JOM Western di Tupai Tupai!

As salaam

Dah lama tak review food apa yang kita makan. Dah pagi menu nasi lemak.. tengahari pun nasi lemak juga.  Apa kata bila malam kita JOM Western pula!

Dalam keadaan hujan lebat mencurah2 di Shah Alam (tahap boleh banjir kalau berlarutan selama 2 jam) kami meredah juga mencari tempat makan yang sedap.  

Syukur alhamdulillah.. Belanja makan sempena kakak berjaya masuk ke kelas idamannya.  Kita celebrate lah sikit walau pun tanpa abang.  Abang boleh claim "rain check" later ok...

Ayah tanya: "Nak makan di mana?"  
Mak kata :   "Kita makan western di LG* nak?"
Kakak kata: " Taknaklah... kita cuba di tempat lain pula"
Ms little :     " I follow aje"

Dah masuk dan ambil parking ke LG dah.  Last2 kita keluar balik.  Namun nak mencari parking ke Restoran Tupai Tupai di Seksyen 13 Shah Alam ni dalam hujan memanglah satu hal.  Semua parking penuh!  Memang patut pun penuh... hmmm

Tak menyesal bersusah payah cari parking dan dapat tempat parking jauh. Sirloin ni sepinggan besar ialah RM22.80 sahaja.  Berbaloi-baloi. Next time ajaklah kazen2 awak makan kat sini sahaja oh kak chik!   
Mode: Kenyang perut suka hati :p

Enjoynya... 

Mix Grill RM28.80.  Farm Ville indeed.  Cukup se reban dan se kandang katanya.  Mix of grill ayam, kambing, lembu dan sosej.  Dan telur mata sapi bentuk "love" gitu... 
Verdict : Sangat sesuai untuk makan beradap pengantin. Just a big plate each for all at "meja pengantin" .  Good idea eh?

Sangat recommended.  Next time sila order.. Lamb Chop.  RM19.80 a big plate.  
Mode : Very succulent.. mamma mia!
Apa 'succulent' tu mak? 
Maknanya..'Tasty, juicy and tender.' 
Haish! menitik air liurku.. 

Cheers! Alhamdulillah.. Jus buah : Epal Asam Boi, Fresh Orange, Sour Sop RM4 @ dan Carrot Susu RM5.50 segelas.

Di sini juga ada hidangan ala-carte dan steam boat.  Next time in sha Allah kalau datang lagi.. we should try it.

Verdict :  Sebenarnya kalau inginkan masakan barat daging bergrill bagai ini, sos  yang sedap memainkan peranan yang penting.  Bak kata Pak Hang "Lagu + irama = tak dapat dipisahkan". Begitulah juga dengan hidangan grill ini.   Sos + daging yang lembut = Barulah ngammm...

Sos lada hitamnya memang sedap. Namun kami tidak pula mencuba sos cendawannya. Hidangan salad dengan sayur2 yang segar. Begitu juga dengan kentang putar yang terserlah rasa "home made"nya.

Saiz hidangan yang mengenyangkan dengan harga yang berbaloi.  Apatah lagi mak terpaksa pulun semua salad2nya sebab bebudak ni kan semuanya alergik sayuran.  Motto : Elakkan pembaziran. Sabar je lah.. hahhaha  

Kita datang nak makan. Bukan nak hanya merasa-rasa... you know what i mean. You don't know?  Haish.. maknanya dah makan kenyang, balik rumah tak payahlah bukak periuk lagi.

Namun seperti biasa, selera kita semua tak semestinya sama.  Sedap pada saya tak tentulah juga sedap pada tekak anda.

Untuk yang teruja*  Alamat rumah makan ini ialah Restoran Tupai Tupai No.2, Jalan Lompat Tinggi, 13/33 Seksyen 13, Shah Alam.

*Ini bukan iklan berbayar ya..

Nota : Penulisan entri yang perlahan akibat kekangan masa dan komitment pada diri dan keluarga. Untuk anak2 yang merindui sila follow instagram mommy ya! Mudah...




SEMOGA SETIAP URUSAN KITA DIPERMUDAHKAN
AAMIINNN..