New Zealand : "The World's Last Pure Land"

Assalam Di Auckland kami menginap di guesthouse "The World's Last Pure Land" melalui booking.com. Wow! Maori sungguh namanya kan? Guesthouse yang selesa, murah dan lebih kurang 1/2 jam sahaja perjalanan dari airport. Ia terletak di 8, Parani Road, Te Atatu Peninsula, Auckland dan berada 8km sahaja dari Auckland Harbour Bridge. Di kelilingi oleh rumah banglo pelbagai rekabentuk di sepanjang jalan ini. Kami tiba di rumah ini ketika langit siang sudah melabuhkan tirainya. Tiada tuan rumah menyambut ketibaan kami kerana mereka sedang berada di Amerika Syarikat. Tuan rumah telah meninggalkan sms nombor kod untuk membuka tempat penyimpanan kunci rumah dan kunci bilik setelah kita membayar deposit secara online. Sangat bagus perkhidmatan di sini. Self service. Tiada masa tertentu untuk check in atau pun check out. Cuba teka di mana letaknya kunci rumah itu? Tiada hadiah untuk yang menja...