Apabila HUJAN di Tanah Suci Makkah

Assalam


Alhamdulillah.. bila melihat siaran secara langsung di Masjidil Haram saban hari menjelang hari wukuf di Arafah membuatkan perasaan ini meronta-ronta untuk pergi lagi.. lebih-lebih lagi "live telecast" di stesen TV Al Hijrah di tengah-tengah malam tu...rasa nak pergi! nak pergi! nak pergi lagi!... sudah lebih lima tahun, sudah pun mendaftar lagi.  

Ya Allah.. kau permudahkanlah hajat kami ini dan umat Islam yang lain , semoga dapat pergi lagi dengan segera ... amiinnnn...


LABBAIK ALLAHUMMA LABBAIK
meaning, I am ready to obey Your orders, O Allah

MasyaAllah tersangat rindu... Alhamdulillah,  kami terpilih menjadi tetamu Allah swt pada 1425H di akhir tahun Dec 2004 dan kembali pada pertengahan bulan Feb 2005.  Saat yang sangat indah dan menerujakan bagi setiap  umat Islam yang berkemampuan mendapat panggilan untuk menunaikan rukun Islam yang kelima ini.  

Semasa itu tinggallah emak tinggallah saudara.. kerana kasih saya turutkan .. cewah!! masa itu bukan saja kekasih-kekasih (mak aji melawak..) malah anak-anak termasuk yang masih  setahun jagung sanggup saya tinggalkan untuk menyahut panggilan dari Alllah swt yang Maha Esa.  Ketika itu anak saya yang bongsu, een baru sahaja berumur setahun lebih.
Kakak kata tiap-tiap malam kakak nangis nak emak... ciannya kakak. Masa tu kakak baru berumur 3 tahun.  Kami tinggalkan mereka dibawah jagaan pembantu rumah dan diambil oleh keluarga ipar saya bila di hujung minggu.
Bercerita tentang HUJAN, Allah hu Akbar! Kasihannya para sahabat yang tinggal di Kg Sri Nadi, Bukit Naga, Johan Setia dan dua buah kampung lagi kerana banjir kilat selama dua jam telah mengakibatkan air naik setinggi 1 meter pada 21 Oktober lalu .  Walau apa pun sentiasalah bersiap sedia tatkala tiba musim tengkujuh ini.  Berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul.  

Bayangkan air yang naik setinggi ini bukanlah apa-apa, jika dibandingkan dengan tragedi hitam tsunami di Acheh yang meragut ratusan ribuan nyawa dengan sekali lalu sahaja.  Tragedi tsunami yang pertama kali berlaku itu betul-betul terjadi ketika kami  tiba di Mekah.    

Saban hari rangkaian TV CNN membawa penonton live dari Acheh.  Kasihan sungguh dengan para jemaah haji dari Acheh yang menangisi kehilangan keluarga dan tempat tinggal yang telah tiada. Apabila pulang nanti kemanalah yang harus dituju.   Harta benda inshaa Allah.. boleh dicari ganti, kehilangan nyawa cuma hanya dapat diratapi. Siapalah kita untuk menentang  kejadian alam ini.  Sekali lagi hanya kepada Allah swt sahaja tempat untuk mengadu dan memohon perlindungan. 

Walaubagaimana pun untuk penduduk-penduduk di Klang yang menerima kesusahan itu, semoga bantuan  diterima dengan secepat mungkin untuk meringankan beban.  Mujurlah buku-buku pinjaman dari kebanyakan sekolah telah dipulangkan dan hanya pelajar-pelajar yang akan menduduki peperiksaan SPM sahaja yang tergendala.


Kisah-kisah di Tanah Suci Makkah al Mukarramah ini cuma diceritakan seadanya sahaja sebagai "memori down the lane" buat tatapan dan ingatan anak cucu kita nanti.  Sekurang-kurangnya bersemangatlah untuk berjimat cermat menyimpan di Tabung Haji sama ada untuk mengerjakan haji atau menunaikan umrah. Dapat melihat Kaabah sahaja sudah merupakan satu anugerah Allah swt yang sangat-sangat istimewa dan begitu berharga apatah lagi dengan ganjaran pahala yang diberi.  SubhanaAllah.. MasyaAllah... Syukur Alhamdulillah... walau apa pun, sekadar untuk renungan bersama.. setiap kejadian itu pasti ada cerita disebaliknya.



