As salam
Februari muncul kembali.
"Setahun sudah berlalu
Februari muncul kembali
Dengan kehangatan semalam
Tanpaku sedari
ku petik mawar merah
Ku tulis sekuntum puisi
Tapi sayang pada siapa kan ku beri"
-Alleycat-
Sekejapan dah masuk 2017. January sepantas kilat berlalu. Alhamdulillah.. semoga kita semua senantiasa di dalam rahmat dan perlindungan dari Allah swt.. aamiin
Kali ini kami membuat perjalanan dari Osaka ke Kyoto untuk ke Kiyomizu-dera (清水寺). Dari Shin-Osaka stesen jika menaiki Shinkansen bullet tren dengan tambang 1420¥ unreserved seat ia akan mengambil masa selama 15 min perjalanan sahaja. Dari Yodoyabashi stesen dengan tren biasa ia akan mengambil masa selama 1 jam 4 minit. Adalah lebih cepat dengan menaiki tren dari membazirkan masa di atas bas dan bertukar-tukar bas dalam perjalanan yang panjang sedangkan kita hanya membuat lawatan tanpa bermalam di sana dan akan pulang semula ke Osaka.
Kiyomizu-dera jika diterjemahkan bermaksud "Kuil Air Suci". Bukanlah tujuan utama kita hendak melawat ke kuil Buddha pula ya. Kita hanya ingin melihat pemandangannya yang indah dan melihat budaya bangsa lain sahaja. Dengan melihat keindahan alam sebenarnya kita mengakui kebesaran ciptaan Allah swt. Allah Maha Besar. Subhanallah.. Hidupkanlah kami dalam iman dan matikanlah kami dalam iman. Aamiinnn....
|
Kesayangan |
|
MashaaAllah..indah |
|
Kekasih awal dan akhir.. euww! |
|
Bunga-bunga masih berkembang di akhir musim luruh |
|
Dari Kyoto tren stesen, kita akan menaiki bas untuk ke Kiyomizu-dera pula. Pastikan untuk mencari dan beratur ke perhentian bas bernombor 100 atau 206 (tambang ¥230 +-15 min perjalanan). Beratur di dalam barisan yang panjang kerana ramai pelancong lain juga akan ke sana. Kemudian kita akan turun di perhentian bas Gojo-zaka atau Kiyomizu-michi pula. Ramai pelancong lain akan turun di tempat yang sama juga jadi pastikan kita akan turun sama. Dari situ kita akan berjalan kaki lebih kurang 10-15 minit naik ke atas untuk sampai ke Kiyomizu-dera. Kita akan melewati banyak kedai-kedai cenderamata dan pasaraya mini di kiri dan kanan jalan di sepanjang perjalanan ini.
Tips : Khas kepada yang ingin membeli cenderamata. Haruslah membeli di kedai-kedai di sini dahulu kerana harganya adalah lebih murah berbanding di kedai-kedai di dalam perjalanan pulang nanti. Kita tidak akan melalui jalan yang sama untuk pergi dan balik.
|
|
Khidmat beca jika kepenatan |
|
Akhirnya.. kami hampir sampai. Lihatlah atap pagoda yang sayup dibelakang itu. |
|
Mengah mendaki |
|
Kami berhenti untuk sarapan dahulu di gerai comel di kaki bukit sebelum terus mendaki. Cuaca yang sejuk membuatkan kita cepat lapar. Bukannya nak bagi readers terliur pulak ya. Setakat makan mee soba dan mee sup udon tak teringin pun katanya. Iya ke ni??? Memanglah. Manalah boleh lawan laksa johor dan laksa sarawak ekk.. kata orang Johor dan Sarawak. Haha a`ah! Saya orang Selangor.. mee maggi jugak yang sedap. :D |
|
Mee Soba celur tabur seaweed dan sup |
|
Mee Sup Soba Pecah Telur |
|
Mee Sup Udon |
|
Gerai yang simple dan bersih |
|
Sungguh santai menikmati sarapan pagi dengan suasana yang sejuk dan nyaman |
|
JOM kita memulakan pendakian |
|
Naik ke atas bukit |
|
Naik tangga dulu |
|
My Hero |
Kiyomizu-dera terletak di atas bukit-bukit yang berhutan di Timur Kyoto dan dibangunkan pada tahun 780M di tapak air terjun Otawa. Ia dikatakan mengalami lebih dari 10 kali kerosakan di sebabkan kebakaran akibat perang atau pun bencana alam. Ia menempatkan dewan kuil-kuil Buddha zaman kuno Kyoto yang tinggi dan besar dimana tangganya, lantai serta dewannya diperbuat dari kayu tanpa penggunaan paku dan terletak lebih 13 meter tingginya dari aras bukit. Tanpa paku?? Wahhh...
