Nak pakai apa dikolam renang?

Assalam

Waahh..  sangat marvelous dan bermanfaat tajuk entri hari ini.  Apatah lagi di kala musim cuti persekolahan.  Nak ajak anak-anak pergi berenang? Ke mana? Tentulah.. ke kolam renangkan..  

Jangan percaya tajuk entri tu..  Actually tajuk entri sebenarnya ialah "Kesian anak-anakku dapat berendam sekejap sahaja di dalam kolam renang..." huhuhuhu!  T-T     

Perhatian:  Jangan tiru aksi ini... merbahaya!



Perhatian:  Jangan tiru aksi ini... merbahaya!

Perhatian:  Jangan tiru aksi ini... merbahaya!
Kegembiraan untuk menghilangkan kepenatan kadang2 jarang membawa bahagia apatah lagi ia berkaitan dengan adegan yang semua orang ingin buat  ---->  Berendam dan BERENANG ..  :p

Life guard :  Kak.. anak-anak  pakai baju renang? (sambil mata menghala kepada anak2 yang berdebur2 dengan kuak lentang terjun papan anjal aksi stunt bagai ... di dalam kolam renang)

Emak :  Mmmm...mmmm...  ( Mata memandang Kakak dan ms little dengan costume muslimah swimsuit look a like but not really a swimming suit) 

Life guard :  Anak lelaki memang pakai trunk kan?

Emak :  mmm... mm...  (serba salah dengan life guard dan kesian dengan anak2)

Life guard :  Kak.. kami minta maaf sebab that is the rules and regulation di pool ini.

Huhuhuhuu... sedihnya nak panggil bebudak ni keluar dari kolam.  Almaklumlah enjin bot pun belum pun panas lagi.. hhehhehhe... :D

Verdict :  Patutlah toleh kiri kanan tengok tak ada ramai orang pun dalam kolam ini sedangkan sebelum ni punyalah ramai yang datang dengan datuk nenek, pakcik makcik dan  anak2 kecil siap dengan swimming suitnya dan pelampung beraneka warna dan jenisnya.  

Apa nak buat... kalau mama dan papa tak pakai baju renang dalam kolam bagaimanalah anak-anak kecil ni nak mandi tanpa mama papa mereka di sisi.

Melihat dan mendengar satu pasangan "berhoneymoon" yang berperang mulut dengan Life Guard.  Sedikit lebih kurang katanya..

A :  Kalau ai pakai bra dan underwear boleh masuk ke?  (sambil  mata memandang pasangan mat saleh yang berada di dalam kolam renang di mana si wanitanya memakai bikini menjolok mata ala2 drama bersiri "baywatch" gitu)

Life guard :  Tak boleh cik... dah memang peraturan... (kesian encik Life Guard berbangsa Melayu).  Salute nya dekat you! 

A:  Takde bagitahu pun kat mana2... (masih tidak puas hati .. sambil bangun berjalan bersama pasangannya sambil membetulkan tube dan legging ketat yang dipakainya dengan wajah tidak puas hati).  Astaghfirullah hal azzimmm...


Port cantik :  Konon nak melepak sambil nengok anak berenang sambil berdating... kahkahkaah

Kadang-kadang kita terlupa atau sahaja tidak ambil tahu bahawa berenang di kolam renang umum atau persendirian seperti kolam renang di hotel mempunyai etika berpakaian yang harus diikuti.

Kadang-kadang ada Life Guards yang bekerja sambil lewa dan jarang ambil peduli.. hanya tutup sebelah mata buat de' sahaja so alah bisa tegal biasa.  Lantak koranglah nak pakai apa.. janji jangan ada yang komplen dan lemas sudah. Nauzubillahhiminzalik..

Senyum dalam kehampaan..... 


Undang-undang kolam renang yang harus di patuhi.  Sila terjemahkan sendiri ...

Wearing a swimming cap is compulsory for hygiene reasons. It is also useful for protecting hair from chlorine and reducing the amount of hair floating in the water and blocking the filters.

It is also compulsory to wear a swimming costume. No swimming trunks, shorts or Bermuda shorts, in order to reduce the number of germs coming in from outside.

Respecting these rules helps to maintain water quality and keep the pools clean. Cleaner water makes it possible to use fewer water-treatment products and to be more respectful of the environment.

Before you go swimming, consider not sharing your germs with others (colds, sore throats, athlete’s foot, etc.). Be patient, once you are better you can go back!

Petikan dari ~ Find out more about Paris Connect.>> connect.paris.fr  .  Semoga artikel ini bermanfaat.

Moral of the story : Kena beli  "swimming suit" baru nampak gayanya. Tak pun kita ke kolam di Pengkalan Nelayan ajelah!   :D



We have fun in the sun... 

HAPPY HOLIDAY!