Vive la Paris ! Fasha Sandha & Nora Danish.... Bonjour!

Assalaam..

Tersenyum sendiri bila mengingatkan entri terdahulu.  Entri perjalanan silam tapi di salah sangka sebagai perjalanan baru.  Jangan salah sangka lagi ya..  

Perjalanan silam ini berlaku di bulan Jun yang sama tapi di tahun yang berbeza,  tahun 1996.   Kali ini kami berkesempatan melawat ke tempat yang terkenal  dengan gelaran La Ville Lumiere ~ Bandar Bercahaya atau Bandar Berlampu yang merupakan destinasi pelancongan yang utama di dunia.  

Sambil-sambil tu mari kita belajar "simple french language" ya.  " Oo la la..." yang biasa di dengar dalam iklan-iklan komersil di TV atau dari filem keluaran Walt Disney's 101 Dalmations sebenarnya membawa maksud "oh dear, oh no".  Jangan pura-pura terkejut pula bila tiba-tiba dalam perjalanan ke kedai, ada yang terpekik "Oo La La La La... " kepada anda.  Lagi panjang La La tu lagi bagus... it's actually a compliments atau pujian!  Tapi jangan perasan lebih-lebih pulak sebab mungkin ia satu ejekan.. hahaha... 

Begitulah Paris, kota kenangan cinta yang sering dijadikan tempat penggambaran drama di TV Malaysia akhir-akhir ini, contohnya drama Fasha Sandha dan Fahrin Ahmad dalam slot Akasia di TV3 - " Seindah Sakura " dan " Ariana Mikhail " lakonan Nora Danish dan Sein Ruffedge dalam slot Ratu di TV3.  Sebenarnya aku pandai tulis tajuk drama-drama ini sahaja tapi jarang berkesempatan untuk dapat menonton.  Bukan apa trailer drama ni selalu keluar kat TV.  Lalu lalang nampak jugalah tajuknyakan... jangan tanya apa endingnya sebab aku memang tak tahu.  Tanyalah kat anak-anakku, memang mak tak tengok.. mak cuma tengok cerita Faezah Elai "memberku Hawa" saja... hehehe... 

 pinjam gambar aja kat you tube

 latarbelakang yang sama .. Eiffel Tower
 latar belakang yang sama...  Eiffel Tower ... hee...

Peranchis ialah sebuah negara republik.  Ia dihubungkan dengan United Kingdom melalui Channel Tunnel yang lalu di bawah Selat Inggeris. 

Ia juga ialah antara anggota pertama Kesatuan Eropah, ahli NATO dan anggota tetap PBB. Dengan jumlah penduduknya seramai hampir 64 juta orang, ia juga ialah negara yang ke 23 mempunyai penduduk paling ramai di dunia.  

Bandaraya-bandaraya yang terbesar di Peranchis ialah Paris, Marseille, Lyon, Toulouse, Nice dan Nantes.  Wah... penat juga nak type paste dari wikipedia ni... mesti baca sampai habis tau!

Apa lagi yang menarik tentang Perancis?  Tentang hubungan dua hala yang baik antara kerajaan Malaysia-Peranchis. Kita adalah rakan dagang yang kedua terbesar di Peranchis.   Antara yang terkenal dari Peranchis kat Malaysia ni tentulah rangkaian pasaraya besar Carrefour (sebutan biar betul ya..), kereta Peugeot (dulu-dulu pernah pakai.. rate : memang best), Citreon dan Renault, Mahadzir Lokman yang pandai cakap French tu.. roti croissant, profiterolls ala-ala creme puff tu... dan jiran kami kak Leha, wanita Peranchis yang berkahwin dengan Dr Muliyadi Mahmood, istimewanya kak Leha ni boleh bercakap bahasa Melayu lebih baik dari orang Melayu sendiri.  Dan sudah tentu kapal terbang siri Airbus milik MAS dan Air Asia dan juga kapal selam (kontroversi ) Scorpene milik TLDM. Dan tidak lupa juga Dato' Shake yang menetap di sana.. mungkin anak-anak yang muda remaja tidak kenal kot.. tapi masa zaman mak dulu dia antara yang menyinar!

