Sayonara BBQ

Assalam

Peluang bertemu setahun sekali berkumpul bersama keluarga haruslah dimanfaatkan.  Apatah lagi dengan meraikan kepulangan kaklong baru seminggu yang lalu dan juga menghitung hari sebelum kak ngah berangkat pulang ke Akita dua hari lagi.  

Nak ke Seoul G pun tidaklah sampai hatiku nak meninggalkan bonda keseorangan, maka marilah kita..  berJOM BBQ di rumah sahaja.  

Home sweet home katanya ..    :)

P/S : Kakngah dah balik ke Akita pada Jumaat yang lepas.   Sayonara girl! Be brave! Study smart! Semoga Allah swt pelihara anak2ku.. aaminn

Sepetang menyediakan ketulan ayam, kepingan daging kambing, ikan dan udang untuk diperap serta sosej 

Jika inginkan kambing atau ayam yang seenak rasanya seperti masakan "Naked Chef" Chef Jamie Oliver atau "Hell Kitchen's" Chef Gordon Ramsay tu katanya... belilah serbuk perapan "Black Pepper Marinade" yang saya gunakan ini. Perap selama 30min atau lebih lama lagi kawww...  Cubalah!  Hidup sangat simple.. katanya.
 Aigoo..
Cabbage salad + carrot + tomatoes and black pepper sauce + mayo + air asam = PYO 

Dan jika inginkan sos gravy kita itu ala-ala Kenny Roger's Roaster pula, saya gunakan campuran kuah ayam segera ini tetapi yang telah saya "upgrade"kan seperti biasa iaitu tumiskan sedikit bawang putih yang telah di tumbuk bersama sedikit ketulan butter.  Bila bawang telah perang dan berbau harum.. barulah masukkan serbuk sos ini yang telah dikacau bersama sukatan air.  Putar dengan senduk pemutar supaya kuah ini tidak bergentel.  Pekat atau cairnya sos ini bergantung kepada kesesuaian selera anda sendiri.  Atau pun buatlah seperti sos yang selalu anda buat.  Rasa sedap bagi saya tak semestinya sedap pada tekak anda..  ;)  

Di makan bersama nasi goreng.. nom nom nom!

Ayah dan pembantu dapurnya sama2 sibuk  
Udang diperap bersama garam dan kunyit sahaja
Pembantu2 dapur ayah yang setia..
in action
Desiran angin
Ada getaran di locengnya 
Kipas jangan tak kipas bang!



Verdict :  Anakanda kaklong dan kakngah adalah insan2 yang kami raikan sebenarnya.  Namun seperti biasa walau pun mereka ada tetapi tidaklah nampak kelibatnya di alam maya ini ???? sebabnya :-
  •  Hari itu ialah hari pertama kaklong di hospital TAR.. penatnya bukan main.  Bertugas membantu di wad kecemasan dan agaknya berdiri tanpa henti sepanjang waktu bekerja. Di kejutkan berkali2 untuk berBBQ.. sekadar bangun sekejap untuk menjamah dan baring semula bila berkesempatan... aduhai.. :(
  •  Kakngah yang diraikan sangat teruja menjamah hidangan sehingga melupakan "diet" tak berjadualnya namun "no picture please mommy.." (while flipped her hair..) WOW! .. hahaha.. :p

Moral of the story :  Melihatkan anak2 ms little dan cik kakak yang bersemangat untuk membantu ayah membuatkan mommy rasa bahagia sekali.   Bonda yang kembali sihat walaupun tidak sekudrat dulu hanya duduk sekadar mampu dan berbaring dikebanyakan masa.   Dan cik abang yang rutin setiap harinya di rumah..  "kadang ada kadang tiada seperti biskut chipsmore", namun.. Alhamdulillah. What more do you want in your life?

Syukuri perjalanan hidup ini setiap hari.  Penat pun hilang dan hidup terasa indahnya. 

JOM makan!
Dan menu makanan yang sangat simple dan sedap... sos lada hitam sangat perghhhh hingga menjilat jari!  Bilalah agaknya dapat berkumpul semula seperti ini lagi. Bertabah dan bersabarlah duhai hati.. Inshaa Allah  <3 <3 <3


SAYONARA BBQ

Comments

Popular posts from this blog

Dari Sekinchan ke Tanjung Karang.. jom cari kerepek!

Awas.. Kata pujian kepada anak-anak kecil

Nak pakai apa dikolam renang?