TOUCH-DOWN.
She loves to write and travel. A good listener and does a lot more than just literally listen. Follow her on her online journey.
She's not single ..
Get link
Facebook
X
Pinterest
Email
Other Apps
-
Assalaam
wink wink **
And she's not single anymore..
** rugilah korang!
Mengenali kak long Farahanizan sejak kecil setelah mengahwini bapa saudaranya iaitu my loving mr hubby dan setelah bertahun-tahun mengenalinya dapatlah me"label"kan beliau ialah seorang yang saaaangat baik hati. Mampu dan berkeupayaan menyayangi semua orang yang disayanginya dengan sepenuh hati dengan kasih sayang dan juga wang ringgit tanpa berkira. Kemana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi..
Singgah ke Kuala Terengganu. Bersama emak, mr hubby , arwah ibu mertuaku dan cer teka .. siapa sikecil di depan sekali tu? (Al fatihah untuk emak)
Memori daun pisang membawa kepada memori paling manis bagi mr hubby dan saya. Memori membawa "full package" ~ emak, arwah emak mertua dan juga kaklong yang ketika itu dijaga oleh arwah mertua untuk sama-sama ber "honeymoon"...
Wajah tak berubah. Ketika ini kak long berumur 8 atau 9 tahun. Puas mak anjang menyelongkar..
Kami berkahwin di zaman "recession" ketika itu. Setelah berjimat cermat (bersusah dahulu bersenang kemudian) barulah berpeluang untuk berbulan madu. Tempat yang nak dituju pun bukanlah jauh mana.. tapi zaman to' kadok dulu berpeluang ke Pantai Timur merupakan satu impian..alhamdulillah. Mind you.. janganlah cerita pasal oversea mahupun over river bagai tu ya! Zaman kami ke Kelantan pun dah kira "heaven" a.k.a kelass tu jah...
Bestkan tempat ni kaklong? Untunglah jadi mak usu nih.. hahahahha. Chalet-chalet kayunya berbentuk A mengancam sokmo. Pantai Cinta Berahi nama diberi. Di negeri yang digelar Serambi Mekah ini. Disinilah kasih kami bersemi. Hamboihhh! Cuba cari kat peta .. dah takde dah nama tempat ni lagi.. hahhhaha.. now they called it Pantai Cahaya Bule.. boleh?
Kenapa??? Kenapa honeymoon beramai-ramai?.. suka hati kamilah..the more the merrier kan. Sebenarnya tak sampai hatilah kami nak berjalan tanpa membawa kedua-dua emak kami ini. Kita pun belum pernah ke Pantai Timur apatah lagi mereka .. jauh tu!
Verdict : Dengan doa dan berzikir bertasbih oleh kedua emak yang mengiringi kita di sepanjang jalan penuh kenangan ini .. inshaAllah.. semoga kita akan sentiasa terpelihara dan dilindungi oleh Allah swt. Rugi.. kalau kita tidak mengambil kesempatan ini dan juga cuba menggembirakan mereka dikala mereka masih sihat ketika itu..
Mind you.. cerita tak lari tajuk ya.. entri di sharingkan sempena kak long dan suami yang sedang berbulan madu pada mulanya ke Prague di ROC, ke Boracay Philiphine dan dari Bali terus ke Lombok pula .. wallah hua'lam... dan anjang dan mak anjang di sini cuma menelan ayor lior sebab tak dapat ikut.. hahahhaaa...
Usai majlis pernikahan 11 Januari 2014 you're mine!
Dan ada ucapan panjang "thank you note" dari kak long untuk semua tetapi mak anjang dah kasi potong habis dan cuma copy paste sikit sahaja khas untuk alang Nurain.. sebab alang kan bcf katanya.. hahahaha..
"Special thanks to....ALANG!!! Jadi pengapit...u always be my bcf!! Hehhehehe...yg lain jangan jeles...kaklong syg korg jugak..."
Suka melihat keakraban sepupu ini
Kemuncak Gunung Kinabalu saksi persahabatan dan persaudaraan. Lepas ni moh kita ke Everest pulak ya alang..
Alang as pengapit
Semoga Alang juga sepupu-sepupu yang lain juga pasti bertemu jodoh.. InshaAllah
Ibu bapa dilupa jangan
Majlis berkhatam Al Quran
Sepupu dan anak saudara.. tahniah !
Mak ude & pak ude Pn Hjh Siti Faridah dan Tn Hj Saahari.. emak ayah kaklong
12 Januari 2014.. it's the day
Silalah klik photo-movie ini... ada lagu hits i like!
Dan sedikit gambar "behind the scene .."
Udang! udang!
Udang from Sabah with love
Ateh , Wiwi & all ~ preparation for makan beradat
Puyuh
Silence of the lamb.. hihihi
Hand made craft fruits for hantaran specialty by Andak.. awesome!
This wedding cake is not damage ya ibu.. hahaha.. korek lubang tampal lubang.. JKR what!
