Pakistan : Our untold story...

As salam..

#throwback

Pakistan oh Pakistan!   Our untold story 19 years ago..  


Berpeluang  menjejakkan kaki ke Pakistan apabila pesawat yang kami naiki transit di Jinnah International Airport (JIA) dari London ke Kuala Lumpur menaiki PIA (Pakistan International Airline)   Kami dibawa keluar menaiki shuttle bas untuk ke airport hotel kerana waktu penerbangan yang agak lama lewat lebih dari 12 jam..
Kaklong 3 tahun dan kak ngah 2 tahun ketika itu
Kenapa menaiki PIA?  Ketika itu kami pelajar2 marhaen (rakyat biasa)  ini akan senantiasa mencari2 penerbangan tambang murah untuk pulang bercuti ke Malaysia.  Pada masa itu penerbangan yang murah haruslah penerbangan transit sama ada dengan PIA (Pakistan), Biman (Bangladesh), Aeroflot (Russia) dsb.   Sekadar menyebut beberapa nama penerbangan yang biasa dikalangan kami ketika itu.

Ini catatan di dalam pesawat 19 tahun lalu :~

  • Pramugari dan pramugara yang agak berusia dengan saiz badan yang agak besar. "Voluptuous" kata mat salleh.   Tengoklah saiz heroin film hindustan di zaman 60-70an dulu... begitulah lebih kurang. Putih2, segak dan cantik2 belaka. Selendang di pakai ala2 style Benazir Butto bekas PM Pakistan terdahulu.

  • Bacaan ayat2 suci Al Quran akan berkumandang apabila pesawat mula berlepas.  Alhamdulillah.. Rasa selamat dan tenang..

  • Apa yang terjadi apabila pengumuman "safety belt" boleh ditanggalkan oleh pramugari.   Haaaa... Bagai ayam terlepas dari kurungan.. passengers akan bertukar sesuka hati tempat duduk.  Dari satu kerusi seorang menjadi dua kerusi untuk seorang. Wawaawaa..
  • Mind you.. kerusi  banyak kosong derrr!  Suka hatilah nak lepak baring melunjur bagai... ops!! unbelieveable... 

  • Hidangan makanan nasi briyaninya juga sangat menyelerakan.  Baunya!  Perghhh... dah 19 tahun pun eden masih terhidu2 dan terkonang2.. hmmm.. a very famous chicken briyani!

  • "Throw" atau selimut nipis boleh di ambil sendiri. Tak payah meminta dari pramugari. Self service.   Boleh bawa balik sekali dengan headphone set... 2+1.  Tak sapa kisah kau... eh.. iya ke? hahahha... Tsk tsk tsk.. mak ni exaggerate kot.. tak percaya?.. ini kisah benar!

  • Dan... akhirnya perlu istiqomah menginsafi dan bermuhasabah diri. Tersangat jauh berbeza dengan passengers lain dari penerbangan di mana pun yang pernah saya naiki iaitu ketika masuknya waktu solat fardhu. Yang tua dan yang muda berbangsa Pakistan akan terus menunaikan solat menghormati waktu di tempat duduk mereka. Alhamdulillah... Mashaa Allah.. SubhanAllah.. Allah swt is the greatest of all!

Ini catatan setibanya di airport 19 tahun lalu :~

  • Pengalaman "stranded" beratur lama di airport dengan kehadiran ramainya askar2 yang berkawal dengan memegang rifle aka machine gun atau apa sahaja senjata namanya membuatkan jiwa kacau.   Hati, paru2,  jantung dan isi perut ...  kecut... ketakutan.  
  • This was not a joke... seriously. Situasi ala2 seperti kita menjadi tawanan perang.  No smile whatsoever to greet the tourist.  Mungkin tahun itu bukan Tahun Melawat Pakistan kot... wallah hu alam...
Gambar ihsan Google :  Pemandangan pertama ketika menjejakkan kaki di JIA.. surrounded by the army!

  • Paip air di airport pula tidak mengalir airnya cuma disediakan kendi di dalam tandas.  Apa itu kendi? Kendi itu ialah bekas mengisi air.  Ia seakan seperti lebih kurang teko Aladdin  tetapi ia diperbuat dari tanah liat berwarna merah bata. Tiada pengering tangan dan yang sewaktu dengannya di situ.  Tisu pula akan dijual diluar pintu tandas.  Haish...  
  • Apa pun bersyukurlah kerana kendinya mempunyai air dan tandasnya bersih. Alhamdulillah...

  • Berjaya keluar untuk menaiki shuttle bas yang disediakan oleh PIA ke airport hotel merupakan satu kejayaan kerana kami seolah2 berada di dalam buruan.  Di buru oleh puluhan peminta sedekah yang meminta dan meminta... dan meminta.... sama ada untuk menjual tisu ataupun menggilap kasut. Kami diberi amaran untuk terus naik ke dalam bas.  Kasihan mereka.... 


Karachi adalah di antara bandaraya yang mempunyai jumlah penduduk yang tersangat ramai di dunia.  Namun keadaan kehidupan di antara rakyat mereka yang daif dapatlah dirasai realitinya dengan hanya melihat melalui rumah-rumah segera yang diperbuat dari kotak-kotak kertas berdiri goyah  di tengah panas mentari disepanjang jalan kenangan yang amatlah meruntun jiwa ini.. 

