YOKOHAMA: Aka Renga Soko or Red Brick Warehouse

As salam

Ke Aka Renga Soko. 

Kali ini kami bertolak awal dari rumah tamu di Fuda untuk ke destinasi seterusnya. Pagi yang cerah dan indah untuk ke Yokohama.  Ada yang nak berpesan tayar ke? Cliche eh.. sebut Yokohama terus automatik teringatkan tayarkan? 

Ke Jepun ke kita
Potret kenangan di hadapan rumah tamu di Fuda sebelum kami memulakan destinasi ke Yokohama dan seterusnya ke Osaka dan singgah di Kyoto pula sebelum bermalam di dalam bas pula untuk ke Akihabara dan kembali ke Fuda semula di Tokyo. Pheww... adventure gitu. Mengalahkan Adventure of Rin Tin Tin (ingat ke cerita kartun penyiasat zaman dahulu kala ni?) hahaha... kalau tak ingat pun kata ingat je lah ekk ..

Ayah bergambar kenangan bersama dengan Presiden Muslim Care Japan. Jazakallah young man! A very gentleman indeed.   

Di sepanjang jalan di daerah ini menuju ke stesen berhampiran, kawasan kejiranannya adalah  tersangat bersih seperti selalu ada yang menunggu untuk menyapu di halaman rumah.  Exaggerate-nya emak engkau ngah.. (iya, tak tipu!)
Suasana yang sama di setiap stesen

Welcome us Yokohama!

Yokohama ialah sebuah bandar pelabuhan. Merupakan bandar kedua terbesar di Jepun selepas Tokyo dan mempunyai jumlah penduduk yang lebih daripada 3.7 juta orang. Ia merupakan bandar pelabuhan pertama di Jepun yang membuka urus niaga kepada pasaran asing. Lihatlah binaan kapal di belakang kami itu. Tersangat gah!


Minato Mirai Kisha-michi Promenade


Pembinaan Minato Mirai 21 sebuah projek pembangunan bandar utama di atas tanah yang ditebus guna, bermula pada tahun 1983. Minato Mirai 21 menjadi tuan rumah Pameran Exotic Yokohama pada tahun 1989 dan menyaksikan operasi pertama kereta api awam maglev (Maglev is a transport method that uses magnetic levitation to move vehicles without making contact with the ground) di Jepun dan juga pembukaan Cosmo World 21 yang mempunyai Ferris Wheel yang tertinggi di dunia. Jambatan Yokohama Bay 860m-panjang dibuka pada tahun yang sama juga. Pada tahun 1993, Minato Mirai menyaksikan pembukaan Yokohama Landmark Tower, bangunan kedua tertinggi di Jepun. Petikan wiki.


Cuaca yang berkabus membuatkan suasana nampak seperti berjerebu.  


Yokohama juga mempunyai Tōkaidō Shinkansen, landasan tren berkelajuan tinggi dengan stesennya di Shin-Yokohama. Stesen Yokohama juga merupakan stesen utama yang mempunyai anggaran dua juta penumpang setiap hari. Majlis Perbandaran Yokohama Subway juga menyediakan perkhidmatan metro. Dari petikan wiki.

Menganyam kenangan.

Menyusuri Minato Mirai. 

Kak ngah pernah menginap di  salah satu hotel yang tersergam di belakang itu.
Bersama  rombongan sekelasnya satu waktu dahulu katanya

Kali ini teruja untuk membawa kami ke sini.  Arigato!

Yokohama Cosmo World Amusement  Park


Ramai anak-anak berkunjung ke Cosmo World bersama keluarga untuk meraikan hari cuti. Taman tema yang begitu popular di Yokohama kerana tidak mengenakan bayaran untuk masuk ke dalam.  Pelanggan hanya perlu membayar untuk menaiki permainan yang dipilih sahaja.  Terdapat tiga zon untuk membezakan aktiviti untuk kanak-kanak, remaja dan orang dewasa.  Amat berbaloi jika dibandingkan dengan taman tema yang lain.
Kenangan
Penonton dari Malaysia
Kami juga sempat singgah untuk menyaksikan pertunjukan artis jalanan yang sangat profesional dan menghiburkan. Penonton begitu teruja dan ia mendapat sambutan yang menggalakkan pada setiap sesi pertunjukan. Bangunan Hard Rock Cafe Yokohama juga ada di sebelah bangunan ini. 

Happening
Impressive 

KakDek danYokohama Hard Rock Cafe

Tumpang bergaya juga
Namun tak singgah 
Yokohama kini membangun dengan begitu pesat sekali melangkaui bandar-bandar besar yang lain walaupun ia sebenarnya pernah musnah sebahagiannya pada 1 September 1923 oleh gempa bumi "Great Kanto" yang dahsyat itu. Kemudian ia telah dibina semula, hanya untuk dimusnahkan lagi oleh tiga puluh serangan udara oleh tentera US semasa Perang Dunia II. Dianggarkan tujuh atau lapan ribu orang terbunuh dalam satu pagi sahaja pada 29 Mei 1945 dengan apa yang kini dikenali sebagai "Great Yokohama Air Raid" apabila B-29 dengan bom api meletupkan bandar dan dalam masa satu jam sembilan minit sekejapan sahaja 42% daripada bandar itu musnah. Astaghfirullah hal azim.. 


