Scotland ~ Auld Lang Syne

Braveheart filem epik sejarah, diantara filem "favourite" kami satu waktu dulu di arah dan dilakonkan oleh hero idola  Mel Gibson...way way back in 1995.  

Pahlawan perang yang setia dan sanggup menyabung nyawa demi negaranya yang tercinta.  Kematiannya yang penuh tragis di mana beliau dihukum pancung,  mayatnya di potong dan di tanam di empat penjuru Scotland.  Penggambaran filem ini dijalankan di Scotland.  

MasyaAllah... sungguh cantik  pemandangan alam di kawasan tanah tingginya.  Satu lagi filem yang menjalani penggambaran di sana ialah filem "Highlander" lakonan Christopher Lambert & Sean Connery.  Filem yang amat popular sehingga dijadikan drama television juga  tapi tentu ramai anak-anak sekarang yang  kurang tahu tentangnya.  Kisah hero "there can only be one " yang tidak akan mati ( immortal ) hidup mengharungi setiap zaman.  

Membuat penggambaran di Scotland adalah sangat sukar kerana faktor cuaca yang sering berubah-ubah seperti kata penduduk tempatan di sana " siapa nak merasai pengalaman cuaca empat musim? Ha... datanglah ke Scotland untuk sehari perjalanan sahaja! "  SubhanaAllah.. amat menakjubkan.

Ketika itu aku memang dah memasang angan-angan, insyaAllah kalau ada rezeki sampailah kami ke sana.  Apatah lagi ketika itu satu-satunya adik yang aku ada, adik lelakiku  ada sama bersama kami.   Bila lagi nak membawanya pergi berjalan.

Setahun kemudian setelah filem epik berlatarkan sejarah itu yang memenangi 5 anugerah di 68th Academy Awards, dengan izin Allah swt di musim panas yang nyaman ini, kami pun memulakan perjalanan ke Scotland.  Kena pilih hari juga kalau nak memulakan perjalanan... oo.. la.. la... kita pergi masa "birthday" ayah.. barulah boleh ingat "moments" tu kan... sebenarnya kita kena tonton dulu cerita Braveheart ni , barulah ada "feeling" nak lawat Scotland.  Betapa indahnya pemandangan ciptaan dan kurniaan Allah swt ini... siap dalam kepala lagi dengan irama musik Scottish dari alat muzik tradisional "bagpipes" yang mendayu-dayu tu.  William Wallace (pahlawan Scottish lakonan Mel Gibson)...  kami datang ni!!


Seperti kebiasaannya orang Melayu seperti kami ni (kami aja kot..) kalau hendak pergi bercuti, benda pertama yang mesti di bawa ialah periuk nasi elektrik dan juga beras.  Kemana-mana pergi pun bila kita di rantau orang dan bersama keluarga, hatta di Malaysia sekali pun mestilah anak-anak kecil ni bila time makan akan bertanya " mommy.. acik ada? "  Bukan tanya acik sebelah rumah atau Acik Azariah (adik iparku)... tapi acik as for "nasi".. so be preparelah... periuk nasi mesti ada... beras boleh beli di mana-mana.   Orang putih pun makan nasi juga tapi brand , jenisnya dan rasanya memang tak sama.  Alah bisa tegal biasa... 

Top Tip yang tidak digalakkan tapi kami selalu buat : masak nasi di dalam bilik hotel yang glamour  dan bersih tu.   
Tip penting : pastikan asap tak naik banyak sebab takut penggera kebakaran akan berbunyi dan air pancut pemadam api seperti air hujan dari atas siling akan berfungsi pula.. hahaha..
Tip yang sama sekali kena ingat dan tak boleh lupa : bawalah sambal ikan bilis, sambal daging, ikan sardin dalam tin, serunding, nasi impit dan kuih muih seperti karipap dan apa-apa saja yang boleh sebagai bekalan makanan sebab bagi kami yang sentiasa was-was dan curiga dengan kehalalan apa yang di jual dan apa yang hendak di makan.. baiklah bawa bekal.  Kicap juga janganlah dilupa, buat penambah rasa.

Fakta yang menarik ialah makanan di masak yang dibawa akan lambat basi.  Ini disebabkan oleh faktor cuaca sejuk... makanan seperti baru keluar dari dalam peti sejuk sahaja.  Bagus kan?  Oleh itu jika perjalanan memakan masa yang lama, bawalah stok makanan yang banyak.. perut sentiasa akan lapar sebab cuaca  nyaman dan sejuk walaupun di musim panas.  Di rantau orang ini, kami dah terbiasa berkelah di mana-mana... bentang tikar dan makan.  Jangan lupa bawa stok untuk sudu, pinggan dan cawan plastik pakai buang.  Walaupun ia sama sekali tidak "eco-friendly" tapi ia menjimatkan masa dan sungguh "hygenic".  Di Edinburgh kami berkelah di Meadow's Park yang cantik itu.