Berbalik kita kepada tajuk di atas.  Kisah ini berlaku pada satu hari di bulan Zulhijjah setelah menunaikan solat asar di Masjidil Haram.  Kami berjalan beriringan menyusuri jalan untuk pulang ke hotel.  Tiba-tiba tik tik tik (sound effect) gugur setitik setitik hujan di atas kepala.

Bercanda dengan en suami.. " Alhamdulillah.. Hujan rahmat turun.. beruntungnya kita " lebih kuranglah dialognya camtu. 


Di depan Masjidil Haram dalam perjalanan pulang ke hotel
Jalan raya besar di hadapan hotel kami mula dilimpahi air hujan yang turun tersangat laju dari atas bukit.
Apabila tiba-tiba hujan turun dengan rancaknya, maka berlari-lari bukan marathonlah kami.. lari tahap 100 meter punya speed ala Usain Bolt lah kami.  Apa?  tak kenal sapa tu Usain Bolt?  ish.. ish.. ish.. tak kuasa nak layan.  Kami berlari sederas mungkin dan berjaya tiba di hotel Elaf El Sud, maktab kami dimana kami jemaah haji dari KT66 di tempatkan.  Bayangkan tidak sampai 15 minit hujan turun, banjir besar telah melanda kawasan persekitaran.  Ketika itu air juga telah memasuki ruang bawah Masjidil Haram.  Ini diceritakan sendiri oleh rakan-rakan lain yang tidak sempat balik ke hotel.

Ini adalah terowong bawah tanah yang sering kami gunakan untuk menyeberang jalan dan operasi menyelamat sedang giat dijalankan
Terowong yang biasa kami gunakan untuk berulang-alik dalam perjalanan ke masjid juga telah dimasuki air.  Bayangkan terowong besar yang mempunyai anak tangga yang tinggi untuk turun dan naik serta ruang dalam yang luas dimana pejalan kaki dan golongan gelandangan menjadikan sebagai tempat tidur mereka, dilimpahi air dengan cepat.  Operasi menyelamatkan dilakukan dengan serta merta.  Tidaklah saya tahu berapa ramai yang selamat dan yang tidak dapat diselamatkan kerana hanya bunyi ambulans sahaja yang kedengaran silih berganti sepanjang malam.

Dengan sekelip mata air deras turun membanjiri jalan dan kawasan perumahan dan kedai
bergelimpangan
Air yang naik dan  mula surut
Keadaan kenderaan yang terdampar keesokan harinya
Bencana yang berlaku tanpa diduga ini juga membuatkan para petugas Tabung Haji menasihatkan para jemaah haji untuk lebih berhati-hati dan tidak ikut serta turun dalam operasi menyelamat.  Semasa itu lif-lif dihotel juga tidak berfungsi dan pergerakan juga amat terbatas. 

Kami para jemaah hanya dapat berjemaah di surau hotel dan berdoa semoga keadaan pulih seperti sediakala.  Pihak berwajib mengambil masa yang lama untuk  membersihkan kawasan persekitaran.  Keadaan di sana yang berdebu pada asalnya sebelum kejadian, bertambah-tambahlah debunya selepas itu namun kami tetap redho kerana itulah ketentuannya.  Walau bagaimanapun syukur alhamdulillah kerana kami sihat seadanya, mungkin kerana faktor usia yang agak muda.  Tipulah jika dikatakan tidak batuk dan tidak selsema tetapi tetap "in control".

Nota : Foto-foto diambil dari tingkap bilik hotel.


Alhamdulillah.. rezeki dari Allah swt kerana tidak menyangka dan tidak dapat membayangkan dapat tidur berdekatan dengan jamrat tempat untuk melontar. 

