We've been here ..Kota Kinabalu

As salam

Kota Kinabalu yang dulu dikenali sebagai Jesselton merupakan ibu negeri Sabah.  Dipanggil KK oleh orang di sana dan jangan pula disalah anggap sebagai "KK home deco" pula bagi orang di semenanjung (ini kisah benar.. bhahaha..)
We've been here..
SubhanAllah... pemandangan memukau dari Kota Kinabalu waterfront
Hari terakhir di sini kami sempat meronda-ronda bersama kak lang Wani anak saudara yang menuntut di UMS @our tourist guide of the day sebelum berangkat pulang ke airport! 
Atkinson Clock Tower- Dibina pada tahun 1903 dari kayu tanpa menggunakan paku katanya dan ia terselamat dari kemusnahan semasa Perang Dunia ke2. MashaAllah.. impressive! Tak singgah pun hanya intai dari kereta sahaja
Signal Hill Observatory Platform - Menara tinjau yang dikelilingi oleh hutan hijau. Pemandangan bandar Kota Kinabalu juga Tunku Abdul Rahman Marine Park dapat dilihat dengan jelas dari sini. A great place for photography from a different perspective. JOM sightseeing.. dari atas bukit Signal ini.











Nak tahu dimana kami menginap selama 4 hari 3 malam di sini.  Ini bukanlah hotel untuk berbulan madu dilangit biru.. honeymoon ke honeymadu ke Hani Erisya ke.. 

Best Western Kinabalu Daya Hotel yang terletak di Jalan Pantai, KK menjadi perhentian untuk melepaskan lelah sahaja.  Akibat kekangan masa untuk ke sana dan ke sini kami hanya menggunakan hotel ini untuk mandi,  bersolat, free Wi-fi dan tidor sahaja.  Namun hotel ini berada betul-betul di pusat bandar dan fasiliti segala berada dijangkauan tangan.  Shopping complex dan restoran mamak disebelah hotel sahaja

Ini bilik abang.  Penat sungguh gamaknya.. explore Sabah katanya
Ini bilik airnya.. hair dryer pun ada disediakan
Mempunyai "basic facility" yang minima
Suka juga dengan aksesori dibuat dari rotan ini
Ini pulak bilik boss dan anak2 daranya.  Di sebelah tingkap tu adalah pintu masuk untuk ke bilik anak-anak dara.  Kiranya ada bilik di dalam bilik.  Inilah pakej family room.. 
Inilah pintu untuk ke bilik anak dara
Ayah bersantai dengan menukar chanel TV berkali2
Ini bilik air kami
with attached shower room 
Bilik anak2 dara
Disediakan berbotol2 air..
Suasana meja menjelang malam..  kami hidup dengan KFC dan maggie hot cup!
Sabah tea.. pilihan teh yang sedap
Fridge
Safety deposit box
Tak sempat nak menggosok pun.. 
Apa pun kami berpuas hati dengan "service" yang disediakan.  Setiap malam apabila pulang dari berkelana, kepulangan kami akan disambut dengan bilik yang bersih dan kemas.  

Selain dari ke Pasar Ahad Gaya , kami juga ke pasar Filipino dan pasar seni yang dipenuhi dengan barang2 kraf.  Fridge magnets sebagai carian utama dan brooches sebagai cenderamata.  Kami dihampiri oleh anak-anak yang meminta derma dengan mengikut kami ke hulu dan ke hilir.  Jika menghulur seorang dengan sekelip mata lagi ramai pula yang datang.  Hampir takut nak buka dompet. Ini mengganggu konsentrasi untuk membeli dan akhirnya saya memborong kudapan "amplong" sahaja untuk dibawa pulang.  
Malam terakhir kami ke pantai Tanjung Aru untuk menikmati makanan laut lewat malam berlatarkan hembusan lembut bayu laut... echeche.. over nih!





Dan info yang agak menarik di sini "kepak ayam " dipanggil sebagai "sayap ayam" (chicken wing) tetapi kami tidaklah membelinya pula.  Memang biasa disebut sayap kapalterbang jika nak dibandingkan dengan sebutan kepak kapalterbang.. hehheehh.. which is which?

Dan bertemu lagi inshaAllah dengan entri  ke Pasar Basah KK dalam misi pencarian udang yang dikatakan murah2 gilerrr...  entri penemuan stesen minyak paling klasik ala-ala retro di Kundasang dan entri berpiknik di Pulau Manukan yang belum berkesudahan.. bila nak habih ni daaa

Verdict :  Alhamdulillah.. kerana diberi kesempatan bertemu dengan sahabat lama yang turun menjejaki kami di hotel.  Jazakallah Azman dan Dayang Azizah.   Jika ada diantara sahabat2 lain yang turun ke Kota Kinabalu. Just give them a call..

Mee goreng Dayang Azizah.. siap bekalan untuk dibawa pulang ke hotel.  Terimakasih daun keladi!
Till WE MEET AGAIN!

Comments

Popular posts from this blog

Dari Sekinchan ke Tanjung Karang.. jom cari kerepek!

Awas.. Kata pujian kepada anak-anak kecil

Nak pakai apa dikolam renang?