Gambar ihsan Google.  Contoh  kendi dari tanah liat yang seakan teko Aladdin.  Agak sedikit berbeza but i know you know what i mean.. 
 ;)



Ini pula catatan di airport hotel 19 tahun lalu :~

  • "Over helpful" hotel staff yang berlumba2 tidak menang tangan berebut2 untuk memberikan "special service" kepada hotel guest.  Sebab apa? Sebab.... it is all about the tips!  Naik takut nak buka pintu bilik... siap2 dah ada yg standby duduk kat luar bilik.   Oh mak engkau!  Tanjat terkejut...Sebab apa? Sebab.... it is all about the tips!    Astaghfirullah.. hal azim.  
  • Mereka hidup bergantung kepada tips atau huluran duit ehsan dari pengunjung di atas kerja2 seperti contohnya mengangkat bagasi masuk ke bilik dsb.  
  • Mujurlah bilik tidurnya amat selesa dengan air cond bagai... dan bilik airnya pula dengan hot tub ( iya ke? or pancuran air panas?  Dah tak ingat..) tetapi kendi still available di sebelah toilet sebab pili air tiada pula di situ.  Walau pun begitu kejernihan airnya amat diragui akan kadar PH nya menyebabkan sekadar celup-celup toq ajalah mandinya budak2 ni... huhuhu  :( 


Berkesempatan melawat ke tempat2 yang menarik di Karachi adalah satu kenangan buat mr hubby yang keluar bersama2 beberapa pelajar Malaysia yang lain sedangkan mommy with the two girls yang kepenatan hanya buat taik mata di dalam bilik hotel...    :)

Mazar-e-Quaid (Jinnah Mausoleum) ( Wikipedia )


Mazar-e-Quaid is one of the most impressive landmarks in Karachi which refers to the tomb of the founder of Pakistan, Mohammed Ali Jinnah. It is also known as the Quaid-E-Azam's Mausoleum or National Mausoleum. This monument is situated at the heart of the city which was completed in 1960s. The graves of the 'Quaid-e-Millat' i.e. Liaqat Ali Khan who was the first Prime Minister of Pakistan and Quaid's sister Mohtarma Fatima Jinnah are located nearby.

Masjid-e-Tooba ( Wikipedia )

It is said that, Masjid-e-Tooba is probably the largest single dome mosque in the world. Locally known as the Gol Masjid, it is situated in the Defence Housing Society near main Korangi Road. The dome of Masjid-e-Tooba has diameter about 236 feet balanced on a low surrounding wall without central pillars. Its minaret is around 70 meters in height.
Di hadapan Masjid-e-Tooba
Clifton Beach ( Visit Page )
The Clifton beach is situated in the Arabian Sea near the Saddar Town of Karachi. This very popular beach of Karachi offers plenty of beachside entertainment opportunities like horse and camel rides, amusement parks, restaurants and swimming in the Arabian Sea. It is one of the most famous picnic destinations for its residents and the tourists as well.

Sila terjemah sendiri petikan2 di atas ya..


Naik unta.. lah di pantai. Di sepanjang Laut Arab

Kami hanya membeli cenderahati di free duty shop di airport JIA sebelum pesawat berlepas pulang ke tanahair. Barang2 kraf yang cantik diperbuat dari onyx marble Pakistan merupakan di antara "must buy"  yang harus di bawa pulang selain dari karpet berbulu yang sangat gebu dan lembut itu.  


Mode : Terkedu .. 

Pakistanis were in mourning Wednesday after a brutal attack on an army-run school in Peshawar by Taliban militants claimed more than 140 lives, 132 of them children - Petikan dari sumber Google.

Hanya Allah swt Maha Mengetahui.. 
Perjalanan anak-anak seramai 132 orang ini dari rumah menuju ke sekolah pada paginya, akhirnya bernoktah tanpa perjalanan pulang lagi selama nya.

Peristiwa 16 December 2014 yang baru sahaja berlaku ini memberikan kejutan lagi kepada seluruh masyarakat dunia.  Pakistan oh Pakistan.. bilakah drama berdarahnya saban tahun yang amat tragis akan berakhir.

Semoga roh anak-anak ini dan mereka yang  turut terkorban di cucuri rahmat dan ditempatkan bersama dengan para syuhada di taman-taman syurga. Aaminnn... 

Berdoa dan berharap agar negara Pakistan, negara Islam yang "sangat istimewa" ini semoga rakyatnya senantiasa di lindungi dan di rahmati oleh Allah swt seperti di dalam doa2 kita khususnya kepada umat Islam di Palestin, Syria, Mesir, Rohingya dan di seluruh dunia lain amnya yang teraniaya dizalimi.   Aamiinnnn....


TILL WE MEET AGAIN

Comments

Popular posts from this blog

Dari Sekinchan ke Tanjung Karang.. jom cari kerepek!

Awas.. Kata pujian kepada anak-anak kecil

Nak pakai apa dikolam renang?