Semasa kami mula-mula sampai di England dulu pada tahun 1994, fenomena hebat yang melanda Eropah ialah Eurostar.  Apa Eurostar tu?  Ha... meh.. ni barulah cerita sebenar bermula.  Aku macam selalu memang semuanya teringin.  Teringin nak pergi Paris.  Teringin nak naik Eurostar. 

Kebetulan ketika itu abangku Dato' Ali sekali lagi bersama adikku Khir bercuti melawat kami di sini. Pucuk di cita ulam mendatang.  Pucuk?  Memang mereka ada membawa bekal sebeban pucuk ubi untuk kami sekeluarga tapi bukan itu klimaknya.. no no no..klimaknya ialah Eurostar.

inilah dia Eurostar

Eurostar adalah sebuah perkhidmatan kereta api berkelajuan tinggi bawah laut  yang menghubungkan London di England dengan Paris di Peranchis dan Brussel di Belgium. Kereta api laju ini menyeberang ke daratan Eropah melalui Channel Tunnel.  Ia mula beroperasi pada bulan November 1994.  Apa yang membuatkan kami begitu teruja ialah Channel Tunnel atau Terowong Channel ini memegang rekod dunia sebagai laluan keretapi paling panjang sekali di bawah dasar laut.  

Cuba bayangkan keretapi laju bergerak di dalam terowong yang berada di bawah dasar laut.  Laut ada di atas kita, kita berada di dalam terowong ... kalau apa-apa terjadi kepada keretapi itu, apakah yang akan terjadi kepada kita.  Nak berenang ke atas? SubhanaAllah...  

Setelah beberapa kali memecahkan rekod kelajuan, pada  20 September 2007, Eurostar sekali lagi memecahkan rekod bila ia berjaya melakukan perjalanan dari Brussels ke London dalam masa 1 jam, 43 minit.  Cepatnya...


Baca doa perjalanan dulu... mommy takut..huhu
Dulu kami bertolak dari stesen kereta api Waterloo di London tetapi kini stesen keretapi itu telah berpindah ke St Pancras di London  dan mengambil masa kurang dari 2 jam 15 minit untuk perjalanan sejauh 495km ke stesen Gare du Nord di Paris. 

Eurostar juga seperti keretapi lain mempunyai berbagai-bagai fasiliti seperti cafe-bar yang menyediakan makanan dan minuman ringan, sarapan pagi, makan tengahari dan makan malam, ada kemudahan palam kuasa untuk laptop, bilik menukar lampin bayi dan juga tempat duduk "first class" dan "standard class".  Seperti biasa juga kami membawa bekalan makanan sendiri.  Nasi lemak siap bungkus, sandwich dan makanan ringan lain. Kami hanya membeli air minuman sahaja.  

Seperti biasa kedua anak kecilku begitu teruja untuk naik keretapi.  Kanak-kanak di bawah umur 4 tahun mendapat perkhidmatan percuma.  Di awal perjalanan dapatlah kami melihat keindahan bandar- bandar yang berada di luar kereta api tetapi itu tidak lama setelah kereta api bergerak masuk menuju ke terowong itu.  Ketika itu hanya bacaan doa mengiringi perjalanan kami.  Ya Allah... selamatkanlah kami dalam perjalanan pergi dan balik dan permudahkan segala urusan kami. " Paris...J'arrive "  bermaksud "  Paris.. I'm on my way!"  

Bonjour Paris!  Ketibaan kami di stesen Gare Du Nord di Paris

sampul tiket




Tiket -tiket



seronoknya si kenit-kenit tu...
InshaAllah..  bertemu lagi di sambungan entri mendatang


AU REVOIR