Bali : Menganyam cinta bersepeda motor di Kuta
As salam
Setelah 3H 2M bersantai-santaian di Ubud dan persekitarannya dalam misi menghabiskan lawatan ke "Top 10 Places to Visit in Bali" akhirnya kami tiba di Kuta.
Melepak penat.. |
Kami menginap di sini. Share holder katanya. |
Kuta terletak di Selatan Bali, Indonesia. Dulunya ia merupakan sebuah perkampungan nelayan sebelum bertukar menjadi destinasi pelancongan di antara yang paling terkenal di Indonesia. Ia dikenali di seluruh dunia kerana pantainya serta pelbagai kemudahan moden yang disediakan seperti banyaknya restoren dan bar dan juga menjadi tarikan pelancong yang datang terutamanya dari Australia untuk aktiviti meluncur papan melawan ombak. "Surfers Paradise" katanya... to surf the BIG waves. Menjinak ombak kataku.
Surfing board untuk di sewa |
Ia juga terletak berdekatan dengan Lapangan Terbang Ngurai Rai. Namun apa yang menjadikan Kuta semakin dikenali di seluruh dunia adalah peristiwa pengeboman yang tragik di sana "Bali Bombing" yang mengakibatkan ramai yang terbunuh kebanyakannya adalah pelancong dari Australia. Pengeboman pertama pada 12hb Oktober 2002 menyebabkan 202 orang terbunuh dan kali kedua pada 1hb Oktober 2005 yang mengorbankan 25 orang.
Pantai Kuta |
Outside kot! |
Namun bagi saya, pantai Kuta ini semuanya sama sahaja seperti pantai yang lain. Terik mentarinya masin air lautnya dan berpasir. Pantainya seumpama pantai Port Dickson sahaja tidak lebih dan tidak kurang bagi saya yang tidak berapa nak enjoy "main pantai" ni. Mungkin bedanya cuma ombak besar, ombak tinggi dan ombak kecil sahaja. Bedanya lagi lautnya tidak dipanggil "sea" tapi "ocean" untuk menampakkan skala yang lebih besar katanya. Ya ke? hahaha... jangan tiru jawapan ini untuk menjawab soalan karangan BM pulak ya. Hilang markah nanti. Slang seperti offshore, onshore, outside, pop up, pocket dsb adalah mainan dibibir kepada pelayar2 tegar ini.
Ini bukan di Pantai Kuta. Photo courtesy Puan Fara.
|
Dahlah kulit tak cerah.. nak duduk melepak di pantai menadah terik sang mentari tu bukanlah saya kata kau. Rentong dan garing kot! Pantai pantai ni jatuh dalam list terakhir saya untuk melancong. Kalau dah dipaksa tu.. pergi jugalah kan.. kan... ???? Jangan marahh yang...
Kolam renang di hotel bolehlah terjun terjunam terapung sehingga pukul 7 mlm dan atau sehingga lewat 9 mlm tanpa pengawasan life guard. At your own risk. En hubby akan berendam kala menjelang malam menjadi duyung dan melegakan sirip segala akibat kecapekan. Tapi kolam renang di hotel memanglah lengang kerana mat saleh ni semua mandi dan berjemur di pantai sahaja. Pantai Kuta terletak sangat dekat lebih kurang 5 minit berlari-lari anak dari hotel penginapan kami.
Menganyam cinta berspeda motor. Muka pun dah naik legam! |
Helmet yang disewa bersama speda motornya kebanyakannya seperti sudah luput cop SIRIM. |
Kami juga mengambil kesempatan dengan menyewa speda motor untuk ke pantai-pantai yang berdekatan seperti ke Pantai Legian. Menaiki motor adalah lebih menjimatkan kerana kita bisa menyelusuri Kuta tanpa perlu mengeluarkan budget yang lebih cuma perlu bayar parkir sahaja. Bisa berhenti di mana sahaja destinasi pilihan seperti untuk shopping di Mall, berhenti untuk makan, menonton di bioskop, melihat tugu memperingati kisah "Bali Bombing" dan juga yang penting untuk mengelakkan macet atau kesesakan lalu lintas aka traffic jam. Kuta tidak ubahnya seperti Jakarta, Bandung, London, Paris,New York dan Chow Kit Road. Hmm... boleh percaya ke ni?? pergilah sendiri, tengok sendiri..heeee..
Malam menyambut hari Natal |
Gedung jualan seperti ini yang menjual cenderahati adalah mahal berbanding dengan kedai biasa.
|
Sedang "hot" di Kuta ketika itu. Geruaaaa...... |
Pegang sahaja helmet ini dulu tapi belum lagi hendak membeli..huhu..flying licence tak ambil lagi.
|
Potongan harga runtuh menjelang hari Natal. |
Makanan halal juga memang mudah untuk di dapati di Kuta. Di depan hotel kami sahaja ada sebuah restoren nasi padang yang beroperasi sehingga dini hari. Di mana-mana sahaja ada nasi kuning, nasi goreng, nasi ambeng, nasi ayam penyet dsb. Ada yang sedap dan ada yang sebaliknya.
Setelah lemas dengan nasi padang boleh saja minta nasi yang digoreng bersama telur mata. |
Jus apokad is a must. |
Set nasi cabean yang sangat murah dengan sebotol air mineral. Pelbagai pilihan lauknya. |
Menjelang hari Natal memang ada terlintas juga perasaan takut bila mengingatkan peristiwa "Bali Bombing". Kawalan keselamatan yang ketat di adakan di seluruh Indonesia terutamanya di Kuta, Bali. Namun dengan izin Allah swt tiadalah apa-apa yang terjadi pada tahun ini di sana. Syukur alhamdulillah. Sesungguhnya Allah swt itu Maha Pengasih Maha Penyayang.
Kami juga mengambil kesempatan untuk melakukan perjalanan ke Lombok dan juga Gili Trawangan. Alang-alang dah ke Indon.. Yok mampir!!
Dan melupakan hasrat ke Lovina Beach untuk melihat ikan lumba-lumba kerana tidak adil untuk ke sana tanpa membawa anak-anak yang pastinya lebih teruja berbanding dengan emak engkau yang dah penat nih!
Kita jumpa lagi di entri seterusnya dalam keterujaan melihat Gili Trawangan yang tersangat cantik seindah lukisan panoramanya sambil memuji kebesaran Allah swt.
Dari Nu’man bin Basyir r.a : Nabi saw bersabda, “Yang halal sudah nyata, yang haram sudah nyata dan antara keduanya beberapa perkara yang meragukan. Barangsiapa meninggalkan apa yang diragukan tentang dosanya, biasanya orang itu meninggalkan pula apa yang sudah nyata berdosa."
JUMPA LAGI
ibuk, saya bukannya berpeleseran...tapi bersantai santaian
ReplyDeletebisa pak!
Delete