Ia juga telah mendapat pengiktirafan oleh UNESCO World Heritage pada tahun 1994. Petikan dari wiki.
|
Terpegun dengan binaan dewan-dewan kayu tanpa paku yang sangat menakjubkan di atas bukit ini |
|
Namun disebabkan kedatangan kami pada akhir musim luruh di mana daun-daun pokok telah gugur dan kebanyakan pokok hanya tinggal batang dan dahannya sahaja. Kuranglah sedikit "ummph!" warna gambarnya.
|
Pelancong dan penganut agama Buddha membanjiri kuil ini |
|
|
Penganut Buddha sedang bertafakur di dalam kuil. Lihatlah tiang-tiang kayu lebih dari sepemeluk besarnya yang tegak berdiri. Mashaa Allah.. |
|
Tiang-tiang yang berasal dari pokok besar yang di bawa naik ke atas bukit ini. |
|
Sebahagian darinya |
|
Peta tunjuk arah. Besar betul kawasannya. Pastikan anda memakai kasut yang selesa.
|
|
Pintu gerbang Torii of Jishu-jinja |
|
Pemandangan dari atas ke bawah |
Beberapa bangunan utama kuil ini sedang menjalani proses pemulihan secara berperingkat dan akan mengambil masa bertahun-tahun lamanya untuk siap. Dan ini akan memberi impak kepada pelancong yang berkunjung ke sini. Namun kerja-kerja penyelengaraan dan pembinaan semula itu dilakukan dengan begitu cermat dan penuh ciri keselamatan.
|
Pemandangan dari atas Otawa-no-taki |
|
Anak gadis berkimono di tepian pancuran air terjun |
|
Air terjun Otawa-no-taki. Airnya yang jernih jika diminum, dikatakan dapat memberikan kesihatan yang baik, umur yang panjang dan kejayaan di dalam pelajaran. Melihatkan jumlah anak gadis yang ramai beratur menunggu untuk minum, mungkin juga untuk cepat mendapat jodoh. Wallah hu a`lam |
Ratusan foto pemandangan yang indah telah dirakamkan oleh lensa jurugambar profesional mahupun pelancong biasa di seluruh dunia bagi mengabadikan panorama bukit-bukit yang berhutan ini. Penuh warna yang diselimuti daun-daun berwarna kuning merah oren dari pokok-pokok maple dan cherry serta pelbagai spesis pokok lain antaranya pokok bunga sakura di kala pertukaran musim bunga serta bandar Kyoto yang nampak sayup dari kejauhan. Memang indah..subhanallah
|
Pagoda Koyasu |
Kiyomizu-dera yang terletak di daerah Higashiyama mempunyai banyak simpang jalan dan lorong yang curam. Kami merasai kemeriahan suasana yang sangat sibuk dalam perjalanan pulang. Inilah sebahagian dari keseronokan apabila berkunjung ke Kiyomizu-dera. Deretan kedai-kedai pelbagai dan restoran yang menarik senihiasnya di dalam mahupun di luar bangunan menarik minat pelancong dan pengganut buddha yang berkunjung ke sana sejak berabad-abad lamanya hingga kini. Ia seolah-olah menggamit kita untuk singgah..
Mereka juga menjual pelbagai produk istimewa tempatan dan kraf tentunya seperti tembikar (pasu dan teko) yang sangat unik, hiasan ukiran kayu dan dari kertas, pelbagai sayuran dan buahan segar seperti timun dan kobis yang dijadikan jeruk (sangat sedap) untuk dimakan mentah, beraneka gula-gula, makanan tempatan, fridge magnet, t-shirt dan sebagainya untuk dijadikan ole-ole untuk di bawa pulang. Ada juga peniaga yang pandai berbahasa Indonesia kala berurusniaga membuatkan kita merasa selesa.
|
Dalam perjalanan pulang |
|
Sayup di kejauhan |
|
Ramai pelancong wanita yang berpakaian kimono berjalan ke hulu ke hilir dan sangatlah menarik suasananya seperti ala-ala filem "Memoirs of a Geisha". Pakaian tradisional ini tidak membataskan pergerakan mereka walaupun dalam kesejukan cuaca yang sedikit "extreme" bagi kami.