Komuter akan berlepas sebentar lagi

ScotRail

Sebenarnya kami ke Scotland dengan memandu kereta sendiri jadi masalah pengangkutan dan bagasi serta   bekalan barangan makanan bukanlah masalah utama.  Kali pertama sampai ke Scotland, suamiku yang memandu hampir hilang arah tentang papan tanda masuk ke bandaraya itu.  Amat mengelirukan.  Setelah berpusing-pusing, akhirnya sebuah kereta peronda polis menahan kereta kami kerana mungkin nampak mencurigakan.  Alhamdulillah.. akhirnya kami diiringi masuk ke jalan yang benar..hahaha.. ke bandarayalah!.  Walau bagaimanapun tempat pertama  yang kami lawati ialah ke ScotRail.  ScotRail ini adik beradik macam KTM jugalah kalau di Malaysia.  Ia mula beroperasi sepenuhnya sejak tahun 1983.    



sayup di belakang ialah bandaraya Edinburgh 



Scotland merupakan sebahagian daripada United Kingdom dan meliputi bahagian utara Pulau Great Britain dan berkongsi sempadan darat di bahagian selatan dengan England.  Selain itu, Scotland juga mengandungi lebih daripada 790 buah pulau termasuk Pulau Arran, Pulau Orkney, Pulau Skye dan lain-lain - petikan dari Wikipedia.


The Balmoral Hotel

Bandar-bandar bertaraf bandaraya di Scotland disusun mengikut bilangan penduduk termasuk 
  • Glasgow bandaraya terbesar di Scotland
  • Edinburgh ibu negeri Scotland
  • Aberdeen
  • Dundee
  • Inverness
  • Stirling


Sebelum ini kerajaan Scotland merupakan sebuah negeri yang merdeka sehingga 1 Mei 1707 apabila kerajaan Scotland disatukan dengan kerajaan England secara politik dan membentuk kerajaan Great Britain melalui Akta Kesatuan 1707.  Pada tahun 1999, Scotland membentuk parlimennya sendiri.


The National Monument, on Calton Hill, Edinburgh, di bina pada tahun 1826

Kami sebenarnya cuma berkesempatan melawat ke bandaraya Edinburgh (sebutannya Edin bere) dan Glasgow sahaja.  Bandaraya Edinburgh ialah ibu negeri Scotland tapi dari segi kepadatan bandaraya Glasgow lebih besar daripadanya.  Kedua bandaraya ini memang tersangat besar dan mengandungi banyak muzium-muzium sejarah untuk di lawati.  Memang tidak cukup masa untuk kami melawat kesemua muzium-muzium yang ada.    Terasa seperti kami ini memang pelancong asing yang benar-benar asing cuba untuk menyelusuri Scotland dalam skop yang kecil dengan perbelanjaan (budget) yang minima.

Nelson's Monument di Edinburgh

Di sepanjang perjalanan, ada sahaja bangunan atau monumen bersejarah yang nampak begitu "purba" untuk di abadikan kenangan bersama keluarga.  Memanglah dan wajib kena berhenti untuk berposing walaupun entah apa nama bangunan dan apakah sejarah bangunan itu.  Tip penting :  Sentiasa ingat mungkin kita tidak akan lalu di situ lagi dalam perjalanan balik.

National Gallery of Scotland


Glasgow's Grand City Chambers -  bangunan pentadbiran

Di  Glasgow's George Square, pusat bandar yang dibina pada tahun 1781
Di dalam muzium


The Kelvingrove Art Gallery and Museum  di Glasgow


Bahasa juga bukan merupakan masalah utama di sini kerana bahasa rasmi mereka ialah bahasa Inggeris, bahasa Scotland dan juga bahasa Gaelic (bahasa tempatan).   Kami memang suka mendengar mereka bercakap Inggeris loghat Scotland.  Tidak ubah seperti loghat bahasa orang orang kita di Malaysia.  Kadang-kadang seperti bahasa penduduk pribumi kita versi Scottish.  hahaha.. i'm joking.. no offence! jangan marah na.... sebenarnya bahasanya seronok untuk di dengar.

