To Wednesday

Assalam..

Penat menyambut sambutan Hari Malaysia Jalan 3 semalam pun tak habis lagi .. 

Dengan kaklong yang pagi2 dah ke Hospital TAR untuk memulakan attachmentnya hari ini, juga  ms little dan cik kakak yang ke Shah Alam untuk bersama cik Aye ke library katanya.  Mommy pun tak berencana nak kemana2 pun.  

Nak kemana cuti2 sekolah ini? Cuti pun dah nak habis kot!  Apaa.? Hendak ke Rabu?? 

Hari ni kan hari Rabu.  Kerabu lah kita.. hehehe..

Buah mangga pemberian jiran. Boleh dibuat kerabu. Terimakasih. Moga murah rezeki.. aaminn
Kerabu mangga in the house
Resepi Kerabu Mangga oleh Nadia +My Resipi 
Bahan-bahan ( 2 orang )
1 biji mangga muda
2 sudu sos nam pla (fish sauce)
1/4 cawan kacang tanah goreng yang ditumbuk kasar
2 biji cili padi
2 sudu besar udang kering
garam dan gula secukup rasa
1 ulas bawang putih

Cara-cara
Tumbuk cili padi dan bawang putih. Jangan sampai lumat. Sedang-sedang je
Potong memanjang mangga
Gaul semua dengan bahan-bahan lain.
Tambahlah garam dan gula secukupnya

Komen terpilih oleh saya :-
11-04-2009, amy89_dean@yahoo.com komen :klu nk kerabu lg sedap msukkan la strong item mcm bunga kantan, serai, daun lmau prut.... try gne manisan dr gunakan gula biasa... yg xdew resdung masukkan udang kering yg dtumbuk ksar n cili padi... nk lg? email sy..... insyallh blh tlg......

Amacam?  Untuk kerabu taugeh atau kerabu kacang botol saya akan masukkan kerisik yang digoreng kering hingga berbau wangi dan berwarna sedikit perang  sahaja dan juga isi kerang yang telah direbus.  Saya juga suka untuk masukkan serai muda yang dihiris nipis, bawang merah yang ditumbuk dan air asam limau kasturi. Pastikan rencah sampingan seperti udang kering, cili api dan bawang di tumbuk agak kasar. Terliur pulak bila diingatkan.  Kecur! 
Kerabu taugeh + isi kerang
Kerabu kacang botol + isi kerang
Apabila bonda yang uzur tidak berselera nak menjamah makanan.  Haruslah kita mencari idea untuk menyediakan makanan2 "exotic" yang dulunya tidak pernah menduduki  carta di dapur rumah kita pun. 

Apatah lagi seminggu yang lalu bonda demam diikuti dengan batuk berlarutan. Selera makannya hampir tiada dan saya seperti orang yang tak keruan kerana bonda enggan ke hospital. Syukur alhamdulillah.. masa2 sukar itu telah berakhir dan bonda kembali berselera walaupun tak banyak tapi sekurang2nya "she had a meal as usual." 

Adik berpesan ~ Bonda sukakan sayur2an. Hidangan berkuah yang tidak terlalu pedas dan tidak masin sesuai dengan dietnya sebagai pengidap darah tinggi.  Sup ikan pun boleh belaka. 
Pecal kangkung is  also her favourite 
Sambal tempoyak udang + petai juga
Kari rebung madu + ayam = sangat happening!

Verdict :  Kelmarin saya masak gulai asam tempoyak ikan (bukan ikan patin) bersama timun. Berselera bonda apatah lagi jika makan bersuap kerana tangannya juga sudah tidak sekuat dulu untuk memegang sudu. 

Moral of the story : Usai makan tengahari, bonda berkata "orang Melayu.. mestilah nak makan makanan orang Melayu"  ;)

SELAMAT BERKERABU DI HARI RABU


Comments

Popular posts from this blog

Dari Sekinchan ke Tanjung Karang.. jom cari kerepek!

Awas.. Kata pujian kepada anak-anak kecil

Nak pakai apa dikolam renang?