Posts

Egypt : Tanta - Ahlan Wa Sahlan Ya Ummi Ya Abbi

Image
Assalam Masih di bulan Syawal 1438H yang mulia.  Maaf jika tangan tidak sempat bersalam, setidaknya ada kata-kata yang masih boleh diucapkan. "Taqabballahu Minna Wa Minkum.. shiyaamana wa shiyamakum. Kullu’aamin wa antum bi khoir, Minal Aidil Wal Faizin, Mohon Maaf Lahir & Batin dari Hj Azlan dan saya sekeluarga". Wahh.. lama sungguh tak bersiaran.  Bukan berhabuk bersawang lagi.  Nyaris tak mereput sahaja blog saya yang berlama tanpa entri ini.  Rindu untuk menyapa memberi khabar berita. Senyap sepi seolah menjauhkan diri kata mereka.  Apa nak dikata.  Mujur keinginan untuk bercerita masih ada. .. alhamdulillah. Berkesempatan menjejakkan kaki ke Tanta di bumi para anbiya` di Mesir sempena graduasi kaklong pada pertengahan bulan Februari yang lalu merupakan memori indah penuh rasa bersalah namun bukan pula menjadi penyesalan di dada. Sedikit gambar-gambar sempena hari graduasi sebagai intro dahulu.  Tahniah kepada kaklong da...

KYOTO : Kiyomizu-dera a world HERITAGE, what a spectacular view!

Image
As salam   Februari muncul kembali.     "Setahun sudah berlalu  Februari muncul kembali Dengan kehangatan semalam Tanpaku sedari ku petik mawar merah Ku tulis sekuntum puisi Tapi sayang pada siapa kan ku beri" -Alleycat-  Sekejapan dah masuk 2017. January sepantas kilat berlalu.  Alhamdulillah.. semoga kita semua senantiasa di dalam rahmat dan perlindungan dari Allah swt.. aamiin   Kali ini kami membuat perjalanan dari Osaka ke Kyoto untuk ke Kiyomizu-dera (清水寺).     Dari Shin-Osaka stesen jika menaiki Shinkansen bullet tren dengan tambang 1420¥ unreserved seat ia akan mengambil masa selama 15 min perjalanan sahaja.   Dari Yodoyabashi stesen dengan tren biasa ia akan mengambil masa selama 1 jam 4 minit.  Adalah lebih cepat dengan menaiki tren dari membazirkan masa di atas bas dan bertukar-tukar bas dalam perjalanan yang panjang sedangkan kita hanya membuat lawatan tanpa bermalam di sana...