Viva La Paris.. Pt 2

Entri kesinambungan..

Nilai tukaran mata wang mereka tersangat tinggi. Kami juga telah bersiap sedia menukar wang GBP kami ke mata wang Peranchis sebelum memulakan perjalanan. Sila kira sendiri tukaran matawang di sebelah post ini. MasyaAllah... memang begitu tinggi. 

Apabila pertama kali menjejakkan kaki ke Paris, ke stesen kereta api Gare du Nord ini terasa begitu asing lagi. Semua papan tanda cuma berbahasa Peranchis sahaja. Mujurlah sebelum ini aku telah siap sedia membeli kamus buku kecil ala travel guide berbahasa Peranchis. Mujur untuk ke tandas agak mudah kerana lambang tandas begitu jelas. 

Dan mula tiba di sini, menjejakkan kaki keluar dari stesen sahaja, kepala sudah pening. Terkesima sebentar melihat sistem pengangkutan yang berbeza dari sistem kita di Malaysia mahu pun di England. Kalau di sini kita memandu kereta di sebelah kanan tapi di Peranchis pemandu berada di sebelah kiri. Sistem yang sama seperti di USA. Untuk melintas jalan saja kami terpaksa begitu berhati-hati... oh my!
di kaki Eiffel Tower

Tidak sah kalau ke Paris jika tidak melawat ke Eiffel Tower. Binaan tertinggi yang terkenal di dunia ini, dimana menaranya boleh di lihat dari semua tempat tinggi di Paris. Ia mempunyai ketinggian setinggi 300 meter dan dibina pada tahun 1889 sempena memperingati Revolusi Peranchis pada tahun 1789. 

Ratusan pelancong sesak berbaris untuk naik ke atas menara ini. Adalah satu perkara yang memenatkan untuk menunggu giliran untuk naik ke atas. Anak-anak kecilku sudah mula keletihan. Walaupun begitu, untuk sesiapa yang telah naik ke atas, kepenatan itu akan hilang seketika setelah melihat alam ciptaan Allah swt dari atas menara itu. MasyaAllah..
di kaki Eiffel Tower

menunggu giliran di dalambarisan yang terlalu panjang untuk naik ke Eiffel Tower - lihat di belakang
Palais de Chaillot

mari berposing

Kami ke Eiffel Tower dengan menaiki bas. Walau pun bahasa menjadi benteng pemisah untuk kami tetapi alhamdulillah berjaya juga menaiki bas dan sampai ke tempat yang dituju. 

Tip penting : Jika ke Peranchis, bercakap dan bertanyalah di dalam Bahasa Melayu. Orang-orang Peranchis seperti orang Jepun juga amat menghormati bahasa mereka. Mereka tidak akan melayan kita jika menggunakan Bahasa Inggeris. Bahasa Peranchis merupakan bahasa utama. Ini ditambah pula dengan syiling dan wang kertas yang begitu asing.. terkial-kial untuk mengira nilai wang bagi setiap barangan yang di beli. 

Kami sekeluarga hanya membeli cenderamata kecil untuk dibawa pulang. Barangan yang terlampau mahal setelah di kira, membuatkan kami begitu berhati-hati untuk membeli. Almaklumlah.. budget kecil untuk perjalanan yang mahal. Lagipun tidak perlu berbelanja untuk perkara yang tidak perlu. Sentiasa berpesan pada diri " Pembaziran adalah kawan kepada syaitan".. shooh..shooh!! Jauhkanlah kami dari syaitan yang direjam.. amin...

kulit seperti dibakar di bawah terik mentari musim panas di Paris

Pont Neuf




berbotol susu berlatarbelakangkan Eiffel Tower
Trocadéro Fountains


Palais de Chaillot




Insha Allah.. kita bertemu di entri mendatang..


BIENTOT

Comments

Popular posts from this blog

Dari Sekinchan ke Tanjung Karang.. jom cari kerepek!

Awas.. Kata pujian kepada anak-anak kecil

Nak pakai apa dikolam renang?