The world to me

As salam

Ahad lepas hari ibu kata mereka. Walaupun "everybody" tahu hari-hari pun ialah hari ibu bagi kita yang masih ada ibu ini. Tidak kira hari apa pun, kasih dan sayang kita padanya tidak berubah walau sedikit pun, begitu jua kasihnya kepada kita. Sama seperti dahulu.. masih harum masih mekar!

Ada yang mempertikaikan halal haramnya kita menyambut hari ibu namun bagi saya ini semuanya bergantung kepada niat kita.  Ehhh.. saya nak enjoy dengan "mother" saya bukannya nak celebrate dengan "mother ch**ch" .. tak gitu?  Mom.. you are the world to me..

Sedari kecil kita paling takut kehilangan ibu. Ibu nak ke toilet 5 minit pun dah tanya "mak mana?". Itu masa kecil.. bila dah tua sebegini rupa adakah kita bertanya lagi "mak mana?" 

"New kid on the block" ni pun melalak-lalak kejap sebelum photo session nih.. hahaha.. ni baru baby kucen!  kelam-kabut ibu kucen risau baby dia di apa-apakan.  Kucenlah paling sayang anak dia..
Throw back - 2013
Dan amat teruja kerana dapat meraikan hari ibu bersama emak dan kakak-kakak tercinta yang berkesempatan berkunjung ke rumah. "Special day"lah semalam. Macam-macam ada.. bukannya selalu. Alhamdulillah..


Selamat hari ibu!
 Customers.. business as usual
Namun agak hiba kerana ibu mertua telah tiada di sisi tetapi perasaan sayang dan rindu padanya tetap segar menyala. Hanya doa dan ingatan mengiringinya di sana. Al fatihah




Rindu menjengah..
Anda bagaimana? Mungkin sahaja tidak berkesempatan untuk bersama dengannya. Masih ada hari-hari yang lain juga. Semoga kita semua dapat membahagiakan insan istimewa yang melahirkan dan menyerahkan sepenuh jiwa dan raga melindungi kita sejak dari dalam rahimnya lagi dan memelihara mendidik kita menjadi insan seperti yang ada ini.

Happiness
Pagi lagi emak minta dimandikan. Teringat nak balik kerumahnya. Teringat pada adik lelaki yang menjaganya selamanya ini. Teringat pada kucing-kucingnya. Teringat pada semua miliknya yang ada di sana. 
Wan bermonolog "Napelah pagi2 ni lepas mandi dipakaikan tudung pulak" mode : nak minum kopi jerr pun.. Verdict: mestilah.. Selamat hari ibu mak! Sayang sangat3... #grandma in da house #menganyamkenangan #the love of my life
Yalah.. hujan meteor di rumah orang, hujan gerimis di rumah sendiri.. betul tak? "Seronoklah adik ni tahu mak nak balik ni" kata emak berulang kali. Sabar sedikit ya sayang.. nanti2 kita balik kerana adik tidak berapa sihat ketika ini. Hampir sebulan lebih emak di rumah.. pasti kami akan merindui gelagat emak yang "comel" itu nanti


Mee Bandung Maharani.. jamuan untuk yang berkunjung!
Pernah dengar petikan ayat-ayat cinta dari orang-orang tua ini ~ "Kamu belum tua lagi untuk merasai perasaan yang seperti ini nanti.." (soon.. the time will come! ~ ini saya yang kata) 

Berdoa semoga kesihatan emak akan selalu bertambah baik dalam rahmat dan keberkatan-Mu Ya Allah.. amin.

Buat diri saya? 
Anak-anak yang jauh di mata ~ kak long dan kak ngah berskype, bertelefon, memberi ucapan via fb. Anak-anak yang dekat di mata ~ terima kasih abang di atas ucapan syahdu buat emak via whatsapp jam 12 tgh malam.. abang di bilik bawah, emak di bilik atas... kih kih kih.. kalah orang bercinta gamaknya, Whatspp free kot! ~ terima kasih kakak dan sikecil ms little dengan ucapan dan ciuman serta pelukan erat dan as usual "special gift"nya seperti saban tahun. Bahagia.. 

Terimakasih ms little.. mmuah

welcome "free gift" .. 
Dengan kesibukan mr hubby sempena minggu-minggu konvo ini namun saya pasti beliau sering mengingati dan merindui arwah emak yang telah pergi tak kembali. Rindu nak balik ke rumah untuk "surprise visit".. years back just like those days

Jam loceng milik arwah ibu mertuaku sentiasa setia di sisi katil mr hubby.. rindu!
Anyway.. life must go on! 
Berkesempatan bersama top blogger  Che Mid a.k.a Yahanana Events founder di majlis kesyukuran jiran di hadapan rumah.  Tak sangka.. berjodoh bertemu walau seketika cuma..
Tuan rumah.  Tahniah Elin dengan kehadiran puteri tercinta Qaisara Nur Iman setelah dikurniakan dengan tiga orang putera
Seronok bila bertemu.  Mode: free style
Bersama-sama jiran Hjh Sakinah dan Puan Lina 
Kumpulan marhaban Helwa TDB.  Jika berhajat untuk mendapatkan khidmat mereka.. sila rujuk iklan tak berbayar di bawah ya!  
Adakah anda sedang mencari pengacara yang boleh berselawat dan berqasidah untuk majlis korporat atau persendirian seperti walimatul urus, cukur jambul, perasmian atau pelancaran produk?

Atau anda sedang mencari Pengurus Acara Islamik untuk membantu anda mengadakan acara sambutan hari kebesaran Islam seperti Sambutan Maulidurrasul, al-Maulid dsb?

Yahanana Events sedia berkhidmat dengan menyediakan pengacara, sistem PA,kumpulan nasyid, marhaban, qasidah, penceramah, kompang dan lain-lain yang anda mahukan.

Hubungi Che Mid di hmj_66@yahoo.com atau 013-3672459 dan layari facebook.com/Yahanana Events untuk info menarik!!

Akhirnya.. Selamat hari ibu untuk semua yang bergelar ibu.  Kita masih ada perjuangan yang belum selesai selagi hayat dikandung badan.  Rujuk poster  di bawah.. dan terimalah kenyataan daa..


What are moms for!

Comments

Popular posts from this blog

Dari Sekinchan ke Tanjung Karang.. jom cari kerepek!

Awas.. Kata pujian kepada anak-anak kecil

Nak pakai apa dikolam renang?