India dan Itali dalam rekaannya.  Bangunannya merupakan bangunan dua tingkat yang mempunyai 30 buah bilik meliputi keluasan 2772 meter persegi.   Kena pergi melawat dan melihat sendiri keindahan senireka dan kehalusan senibinanya yang bercirikan istana dari Mughal, Eropah dan Melayu tradisional ini kerana keindahannya lebih bagus dari  apa yang dikhabarkan oleh saya...  emm.. indah rupa dari khabar eh? 


di balairong seri
Abang sedang disiapkan.. freelance model lah katakan.. ha3

bergambar bersama kerabat di raja yang menjadi tukang rias @  mak andam

Selain dari menghayati arkitektur yang versatile dan pelbagai ini, seperti di tempat lain juga , di istana ini juga ada menyediakan sesi untuk bergambar dengan memakai kostum atau persalinan tradisional raja-raja di zaman dulu.  Persalinan diraja ini di warisi turun temurun oleh kaum kerabat yang masih hidup hingga ke hari ini.  Sebagai sumber pendapatan, persalinan ini di sewa kepada pelancong untuk sesi fotografi dan ini merupakan sebagai sebahagian daripada tarikan pelancong ke istana ini.  Untuk sepasang persalinan hanya RP20k juga.  So... apa tunggu lagi.. untuk putera dan puteri-puteri beta .. marilah bersiap!!

Gadis yang mengawal selia dan membantu dalam urusan penyewaan dan merias pelancong-pelancong ini merupakan kerabat di raja kesultanan Deli juga.  Beliau mendakwa mempunyai pertalian darah dengan Almarhumah Duli YMM Tuanku Ampuan Rahimah, isteri kepada Almarhum Sultan Selangor sebelum ini yang berasal dari Langkat.  Wallah hu alam....  

Waris kepada kerabat di raja ini, sebahagiannya masih menetap di istana ini juga tetapi mendiami di bahagian sayap  istana ini sahaja.  Ini ternyata dengan  sebahagian dari pintu masuk ke dalam istana ini di sekat dari dimasuki.  Dan bukti paling kukuh ialah terdapat pakaian yang dibasuh dan digantung di jemuran..huhuhu...


Putera Mohamad Akmal Amin
Puteri Izreena a.k.a miss little
bersama kekanda Puteri Najiha
Bonda permaisuri belum ada gelaran lagi sebab berasal dari orang kebanyakan.. kuang kuang kuang
hehehe..

nak naik takhta?
posing tak hengat...
di balkoni istana
kasi can kat bonda pulak ek..
sebahagian dari pameran gambar-gambar kenangan
Inilah dia Sultan Deli yg termuda berusia 12 thn & kini tinggal di Bone, Sulawesi. Bondanya anak kpd Sultan Bone & pernah mengahwini Sultan Deli terdahulu yg mangkat dlm peperangan
Bangunan di belakang itu mungkin di diami oleh waris  kerabat di raja
Inilah dia..Raja dan Permaisuri dari negara Pasir Berdengung pula
Setelah menghabiskan masa di istana Maimoon ini, kami menuju ke Masjid Raya Al Mahsun yang dulunya merupakan sebahagian daripada istana Maimoon untuk menunaikan solat zohor.  Masjid Raya Al Mahsun ini kini berusia 106 tahun yang menjadi lambang kemegahan kepada penduduk di kota Medan.  Ia terletak di jalan Sisingamanggaraja.  Bentuk bangunan, kubah, menara, pilar utama hingga ornamen-ornamen kaligrafi yang menghiasi tiap bahagian bangunan tua ini dirancang dengan penyatuan gaya arkitektur Timur Tengah, India dan Eropah dari abad ke 18 .  Beberapa pelancong asing dari Belanda, Perancis, Jepun, Swiss, German, Belgium dan lain-lain juga tidak lupa mengambil kesempatan untuk melawat sama ada untuk beribadah atau mengambil foto buat kenangan. 

Usai solat, bergambar di pintu masuk masjid
Pintu gerbang
Bangunan belakang itu tempat mengambil wuduk
Insya Allah kita akan mampir lagi ke tempat-tempat lain yang lebih "awesome" di Medan ... banyak lagi catatan  yang belum saya abadikan di sini.  Buat masa ini cukup setakat di sini sahaja kerana ingin memberi laluan kepada  kuliah dhuha oleh ustaz Ridhuan Zainal Abidin penyampai radio IKIM pada  entri yang akan datang.   Nasihat ustaz ialah supaya jangan bertangguh....


Pak Andak : een demam senyap aja.. takde siapa nak main dengan pak Andak..  ( ciannya pak Andak!)
Alhamdulillah.. sempat melawat wan dan pak Andak yang beransur pulih di Cheras.  Een yang demam ketika itu tidak seceria seperti selalu. Semoga pak Andak akan kembali sihat seperti sediakala.. amiiinn... 

Allah swt Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani



JUMPA LAGI......  I  N  S  Y  A     A  L  L  A  H