Miss you two too...

Assalaam..

Sanah helwah sayang!

Actually kaklong cik Nabila telah menyambut harijadinya pada tanggal 12 Januari yang baru lalu. Namun hari bersejarah itu kini dikongsi menjadi sejarah juga buat kak long puan Fara  dengan wedding of the year nya pada tanggal yang sama.

Anyway.. di malam yang sunyi ini tetiba rasa "kangen kategori bangat" sama anakanda berdua yang jauh di mata.... maka bukan tahap meroyan a.k.a stresslah nak share gambar apa pun cuma setakat nak menghiburkan hati sendiri sahaja.. peace!

Sayang.. apa khabar denganmu?  Di sini ku merindukan kamu... . sila klik video nih! penglipur hati yang sedang lara..




Suram. Apabila kehidupan ini kekurangan warna hanya warna putih salju merata. Waktu siang semakin pendek dan waktu malam pula semakin panjang. Apabila suhu mencecah -3 deg dalam kedinginan ketika berjalan pulang berseorangan dari kuliah mengejar langit yang semakin kelam. 


I know what it feels like .. we've been there before, long long time ago.  But it is ok as long as i know that both of you are ok.. alhamdulillah




InshaAllah kak ngah akan pulang bercuti pada 12 Mac ini.  Dan sebelum itu akan menghadapi peperiksaan bermula pada Khamis ini.  Ya Allah.. terangkanlah dan tenangkanlah hatinya untuk memahami setiap apa apa yang dipelajari.  Semoga semuanya dipermudahkan.  Bersabarlah.. 



Good friend 


Hard to find..


Dan kak long pula inshaAllah akan memulakan percutiannya pada hujung minggu ini. "Have fun will travel" sebenarnya adalah "have gun will travel" katanya. Whateverlah.. but bear in mind to travel light and easy.  Tip : Tak payah bawak baju banyak.. recycle baju sahaja.  Tak siapa pun kenal kita di sana so no need to change the clothes frequently.  Selamat bermusafir! InshaAllah semoga perjalanan mereka ini akan sentiasa dilindungi, diberkati dan dirahmati oleh Allah swt.. amiiinnnn...

HB sayang... mommy miss you ! 
mommy miss you too also sweet pie!

miss our merry moments

our sweet moments

our cold "lepaking" time

our moment we planted our first "tulip"

Atlast.. our moment when it bloomed!

And this is our great achievement!

sabar.. sabarlah cintaku.. hanya sementara!

Snowman made by kak ngah & her friend.. impressive! O yes.. he's looking really cool.
Dari Abu Hurairah r.a berkata, bahawasanya Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud :
"Ada tiga doa yang diterima oleh Allah secara langsung iaitu doa orang yang dianiaya, doa seorang musafir dan doa orang tua terhadap anaknya." (Hadis Riwayat Turmudzi, Ahmad dan Abu Daud)



BE GOOD!


P/S ~ Dear reader.. done reading, pls click all the ads by nuffnang above because it will make me "extremely" extra more happy... thanks again!

Comments

Popular posts from this blog

Dari Sekinchan ke Tanjung Karang.. jom cari kerepek!

Awas.. Kata pujian kepada anak-anak kecil

Nak pakai apa dikolam renang?