Kejadian ribut taufan berlaku lagi ketika jadual ke Mina bermula.  Ketika itu hujan lebat dengan ribut kuat melanda dan kebanyakan khemah di Mina terbang di tiup angin dan para jemaah haji muassasah seperti kami dan dari hotel-hotel lain yang belum memulakan perjalanan ke sana dinasihatkan untuk tidak ke Mina kerana keadaan yang tidak selamat.  Walau bagaimanapun kami berdua dan juga Hj Abdullah serta Hajah Arfah my roomate (mereka menunaikan haji kali kedua ketika itu) memberanikan diri untuk turun dan berjaya mendapatkan bas berhenti-henti ke Mina, berebut-rebut dengan jemaah haji lain yang tentunya bukan orang Malaysia.  

Sesungguhnya pengalaman ini pengalaman yang tidak dapat dilupakan selagi hayat dikandung badan.  Bas yang sudah sedia sarat seperti sardin dalam tin, membuak-buak hingga ke atas atap namun drebar tetap berhenti untuk mengambil penumpang dalam gelap malam.  Astaghfirullah hal azim... salute to youlah driver.. semoga anda dan keluarga sentiasa dilindungi dan dirahmati oleh Allah swt


Kami tiba di Mina dengan selamat dan sempat bermalam di Mina seperti yang dituntut dalam kerja haji diantara waktu-waktu untuk melontar di ketiga-tiga jamrah.  Bayangkan tidur sebentar dibawah jambatan sebelum kembali melontar.  

Happening... dikelilingi oleh mak-mak dan pak-pak Arab.  Ada sahaja makanan panas berasap-asap berdulang-dulang dihidangkan untuk santapan.  Murah betul rezeki ketika itu kerana ramainya dermawan yang bersedekah.  Nasi Arab lagi weh... lamb kabsya pulak tu.. mwahaha... berkeroncong pulak perut i bila mengingatkannya.  Syukur Alhamdulillah.. sempat pulang semula ke Mekah dengan menaiki lori sapu ke hotel dengan selamat.
kenangan
Alhamdulillah.. selepas ini akan ke Madinah al Munawarrah

Alhamdulillah .. kami berusaha menyiapkan segala kerja-kerja haji seperti yang telah dituntut dan dipelajari dan semoga segala usaha-usaha kami ini dimakbulkan dan mendapat haji yang mabrur.  

Begitu juga dengan para jemaah haji yang lain sama ada yang telah lebih dahulu, yang sedang mengerjakan atau pun yang akan pergi pada masa yang akan datang. Seharusnya kita mendapat banyak hikmah dari ibadah haji ini dan mudah-mudahan kita dapat mengambil manfaatnya dan lebih istiqomah dalam hidup beragama, dan senantiasa diberi petunjuk dari Allah swt kerana diberi kemudahan untuk menunaikannya. 

Sebenarnya banyak lagi kisah menarik di sepanjang perjalanan ibadat menuju Haji ini tetapi cukuplah setakat ini untuk tahun ini.  Walau pun begitu masih merasa terkilan kerana banyak diantara koleksi album gambar telah hilang semasa proses pindah rumah dulu.   

Buat muslimin dan muslimat di sana, inilah makna sebenar "percutian" iaitu saat bertemu dan mengabdikan diri kepada Allah swt. Kata-kata petikan yang selalu didengar.  Dan semoga impian kita semua akan menjadi kenyataan. Inshaa Allah dengan izin-Nya.

Kewajipan ke atas umat Islam untuk mengerjakan haji ini adalah berdasarkan firman Allah :

"Mengerjakan haji adalah kewajipan manusia terhadap Allah yaitu bagi orang-orang yang sanggup mengadakan perjalanan ke Baitullah. Barangsiapa mengingkari kewajipan haji maka sesungguhnya Allah Maha Kaya dari alam semesta." (Ali Imran 97)




S  E  L  A  M  A  T     B  E  R  W  U  K  U  F     DAN  S  A  L  A  M   AIDIL ADHA

Comments

  1. Nak menitik ayaq mata bila baca bab Mina tu.. Demi Allah apa pun sanggup dilakukan demi Mu..

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Awas.. Kata pujian kepada anak-anak kecil

Dari Sekinchan ke Tanjung Karang.. jom cari kerepek!

Sepagi di Pengkalan Nelayan