Symbolic special made cake for this bride & groom both JKR engineers by architect Fawizah Fathir. Flavoured chocolate cakes with almond. Sedap sangat..
Silence of the lamb.. again
Lai.. lai..
Ms little pakai tudung sponsored by kaklong dan dijahit oleh our top PK tailor Angah Jaja.. terimakasih daun keladi! Dress also special bought and fly over all from Vietnam.. berkodi2 kata kau
Bertandang ke Melaka
Ada depan mata mak.. yummeh!
anak saudara dan mak saudara
Cousins and all
Peace!
Special tribute to paklang and maklang.. "orang kuat behind the scene"
Sedikit perkongsian yang mak anjang copypastekan untuk peringatan diri sendiri dan untuk semua..
Friendly tip: Don't share all the good things your spouse does to you on the internet.
Keep most of them private; just between you, your spouse, and Allah swt.
Inshaa Allah, those good things will feel more special when they are hidden from public knowledge.
They become your beautiful secrets...
Tahniah dari kami sekeluarga
"Semoga Allah memberi barakah bagi kamu dan memberkati keluarga kamu, dan mengumpulkan kamu dalam kebaikan dan kepada kebaikan."
" Barakallah laka, wa barakallahu alaika wa jamaa bainakuma fi kulli khair."
next wedding.. JOM Kulim!
P/S ~ Dear reader.. done reading, pls click all the ads on top above by nuffnang because it will make me "extremely" extra more happy... thanks again n enjoy yr day!
Bertemu lagi hari ini .. as always juga pagi Ahad kelas mengaji berjalan seperti biasa. Setelah "housework" agak settle marilah kita sambung lagi ya tentang nota dari al ustaz ** MashaAllah.. Hassan dan Hussin merah pipinya. Berangan kalaulah dapat cucu kembar.. hhaha.. amin.. Di entri sebelum ini ada diselitkan doa mustajab untuk anak-anak untuk menghindari segala jenis penyakit terutama wabak penyakit berjangkit. Kali ini masih berkisar tentang kata-kata pujian lagi tetapi kata-kata pujian terutama kepada anak-anak serta bayi-bayi yang masih kecil. Ustaz berpesan kepada semua apabila kita hendak memuji haruslah berlapik kerana dikhuatiri akan terkena penyakit mata iaitu musibah yang akan menimpa kanak-kanak kecil dan bayi. Jujur memang saya ada membaca tentang penyakit mata yang dikaitkan dengan bayi-bayi ini akibat dari kata-kata pujian terhadap mereka tetapi kurang arif apakah sebenarnya yang dikatakan dengan "pen...
Pertama kali sampai di Sekincan untuk menghadiri majlis perkahwinan. Walaupun majlis sudah hampir ke penghujung tetapi alhamdulillah... kami berjaya sampai ke destinasi yang di tuju apabila melihat "banner" pengantin mengalu-alukan kedatangan para jemputan di simpang jalan masuk. Ben dan Adha Buah Sukun Cuaca amat baik sekali. Seronok melihat buah-buahan seperti buah nangka dan buah sukun bergayut-gayut. Melihat keterujaan anak-anak kami membezakan antara buah cempedak dan nangka. Melihat mereka keseronokan menikmati ais cendol dan bubur kacang sebagai pencuci mulut sementara saya dan suami tidak henti mengunyah rempeyek kacang hijau yang sungguh sedap dan ranggup disulami air sirap sejuk dari gelas melamine yang berlambang..ops.. lihat foto.. jangan marah ya! sirap special "Selamat Pengantin Baru" untuk kedua pengantin, semoga berbahagia dan berkekalan hingga ke akhir hayat.. dalam keberkatan limpa...
Assalam Salam pagi ISNIN yang cerah <3 Lama dah nak bercerita tempat "happening" ini. Ini bukan di pengkalan nelayan jauh sokmo di Pangkor nun.. di Port Klang pun bukan. Pengkalan Nelayan ini betul-betul di belakang rumah Teh Marfizah anak buah mr hubby. Whaaa... terujakan... tapi rumah Fizah tu di mana? hahahha... JOM layan foto2 menarik ini dulu ya :) Nah.. ambillah ikan2 ini sorang seekor! Bersama anak2 buah dan cucu2 saudara. Seronoknya Haziq tu :D Inilah dia Pengkalan Nelayan Jalan Genting. Terletak di Bt 4 Rantau Panjang, Klang. Tidaklah saya tahu selama ini ada jeti nelayan di sini. Ikan2 yang di bawa naik dari laut di sini memang ikan2 yang baru dan segar. Verdict : Kepada semua pelanggan2 tegar di Pengkalan Nelayan ini "ikan segar" yang baru naik amatlah di nantikan. Namun semuanya bergantung kepada nasib juga. Nelayan2 akan naik ke darat mengikut waktu mereka. ...
Comments
Post a Comment