Sebahagian dari slang bahasa Scottish :
  • Aboot - About
  • Ain - Own
  • Auld - Old
  • Aye - Yes
  • Bairn - Baby



 perjalanan tiket bas sehari " unlimited" 



People's Palace di Glasgow~ di buka kepada pelancong dan orang ramai tanpa mengira waktu


Berlatarbelakangkan University of Glasgow, antara universiti yang tertua di dunia dibina pada tahun 1451
KelvinGrove Hotel di Glasgow yang sangat selesa 
Di kaunter informasi di Loch Lomond mencari bahan mengenai tasik-tasik di Scotland
Di galeri kraftangan yang menjual pelbagai cenderamata


Di hadapan galeri menjual cenderamata di Loch Lomond
 bersama Roddy Piper di Loch Lomond
Suamiku juga mengambil kesempatan bergambar dengan pemain muzik menggunakan "bagpipes" sejenis instrumen muzik yang menggunakan tiupan dimana muzik di alunkan melalui udara yang disimpan di dalam beg.   Dengan memakai skirt pendek berpetak-petak, ia merupakan pakaian "trade mark" orang-orang Scottish yang tinggal di dataran tinggi.  Sebenarnya penggunaan "bagpipes" ini telah berkurun-kurun lamanya dimainkan di seluruh Eropah.  Di England sendiri, ia sering dimainkan semasa upacara mengenang jasa pahlawan dan juga kematian oleh anggota polis dan tentera.  Ironinya,  Pakistan merupakan pengeluar terbesar "bagpipes" ini di dunia dengan mengaut keuntungan jutaan ringgit.   Bayangkan permintaan yang menggalakkan dari seluruh Eropah untuk instrumen muzik yang unik ini.  

dua jejaka kesayangan sampai bila-bila

Jangan takut.. raksaksa "Nessie" tidak ada di tasik ini


Loch Lomond merupakan tasik terbesar dari segi keluasan permukaannya di Great Britain.  Sangat terkenal sebagai tasik tarikan pelancong dan juga mempunyai kelab golf yang amat terkenal dan menjadi tumpuan pelancong seluruh dunia untuk ke sana.  Mempunyai lebih kurang 30 buah pulau-pulau kecil di sekitarnya yang kebanyakannya tidak berpenghuni.  Merupakan tasik kedua terbesar dari segi kepadatan air selepas Loch Ness.  Loch Ness ialah tasik yang paling terkenal dengan legenda raksaksa bernama "Nessie".   Banyak deretan galeri kecil yang menjual cenderamata termasuk "skirt" pendek terkenal pakaian tradisi lelaki Scottish.  Seperti biasa kami akan membeli cenderamata kecil seperti rantai kunci, pen dan lencana kecil sebagai tanda kenangan.



Tiree Guest House di Edinburgh ~ lihat bunga ros putih di sebelah sedang mekar mewangi

Di depan pintu masuk The Museum of Childhood

The Museum of Childhood merupakan  muzium yang mengumpulkan berbagai-bagai jenis anak-anak patung dan barang-barang permainan serta berbagai-bagai replika barangan yang menarik.  Hampir separuh hari kami menjelajah ke dalam muzium yang besar ini.  Melihat wajah anak-anakku yang begitu teruja untuk menerokainya semasa mula masuk dan akhirnya tidak sabar-sabar untuk keluar kerana terlalu penat.  Walau apapun aku dan suami tetap bertahan, kerana mungkin pada masa akan datang jika ke Scotland mungkin tidak akan kami lawati lagi jadi "explore.. explore...." .  Sebenarnya koleksi barangan di sini asalnya adalah hasil kerja dan usaha dari Patrick Murray (1908-1981) bangsawan Edinburgh dan pengumpul tegar barangan permainan kanak-kanak.  Muzium ini terletak di Royal Mile, Edinburgh.




suasana di dalam muzium

Gembira dapat naik kuda kayu
Dah penat.... hahahaha

wajah-wajah kepenatan anakku


Muzium ini juga sepertimana muzium lama yang lain juga, dikatakan " berhantu".   Pada waktu malam akan sering terdengar bunyi kanak-kanak menangis.  Bangunan muzium ini sebenarnya berdekatan dengan pusat penjagaan kanak-kanak dimana pada era dulu-dulu pusat jagaan itu di runtuhkan atau di tutup dengan penghuninya yang terdiri dari ibu-ibu dan anak-anak masih hidup di dalam bangunan itu.  Kiranya dibunuh hidup-hidup.  Tragis ya... entahkan benar entahkan tidak.. wallah hu alam... mungkin cerita ini direka sebagai salah satu tarikan untuk pelancong supaya berkunjung ke muzium ini.


" To a Scot, the past clings like sand to wet feet, and is carried about as a burden.  The many ghosts are always a part of them, inescapable." - Geddes MacGregor


Penat berjalan, kami menyusuri bandaraya ini dengan menaiki bas


Papan tanda Edinburgh's Camera Obscura

Tidak lengkap kalau ke Scotland jika tidak ke Edinburgh's Camera Obscura. " Highlight event" ke Scotland nya inilah dia. Terletak di Royal Mile,  bersebelahan lebih kurang 100m dari Istana Edinburgh.  Ia merupakan tarikan utama pelancong terutamanya kepada pencinta pencinta fotografi seperti kami.

