:3

Assalam

Mode : Hidung kembang kempis feeling macam ms little masa 11 tahun sambut birthday ... hahaha.. over mak hang ni haihhh!
Alhamdulillah. Semoga umur yang panjang ini dipenuhi dengan rahmat dan keberkatan dari Allah swt.  Terimakasih semua untuk yang memberikan ucapan dan mendoakan ... aaminnn.  Mode: Perasan retis... hihi :p

Terima kasih kaklong... thanks for the lovely cake <3
Rasanya seperti baru semalam sahaja melewati usia muda.  Amboi! perasan semalam masih muda.  
Resepi rahasianya dah tak berapa nak menjadi kot.. #kurengggg sedap!
Family dinner cum celebration.. thanks luv!
Hampir sebulan bonda tak ke mana-mana hanya duduk baring di rumah sahaja. Alhamdulillah.. kali ini digagahkan kudratnya untuk turut serta makan malam di luar bersama-sama.   "Nak pergi London ke ni?" katanya setelah dipakaikan "sweater" tebal buat menghiasi dan melindungi tubuhnya yang "fragile" dari gigitan angin yang dingin.  Hmm.. nostalgia bercuti ke London 20 tahun yang lalu "masihkah kau ingat?" kata Kopratasa.  Namun nasib  baik berbaju tebal kerana kalau tidak menggigil lah bonda dek hembusan air-cond yang bagaikan  ribut taufan membadai.  Dah musim hujan pasang air cond tahap kutub utara.. dah kenapa? Allah hu...
Wajah2 ceria anak2 sambil ayah memilih menu
"Dim sum" hidangan wajib ada walaupun entah apa rasa dan menu lain antaranya ialah "Shark Fin's Soup, Ketam Telor Masin dan Butter Prawns". Favourite semua sepanjang zaman.. 
We miss you kakngah.. 
momen
sweet and merry
Handmade b'day card by ms little
Thanks luv! Mommy love you..
Verdict :  "Semuanya tak sedap!! Bukan makanan kita.  Makanan orang kita juga yang sedap.." kata nenda kepada abang, usai abang menolak 'wilca'nya untuk pulang.. huhuhu.. ini kisah benar.

Moral of the story :  Begitulah lumrahnya bila kita sudah berusia lanjut nanti.  Jadi sementara ada selera dan ada upaya nak membeli, makanlah apa sahaja yang diingini. Rezeki jangan ditolak. Namun makan biarlah berpada. Berhentilah sebelum kenyang.  
Yasmin Mogahed



HAPPY BIRTHDAY TO ME

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Dari Sekinchan ke Tanjung Karang.. jom cari kerepek!

Awas.. Kata pujian kepada anak-anak kecil

Nak pakai apa dikolam renang?