Apa yang menarik anak-anak gadis Jepun dan Cina ini amat teruja jika berkesempatan berkenalan dengan pelancong lelaki berbangsa Amerika. Melihat reaksi mereka apabila bersua dengan jejaka mat salleh ini, mereka tanpa segan silu akan menyapa dan teruja extra apabila sapaan disambut mesra.
Perasan "I am Tom Cruise The Last Samurai" pulak nanti si mat salleh yang pasti bukannya muda dan sudah berusia itu, sambil tersenyum sendiri apabila ditegur oleh si comel-comel yang bagaikan Japanese Dolls itu. Peluang bersuamikan rakyat Amerika yang kaya untuk ke Amerika dan pasti mendapatkan zuriat yang cantik masih trending di Jepun kot. Wallah hu a`lam. Just a thought!
Tidak membaca sejarah ketika bandar Hiroshima hampir punah dibedil dengan bom atom pada Perang Dunia II oleh siapa agaknya sehingga hancur satu ketika dulu. Ini kisah benar. Mak buat sesi "observance"(the action of watching or noticing something) ala-ala skodeng but not stalking eh.. |
|
Peristiwa bersejarah zaman silam. Astaghfirullah hal azim.. terkejut mak, pak dan kakak hang bila tiba-tiba bunyi tabuh dan tiupan kuat sahut bersahutan dan askar-askar zaman Edo berlari-lari dengan membawa seekor naga di celah-celah orang ramai. Siap pelancong terkena renjisan air dari tok sami bagai!! Bernasib baik juga kerana tiba-tiba ada pertunjukan live tentang sejarah di tempat ini. Walau pun tak paham apa katanya. Nasib masih di Jepun dan bukan di Korea.. kalau tidak... sudah terbayang-bayang ikan duyung Jun Ji Hyun di usung oleh Lee Min Ho seperti di dalam drama "Legend of The Blue Sea" pulak gamaknya.. wuahahaha... over emak ni.. haish! |
|
Rumah bersenibina kayu yang sangat unik |
|
Persekitaran yang bersih |
|
Kami kemudiannya berhenti untuk makan tengahari di sebuah restoran yang sangat cantik hiasan dalamannya. Hidangan tempura yang menyelerakan. Tempura ialah sejenis hidangan jepun yang terdiri dari makanan laut dan sayuran segar di salut dengan batter dan digoreng garing di dalam minyak yang panas. Dihidangkan bersama semangkuk nasi, semangkuk sup dan jeruk-jeruk mentah.
Menu : 7 kinds of tempura (prawn, bayam leaf, labu, brinjal, squid, asparagus and sejenis lagi dah tak ingat) with a bowl of rice + soup + 3 kinds of pickles. Mode : tempura - checklist - done! |
|
Sweet Mochi. Ia diperbuat dari Mochiko (tepung beras yang manis), gula dan air. Sangat simple. Boleh dimakan begitu sahaja atau dijadikan pencuci mulut seperti Daifuku dan ais krim Mochi . Mode : lembut seperti kuih koci tapi rasa tepung beras. Anak-anak sangat suka. Omma nak rasa jerrr.. bukan checklist. #perisamatcha
Pastikan anda masukkan Kiyomizu-dera di dalam senarai "checklist" tempat yang anda akan lawati jika ke Jepun nanti. SubhanAllah Wa bihamdihi.
Alamat : 294 Kiyomizu 1-chome, Higashiyama Ward, Kyoto, Kyoto Prefecture 605-0862, Japan
|
|
Dan alang-alang sudah sampai ke Kyoto. Sila berkunjung ke Bamboo Groove yang sangat terkenal terletak di Arashiyama, Sagano untuk berfoto di bawah rumpun bambu hamba merinduu.. ehh ehh. " One of the places to visit before you die" katanya. Moga panjang umurku dalam keberkatan. Amiiinn... |
Inshaa Allah kita akan bercerita lagi ke destinasi seterusnya setelah pulang semula ke Osaka. Sebenarnya entri persinggahan ke Osaka Castle dan jalan-jalan cari makan ke Dontonbori pun masih berbaki dan belum ada penamatnya lagi.
Kemudian kami melalui perjalanan malam yang panjang di dalam bas express tanpa henti dari Osaka untuk pulang ke Tokyo semula. Dan juga ke Akihabara sebuah bandar elektronik di Chiyoda dan juga meninjau ke pasar ikan Tsukiji pasar ikan tradisional terbesar yang mempunyai ratusan jenis makanan laut dari 60 buah negara yang berbeza.
Inshaa Allah .. di entri yang lain pula. Daaa ..
|
swafoto katanya |
JUMPA LAGI
Comments
Post a Comment