10 Stesen

Assalam

Lama tak bersiaran..  

Nostalgia semasa kecil, sering mengikuti emak bersama kakak dan adik menaiki bas dari Kuala Kubu untuk ke dusun mak di Rasa.  Happening.. tak terucap nak digambarkan betapa bestnya bila tingkap bas terbuka sambil kami menyanyi2 (mode: soundnya ala nyanyi2 kat kipas angin tu).. just imagine  ..suara katak pun lagi sedap!  Apalah perasaan emak saya masa tu agaknya ya.. ahahha..

1st "Public Transport " mereka.  Kaklong kakngah setahun satu a.k.a macam beranak kembar gamaknya

Itu dulu masa zaman "cinonet".  Bila dah zaman cik adik manis pulak..( heeee.. ) pun masih berlari kejar bas setiap petang Jumaat dari sek 16 ITM masa tu nak balik dari bus stand Klang ke Hentian Pudu Raya.  Another route ialah dari KKB ke Jalan Chow Kit untuk ambil bas SJ ke rumah kak ni di KJ pulak

Drebar "Public Transport" di atas guna kudrat sahaja, tak payah pakai minyak.  Di England, bas di sana ada menyediakan ruang untuk menyimpan stroller2 di sebelah pemandu dan drebar bas tersangat prihatin.  Ini amat memudahkan kita

Dah bekerja pun masih juga lari-lari kejar bas masa itu saya tinggal di sek 6 untuk ke Kompleks PKNS. Dah tak happening dah oi.. dah penat!!  Dan dah pasang niat.. mesti ambil lesen kereta.  Dah tak sanggup den naik "public transport" wehhh!
Tunggu bas dik? amboi.. tunggu bas dua tingkek.. kelas kau Mira2!

Itu kisah zaman dahulu kala ya.. dan yang ini pula kisah benar.  Kisah benar iaitu saya tak pernah naik KTM Komuter di Malaysia ni. (Di England selalulah dahulu) Tak malu nak mengaku almaklumlah.. hampir 20 tahun bawa kereta sapalah nak naik "public transport" bagai nih.. kakaka.. eksen tahap gunung.  Setiap kali nampak komuter lalu ulang alik kat hi-way tu teruja jugalah... ini kisah benar!

Uwhaaa.. kesiannya tarik beg masing2..
Naik tangga turun tangga lah pulak untuk menunggu di stesen untuk ke KL
Sorilah semua ya ..  disebabkan emak seorang sahaja yang tak pernah naik KTM Komuter ni, JOMlah naik sama2  
Alhamdulillah.. dah naik coach.  Kita berpisahlah dulu
This is our ladies's coach.  No man allowed and no smoking please..
Happening.. orang tak ramai
Boleh tukar2 tempat ikut suka ..
Dan jangan lupa intai mak kat belakang ni
Cuba tengok pada tingkap tu.  Actually cerminnya pecah seribu akibat ditembak pada satu kejadian yang lalu.  Wahhh... respeklah KTM Komuter. Macam cerita mission tak impossiblelah pulak.. cermin kaca tak pecah!
Teruja.. 
Berselisih dengan komuter lain disebelah pula
Akhirnya dah sampai.  Alhamdulillah.. KL Sentral
Bawak beg masing-masing 
Sebenarnya kita nak kemana ni?  Dah sampai KL Sentral kot..
Kita bergambar dengan Song Joong Ki hero Korea yang famous dalam cerita "Nice Guy" as Kang Maru ini sebelum kita singgah beli sets of  Burger King buat pengalas perut dalam perjalanan kita nanti.  Amboi ms little!

Teruja .. dapat naik KTM Komuter.  Inilah namanya 10 stesen yang kami lalui untuk sampai ke KL Sentral dari stesen Shah Alam seksyen 18. Next time sesiapa yang nak "adventure" naik public transport sila hafal nama stesen2 ini ya.. bukan apa, takut terlajak stesen pulak. 
  1. Shah Alam
  2. Batu Tiga
  3. Subang Jaya
  4. Setia Jaya
  5. Seri Setia
  6. Kg Dato Harun
  7. Jalan Templer
  8. Petaling
  9. Pantai Dalam 
  10. Angkasapuri
Note :  Terima kasih kepada abanah kerana menghantar kami ke stesen komuter Shah Alam dan kepada abalong kerana mengambil kami dari stesen sewaktu pulang.  Dan juga terima kasih kepada alang dan juga kaklong cik fara kerana "offer" diri nak hantar kami direct ke airport.  Kasi chance lah mak anjang "have fun with public transport" ya..

Aikk.. ke mana lagi ni?  Tak lengkaplah naik "Public Transport" jika tak naik bas pulak
JOM ! naik bas sambil berselfie dulu
Jangan lupa .. duduk elok2 
Alhamdulillah.. sampai juga kita akhirnya tapi transport kita lambat lagi.. tunggu!
Siap siaga.. nak naik public transport lagi ke?
cepatann..
Dah malam
Nak ikut? Kami dah sampai ke LCCT

Akhirnya.. setelah penat berposing menaiki "public transport" di darat, kita fly-away pula..

Dah penat.. 

Ladies's coach.. hehehe..
Pastikan anda menempah makanan sekali semasa menempah tiket sebelum kita terbang ya..
Tips : Kita kena makan dahulu kerana tidak perlu berlapar a.k.a perut dah masuk angin sebelum sampai ke tempat yang hendak dituju.  Amat sesuai untuk perjalanan yang panjang dan penerbangan yang tiba ke destinasi pada larut malam.  
Verdict :  Perjalanan yang amat panjang ini memberikan satu pengalaman baru kepada anak-anak.  Penat memang penat kerana terpaksa mengusung bagasi merata2 dari satu perhentian untuk sampai ke perhentian yang lain.  Naik komuter, bas dan kapal terbang dalam seperjalanan. Bukankah biasa ..  katanya.   

Namun apabila kita menaiki "public transport" ini terasa lebih tenang kerana tidak perlu bergegas mengharungi kesesakan lalu lintas jika membawa kenderaan sendiri.  Walau pun begitu kita harus pandai merancang perjalanan untuk sampai ke destinasi terutamanya jika menaiki kapalterbang. Keesokannya kami menyambung perjalanan dengan menaiki speed boat pulak..   eh.. iya ke? ye lerrrr!

Moral of the story :  Penat wehh!  Lain kali kita mintak tolong alang hantarkan kat airport sahaja dahlah... huhuhu

Baru dapat lesen.. JOM naik! cc: kakngah

SELAMAT BERCUTI