Cerita Duka ..

As salam 

Belum habis cerita duka dengan kehilangan pesawat MH370 semalam.   Hari ini saya kembali berterusan bersedih kerana seekor anak kucing kami yang terlepas dari sangkar pula mati dalam kejadian  langgar lari. Sedih .. airmata tak henti keluar walaupun di dalam hati mengubat duka dengan mengatakan "kau dah bela dia.. redhokanlah".    

Dari seekor anak kucing yang tidak tahu siapa empunyanya cuma ditinggalkan di hadapan rumah kami hinggalah menjadi sangat comel dengan bulu berwarna putih krim bersih  dan ekor kontot seperti seekor arnab. 

Namun ajal maut ditangan Allah swt.  Terasa ralat kerana selalu menyakatnya ketika bermain-main dengannya setiap pagi.  Rest in peace Ciput..

Semalam usai menghadiri majlis menyambut menantu anak buah di Taman Medan kami sempat pulang melawat emak di kampung.  Pilu dan hiba melihat keadaan emak yang semakin uzur.  Kini emak tidak gagah lagi.  Kala mengelap badannya dan mendandan dirinya bersama adik yang lebih berkudrat, airmata yang ingin keluar terpaksa saya tahan dengan wajah ceria.  

Takkan nak menangis di hadapan emakkan.. Takkan nak menangis di hadapan adikkan..  

Ya Allah.. Ampunkanlah segala dosa-dosa emak, berikanlah emak kesihatan yang baik, panjangkanlah umurnya, berikannya kesejahteraan di dunia serta di akhirat dan pengakhiran yang baik kepadanya.  Amiinn 

Kurniakanlah syurga tanpa hisab kepada kedua ibu bapa dan arwah mertuaku.  Ya Allah.. perkenankanlah doaku ini.. amiinnn

Tiada lagi lambaian tangannya ketika hendak balik di muka pintu. Tiada lagi...

Semoga adik juga diberikan kesihatan yang baik dan kesabaran yang tinggi untuk menjaga emak. Emak akan menggelengkan kepalanya bila diajak balik ke Klang.   Emak lebih suka berada di katil di rumahnya sendiri.   Cuaca yang panas dan berjerebu juga memainkan peranan. Amat mencemburui kepada kawan-kawan yang dapat menjaga emak mereka dengan sepenuh masa.
  
Untuk sesiapa yang "bertuah" kerana dapat menjaga emak mereka, tatanglah mereka seperti minyak yang penuh dan hargailah detik-detik indah bersama emak kita. Kita akan melalui "hari tua" yang sama seperti itu nanti jika ada umur yang panjang. InshaAllah 
Rindu saat-saat ini
Semalam juga salah satu dari entri baru bertajuk " JOM aiskrim goreng" dengan tidak sengaja telah hilang dari senarai posting.  Aduhai... setelah di bedah siasat, mungkin ini akibatnya kerana membuat blog dengan menggunakan dua lokasi. Satu lokasi di laptop kesayangan dan satu lagi di Samsung Galaxy S4 zoom. Canggih sangatkan.. main log in and log out.. tup tup hilang lah pulak

InshaAllah akan membuat pengulangan penceritaan jika mempunyai masa nanti..  Sorry guys!  Rupanya ada yang komplen kerana tidak sempat nak baca, terus hilang dari posting.  Apa nak dikato!

Dikala kita dihimpit oleh masalah, dirundung duka, dibebani kesulitan hidup, juga merasa berada di dalam ancaman, maka ucapkanlah doa atau zikir ini yang selalu dilagukan:



“Hasbunallah wani’mal-wakîl, ni’mal-mawlâ, wani’man-nashîr"

Bermaksud: "Cukuplah Allah tempat berserah diri bagi kami, sebaik-baik pelindung kami, dan sebaik-baik penolong kami".

Kami panjatkan doa kepada seluruh penumpang dan anak kapal MH370 yang hilang,  semoga mereka dapat di temui dengan segera.

Dan kepada waris mereka yang berada dimana sahaja bersabarlah.  InshaAllah..


Comments

Popular posts from this blog

Dari Sekinchan ke Tanjung Karang.. jom cari kerepek!

Awas.. Kata pujian kepada anak-anak kecil

Nak pakai apa dikolam renang?