With all my love ..

Assalam


With all my love.. he turned 52 yesterday but sure will look 25 tomorrow.  Alhamdulillah.. semoga sayang dipanjangkan umur dalam keberkatan dan rahmat dari Allah swt.. aminnn
Mr hubby bersama Alif "cinta baru" kami dari Teratak Nur Baroqah ~ we miss him already
Masih ada yang tersayang.  Masih ada yang boleh disayangi.  Masih ada yang dapat diraikan.  Mujur masih ada.  Omputeh kata "cherish the love, cherish the life!"
No bake cake + cards + msgs via wasep dari anak2 yang jauh untuk daddy. #buttercake+creamcheese #daddymakansikit-kamidokperabihtiapmalam weewee..

Bagaimana untuk yang telah tiada? Pergi yang tak kembali.. T_T

Terkejut dan sedih akan kisah tragis menimpa MH17 pula. Duka dan luka dihati MH370 belum pun terubat lagi.   Hati yang mendung dan suram walau di luar terik mentari diselaputi debu jerebu. 

Ada juga getaran dihati menunggu kepulangan kedua2 anakanda di perantauan akhir Ogos ini nanti reflek dari tragedi hitam pesawat silih berganti akhir2 ini.   Apatah lagi dengan peristiwa GAZA yang menghiris-hiris jiwa dan kalbu.  Hari2 yang bertemankan airmata.  Hanya doa.  Hanya pada-Mu kami berserah

Semoga perjalanan mereka selamat pergi dan balik serta semua urusannya dipermudahkan. Sibuk seharian dengan urusan rumahtangga dan  meladeni emak yang uzur membuatkan jiwa kacau sedikit leka.  Hanya pada-Mu kami berserah

Hidup memang ditakdirkan untuk mati.  Mati itu pasti.  Kita mengharapkan supaya dapat mengakhiri kehidupan dalam keadaan "husnul khatimah". Namun hanya Allah sahaja yang tahu.. kita tidak tahu bilakah akan sampai masanya dan bagaimanakah kejadiannya untuk kita menghadapi janji pasti itu nanti..  :(

#PrayforGAZA #PrayforSyria #PrayforMalaysia and for all.  Al fatihah

Self reminderOne of the powerful tips for the Last 10 Nights - by Sheikh Tawfique Chowdhury 

11. IMP: This is not the night to tweet pics or update FB statuses about how amazing the night is and how you are feeling & worshipping Allah! Let that be a secret between you & your Rabb! So switch off those phones, wifi, laptops and computers. Disconnect with the world, and connect with al-'Afuww!

Happy Qiam and again HB sir!

Comments

Popular posts from this blog

Dari Sekinchan ke Tanjung Karang.. jom cari kerepek!

Awas.. Kata pujian kepada anak-anak kecil

Nak pakai apa dikolam renang?