Dari atas bumbung Edinburgh's Camera Obscura
Kita dapat melihat pemandangan yang amat memukau di sekitar bandaraya Edinburgh dari atas bumbung bangunan Camera Obscura ini.

Tarikan utama disini ialah pertunjukan Camera Obscura , pengalaman atas bumbung dengan teleskop percuma, dunia ilusi, magik galeri, koleksi 3D holograms, lubang camera gergasi dan berbagai bagai lagi  acara yang menyeronokkan.  Kena pergi dan alaminya sendiri.  Pastinya terpesona dengan dunia keajaiban ciptaan manusia.

aksi manja berlatarbelakang bandaraya Edinburgh
Bila penat... kita naik bas lagi

Berlatarbelakangkan Bandaraya Edinburgh ~ ibu negeri Scotland


Edinburgh Central Mosque


Ini adalah masjid Edinburgh ( Edinburgh Central Mosque).  Ia mengambil masa hampir 6 tahun untuk disiapkan dengan kos menelan belanja sebanyak 3.5 juta Sterling Pounds.   Di sini orang-orang Islam merupakan kumpulan minoriti dan seperti biasanya di serata United Kingdom ini kebanyakannya adalah berbangsa Pakistan.  Kebanyakannya datang melalui kapal-kapal pedagang dan kemudian mencari rezeki sebagai anak kapal di Pelabuhan Glasgow.  Bandaraya Glasgow merupakan penempatan umat Islam yang paling ramai di sini.   Sesungguhnya rumah-rumah Allah swt itu sentiasa ada di mana-mana sahaja untuk kemudahan umat Nabi Muhammad saw bersembahyang jemaah.

Ingat lagi masa di sekolah dulu, bila ada sahaja majlis perpisahan, lagu "Auld Lang Syne"  pasti akan kedengaran.   Begitu juga di majlis-majlis badan pengakap dan pandu puteri  pasti lagu ini akan dinyanyikan.   Malah di terjemahkan pula ke dalam Bahasa Melayu.   Lagu terkenal yang dinyanyikan di seluruh dunia iaitu lagu nyanyian Robert Burns seorang berbangsa Scottish.  Di Malaysia, lagu ini dinyanyikan untuk majils perpisahan tapi di dunia Barat ia dinyanyikan pada sambutan Tahun Baru.  "Auld Lang Syne" kalau diterjemahkan bermaksud "old long since" atau "old long ago" atau mungkin bagiku " sudah lama bertemu kini selamat tinggal pula " ~ sudah lama tidak berjumpa atau lama sangat tidak bertemu... hehehe.. pi mai pi mai tang tu juga.

Kami sempat juga singgah menziarahi rakan suami Prof Dr Zul yang menyambung pengajian di Edinburgh dalam perjalanan pulang.  Alhamdulillah.. mereka sekeluarga juga berada di dalam keadaan sihat dan semasa itu sedang berada di tahun akhir pengajian.  Sebenarnya rakan suamiku ini juga merupakan bekas Dekanku semasa menuntut di ITM dulu.  Keluarga yang amat baik dan kami semua sebenarnya begitu teruja untuk bertemu dan bertanya khabar dengan rakan-rakan dari Malaysia.  
  • "Whit dae ye cry thon yin?" ..... Terjemahannya : "What do you call that one?"... cuba belajar menyebutnya ya.. sebab aku pun tidak tahu gimana hendak menyebutnya juga.. huhuhu...
Bandaraya Edinburgh
 Sekian sudah catatan ini.  Syukur Alhamdulillah dengan izin Allah swt kami pulang dengan selamat.  Masih ada lagi sedikit catatan perjalanan di helaian diariku yang lain.   Catatan ke Scotland ini,  insyaAllah hanya sampai di sini sahaja.   Kita berjumpa lagi di Paris atau di Amsterdam selepas ini.. insyaAllah... semoga kita akan senantiasa bersyukur dengan setiap langkah penuh kenangan ini...

 Firman Allah swt yang bermaksud "  Mereka mengetahui bahawa semua nikmat yang ada berasal dari Allah swt, tetapi mereka mengingkarinya " ( An Nahl, ayat 83 )

Comments

  1. emm. the story is nice. Like french say "Bienvenue en Ecosse".:D Wish I could go there too.

    ReplyDelete
  2. Perkongsian yang sangat menarik dan bermanfaat...

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Dari Sekinchan ke Tanjung Karang.. jom cari kerepek!

Awas.. Kata pujian kepada anak-anak kecil

Nak pakai apa dikolam renang?