Sepanjang jalan kenangan 

I am waiting for you
Bunga tulip juga telah menampakkan warnanya. 

Begitu juga bunga peony ini. Eh..betul ke nama bunga ni?
Gigih beratur

Akibat jalan yang kebanyakannya terpaksa ditutup kerana memberi laluan kepada pertandingan marathon yang sedang berlangsung pagi itu, kami terpaksa beratur dalam jarak barisan yang panjang hanya untuk sampai ke Aka Renga Soko. Teruja juga melihat ragam peserta yang berlari dengan hanya memakai singlet dan seluar pendek di cuaca dan suhu yang sangat sejuk ketika itu. Pelbagai festival makanan juga sedang berlangsung di sini menjadikan suasana begitu padat dan sesak. 
Tetap sopan walaupun berseluar pendek

Bangunan Aka Renga Soko

Setelah berjalan mengelilingi Minato Mirai, kami tiba juga ke gudang berbatu bata merah atau Aka Renga Soko ini. The Yokohama Red Brick Warehouse (横 浜 赤 レ ン ガ 倉庫 Yokohama Aka Renga Soko) merupakan sebuah bangunan bersejarah yang dijadikan sebagai kompleks yang memuatkan pusat membeli-belah, dewan bankuet dan tempat untuk acara keraian. Kompleks ini dulunya dikenali sebagai Newport Pier Tax Keeping Warehouse  (新港 埠頭 保税 倉庫 Shinko Futo Hozei Soko ) di awal tahun 1920-an. Pada asalnya digunakan sebagai bangunan kastam dan mempunyai dua bahagian: Warehouse No.1 dan No.2. Ia dikendalikan oleh Yokohama Akarenga Co. Ltd., dan terletak di Pelabuhan Yokohama di Naka-ku, Yokohama, Kanagawa, Jepun. Petikan dari Wiki. 

Suasana di dalamnya sama sahaja seperti di pusat membeli belah lain yang terdapat di luar cuma berbeza dari segi artistiknya sahaja. Cantik di dalam bangunannya. Pelbagai potongan harga dengan pelbagai gimik jualan murah untuk meruntun jiwa pelanggan lain dan juga pelancong seperti kami ini. Ada demontrasi masakan juga di restoren yang memberi peluang kepada pelanggan melihat cara chef-chef masakan sedang beroperasi "live" sebelum menikmati makanan. "Cook with style " kata kau ..bukan yang macam emak masak tu. Goreng2 senduk je ke dalam mangkuk..huhu! Haaa.. dah pandai komplen! :p

Sila beratur untuk menunggu giliran untuk meja yang kosong.

Sebenarnya kami ke sini adalah untuk menikmati hidangan makanan tengahari secara buffet di Fisherman`s Market ini. Beria-ia ke Aka Renga Soko untuk luncheon ngupanya. Huk aloh!  

Eat all ... quickly while you can, in an hour or so. Makan sahajalah memandangkan harganya yang memang lumayan untuk dibayar kemudiannya oleh ayah dan tidak berbaloi untuk makan sedikit. "No diet please.. Cheat day today " kata bebudak sekarang. Yang kurus pun nak ber cheat day juga .. dah kenapa? Den tak paham kaedahnya. Hahaa.. sibuk je makcik ni nak komen lebih2 tentang istilah cheat day. Rezeki jangan di tolak. Berhenti sebelum kenyang.  Ingat!  

Harap dapat bersabar menunggu
Makanan yang segar hasil dari tangkapan laut nelayan Jepun 

Pemandangan di pintu masuk
Kita terpaksa beratur panjang menunggu giliran di kerusi yang disediakan. Namun ini tidaklah menjadi hal kerana kita akan disajikan dengan sajian Wifi yang teramat kencang kok line nya, supaya  bisa berhapdet dengan henfon beramah mesra dengan warga di tanahair di wassap grup dan fb dahulu sementara menanti ada pelanggan yang sudah makan keluar dan ada meja yang kosong untuk kita.
My portion

Menariknya di sini sajian makanan secara buffet ini, menyediakan tag tanda bergambar untuk makanan yang boleh dimakan atau tidak oleh orang Islam. Tag gambar ikan untuk yang boleh dimakan dan tag gambar "ba alif ba ya" untuk yang tidak boleh dimakan. Perihatinnya akan kebajikan pelanggan walaupun tiada tanda halal JAKIM. 

Persekitaran yang  bersih dan selesa
Menikmatinya

Scallop

“Sesungguhnya Allah swt hanya mengharamkan bagimu bangkai, darah, daging babi, dan binatang yang (ketika disembelih) disebut (nama) selain Allah. Tetapi barangsiapa dalam keadaan terpaksa (memakannya) sedang dia tidak menginginkannya dan tidak (pula) melampaui batas, maka tidak ada dosa baginya. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” 
Al Baqarah:173

Jangan menoleh ke belakang lagi. JOM kejar bullet train. Ops!

Kalau ada umur yang panjang kita tumpang datang lagi.  Inshaa Allah

Kita bertemu lagi di Osaka dan Kyoto dalam perjalanan di bumi Jepun untuk melihat kebesaran Allah swt di entri berikutnya. InshaAllah..

+Jom Dakwah