It was cold that night too in Oxford St
Assalam
Bye!! Selamat jalan! entri #throwback
Berpamitan menghantar emak dan abang sekeluarga dari percutian mereka di rumah kami di Wolverhampton untuk pulang ke Kuala Lumpur.
Ketika itu hati seperti dibawa pulang sekali bersama emak dan abang sekeluarga ke Malaysia.. T_T
Berpamitan menghantar emak dan abang sekeluarga dari percutian mereka di rumah kami di Wolverhampton untuk pulang ke Kuala Lumpur.
Ketika itu hati seperti dibawa pulang sekali bersama emak dan abang sekeluarga ke Malaysia.. T_T
Faruq dan Ariff kini. Ariff sekarang...jejaka fofular kata kau! :D |
Buat mengubat lara kami yang ditinggalkan, akhirnya alang-alang menyeluk pekasam (lalu di sini) kami terus singgah mengambil peluang "window shopping" kata Mat Salleh di jalan yang tersangat terkenal dan popular di London iaitu Oxford St.
Dulu.. Marks & Spencer adalah satu kemestian wajib singgah walaupun tak beli apa2 pun sama ada untuk makanan, fesyen mahupun barang2 peralatan rumah. Kelas ... foto ehsan google |
Oxford Street! Katanya "syurga membeli-belah!" tapi seronoknya ber"window shopping" atau mencuci mata sahajalah seperti kami ini. Apa-apa pun bersyukurlah! Alhamdulillah.. :)
Oxford Circus is a London Underground station serving Oxford Circus at the junction of Regent Street and Oxford Street, with entrances on all four corners of the intersection. Wikipedia |
Oxford Circus station atau juga dikenali sebagai "tube" ini merupakan stesen yang digunakan oleh ribuan shoppers untuk ke destinasi gedung membeli-belah setiap hari di Oxford St. Ia dibina pada tahun 1900 dan telah di up grade pada tahun 2007. Pemandangannya kini mungkin tidak sama seperti yang saya alami pada tahun2 1994 - 1997 dulu. Wallah hu 'alam..
Mat salleh kata "Damn cold night! ". Memang sejuk sangat.. kita haruslah memanaskan badan dengan beraktiviti melekat diantara satu sama lain. Kan kak ngah? ish.. ish..ish.. haa..
Did you notice the date on the right bottom of the photo?
Sedikit cerita "enter frame" ketika di sana. Pada tahun 1994-1995 kami telah terkejut kerana menyaksikan salji yang paling teruk sehingga setinggi 40cm melanda seluruh UK. Dengan keadaan buruk dengan ribut taufan lagi.. sekolah2 merata telah di tutup selama seminggu di sana. Nanti kita cerita di entri yang lain pula detik pertama kami berkenalan dengan salji dan Santa Claus pula ya. Sabar naaa... :)
Did you notice the date on the right bottom of the photo?
Actually the date was 25th Nov 1995 ~ the same date as today 25th Nov 2014.. and also the same date as my late arwah abah passed away 20 years ago on 25th Nov 1994.. Al fatihah untuk arwah abah.
Rindunya pada arwah abah... (melayan perasaan ini sambil menaip)
Untuk anak-anak emak dan anak-anak semua yang berada jauh di perantauan di mana-mana yang cuacanya tersangat sejuk, jagalah diri baik-baik ya.. pakai thermal vest, baju tebal-tebal, sarung tangan, stokin kaki jangan lupa.. kasut yang bertahan apa cuaca seperti Doc Marten kalau yang mampu apa salahnya. Boleh pakai lama. Eat well, sleep well and keep healthy.
Ingat Allah swt selalu.. Allah swt akan ingat pada hamba-Nya ini dimana sahaja kamu berada. Kami sebagai ibubapa memang telah menitipkan kamu semua kepada-Nya.
Prof Dr Muhaya katanya
Ibu bapa sekelian cuba renung didik anak untuk apa. Jika untuk kebanggaan dengan pencapaian bersedialah untuk tertekan dan bermasalah. Jika kerana Allah menjadikan mereka ahli syurga insyaAllah dapat ketenangan.
Verdict : InshaAllah.. peringatan pada diri sendiri
Comments
Post a Comment