JOM Aiskrim Goreng!


As salaam..



***
Dah lama nak menggoreng ais krim. 

Dah lama berjanji dengan Ms Little untuk membuatnya.  JOM!

Nyams.. 

Bahan-bahannya :-
1. Aiskrim ** pilihan anda.
2. Kepingan roti putih a.k.a roti paun Gardenia yang "sungguh enak dimakan begitu saja" 

** Suka hati aiskrim brand apa.   Aiskrim Baskin Robbins pun boleh.. Le Cremeria yang sodap berperisa pun boleh. Kakak tanya froyo "Tutti Fruiti" bolehkah mak? Magnum?  Suka hati lerrr.. janji HALAL. (Halal JAKIM).  Jangan main bedal sahaja.  Belajarlah membaca bahan2 yang digunakan pada balutan atau kotak aiskrim itu.  Arasso?

Uwhaaaa... hepp.. tutup mulut tu!

So far.. ini pun sodap!

** Ais krim pilihan rakyat marhaen di rumah ini

Cara-caranya :-
1.  Ambil dua keping roti
2.  Cedok sesudu besar ais krim dan biarkan dalam bentuk gumpalan bulat
3.  Letakkan aiskrim itu di tengah-tengah di atas sekeping roti
4.  Tangkupkan sekeping roti yang satu lagi di atasnya
5.  Ambil gelas atau cawan yang sederhana besar bukaannya
6. Tekupkan gelas itu di atas gumpalan ais krim itu dan biarkan putus lebihan roti di sekelilingnya
7. Masukkan aiskrim yang telah di balut dengan roti itu ke dalam bekas dan bekukan di dalam freezer
8. Goreng ais krim dengan minyak yang panas  180 degree Celcius selama 8 saat sahaja di kedua-dua belah sehingga kekuningan 

Sungguh enak di makan begitu sahaja.. katanya

Setelah siap di goreng.  Lai.. lai.. cepat-cepat! Kena makan dengan  cepat sebab ais krim di dalam akan cepat mencair di dalam kejadian cuaca yang panas 

Sebenarnya saya tidak sempat untuk capture foto-foto "the making of ice cream" itu kerana kakak telah menggorengnya tanpa sempat ianya ber"cat walking" di depan kami semua.  hhuhu.  Atas dasar kasih sayang.. mak beli yang sudah siap, tunggu nak goreng. Nak makan terus goreng sahaja.. hehehhe.. dasar!
A good book to read and digest.. 

Pesanan untuk diri sendiri dan anak-anak semua
Happy frying!


*** Entri yang telah di ulang posting