TOUCH-DOWN.
She loves to write and travel. A good listener and does a lot more than just literally listen. Follow her on her online journey.
Back to December 21, 2013.. Congratz Wiwin!
Get link
Facebook
X
Pinterest
Email
Other Apps
-
Assalaam..
Akhirnya..
Gigih menamatkan bacaan novel "The Wedding Breaker" karya Evelyn Rose kepunyaan kak deq dalam masa tak sampai beberapa hari.. hahaha.. impressive!
Terima kasih kak deq (gara-gara slot akasia Ariana Rose arahan Raja Ahmad Alauddin di TV3.. termeroyan pulak nak baca novelnya). Apa nak buat.. jiwa muda! mr hubby sila jangan konpius.. hehehhe.. selalunya tak tengok slot Akasia ni bagai tapi kalau Nur Fathia berlakon emak kenalah tengok kan.. kan.. dan ms little n cik kakak "die hard fan" no 2 & 3 kat rumah ni siap jom tonton sambil pegang novel sebab nak tahu apa yang terjadi in the next episode..mmm.. emak dah nak pulangkan pada kak deq dah sabtu nih novel tu.. hahahha.. habislah.. takde buku rujukan lagi!
Alhamdulillah..
Dan akhirnya setelah selesainya majlis kawen kak long cik fara eh.. ops! majlis kawen Puan Fara pada 12 Januari yang lalu, maka barulah siapnya dedikasi editing photovideo untuk wiwin a.k.a Aween Hana dan pasangannya Fazreen ini yang telah melangsungkan perkahwinan mereka pada 21 Disember 2013 yang lalu di seksyen 4, Shah Alam.
Lamanya production.. akibat kesibukan "on duty driver" to n fro ke sekolah. Dengan pinggang yang masih senggal lagi akibat lagak ngeri "stunt" di bilik air minggu lepas.. dengan tersadung jari kaki terkena kepingan kaca lagi.. darah merata-rata non stop.. what to say.! Astaghfirullah hal azim.. Ya Allah.. berikanlah kami kesihatan yang baik.. amiiinnn
Namun syukur alhamdulillah.. ic cik kakak yang hilang sejak balik dari KK tempohari akhirnya mak dah jumpa.. merata mencari. Mujur tak repot lagi dan buat ic baru. Kalau tak.. selamatlah RM100. Anyway.. alhamdulillah.. setiap yang terjadi tentu ada hikmahnya yang tersendiri. Bersabar dan bersyukur sahajalah. Hanya Allah swt yang Maha Mengetahui.
Photos-video behind the scene.. the wedding of Azwin Suhana dan Fazreen.. sila klik ya!
Malam pernikahan
Terimalah..
Nak tak?
So sweet..
Yang mana satu?
The flower girls
Seri pengantin
Ya Allah.. berkatilah kami.. amiinnn
Mmmuahh.. untuk ayah
Pelukan sayang untuk emak
JOM bersantap!
The wedding cake by our architect ~ Fawizah Fathir
Jemput semua..
" Ya Allah Ya Wadud Ya Hakim. Kami memohon mawaddah wa rahmah. Campakkanlah rasa cinta dan mahabbah dalam rumah tangga kami, Ya Allah.... kaum keluarga, generasi anak-anak kami. Jadikanlah sepertimana cinta yang Kau jadikan pengikat rindu sebagaimana Rasulullah S.A.W dan Saidatina Khatijah Radiallahuanhu. Berikanlah cinta yang Kau jadikan mata air kasih sayang dan berikanlah cinta yang Kau luhurkan sebagaimana kedua-dua ibubapa kami tercinta. Amin .. Ya Robbal Alamin " ~ Doa dari petikan dalam novel "The Wedding Breaker" oleh Evelyn Rose dibacakan oleh Tengku Adam Kamil kepada Ariana Rose sempena pernikahan mereka. Hamboih.. mak anjang.. over dah ni.. hihihi
Dari Anjang dan Mak Anjang sekeluarga ~
Tahniah wiwin dan suami.. kehidupan ini sangat indah. Selamat berkasih sayang kerana Allah swt di dalam kehidupan yang masih panjang ini inshaAllah.. dalam limpah rahmat dan keberkatan dari Allah swt. Ibu bapa dan keluarga dilupa jangan kerana mereka pembawa cahaya dan kebahagiaan kita selama-lamanya. Hingga sampai syurga... aminnnnnn
Bertemu lagi hari ini .. as always juga pagi Ahad kelas mengaji berjalan seperti biasa. Setelah "housework" agak settle marilah kita sambung lagi ya tentang nota dari al ustaz ** MashaAllah.. Hassan dan Hussin merah pipinya. Berangan kalaulah dapat cucu kembar.. hhaha.. amin.. Di entri sebelum ini ada diselitkan doa mustajab untuk anak-anak untuk menghindari segala jenis penyakit terutama wabak penyakit berjangkit. Kali ini masih berkisar tentang kata-kata pujian lagi tetapi kata-kata pujian terutama kepada anak-anak serta bayi-bayi yang masih kecil. Ustaz berpesan kepada semua apabila kita hendak memuji haruslah berlapik kerana dikhuatiri akan terkena penyakit mata iaitu musibah yang akan menimpa kanak-kanak kecil dan bayi. Jujur memang saya ada membaca tentang penyakit mata yang dikaitkan dengan bayi-bayi ini akibat dari kata-kata pujian terhadap mereka tetapi kurang arif apakah sebenarnya yang dikatakan dengan "pen...
Assalam Ni hao! Apa khabar? Tahun Baru China pun sudah berlalu. Kali ini kita akan melawat ke Old Hutong di Beijing sebelum menyambung cerita pula tentang persediaan kami ke Cina tanpa bantuan travel ejen seperti yang telah dijanjikan pada entri lalu. Entri yang dah lamaaa sangat tu 😁 Sebenarnya saya suka juga membaca di laman Wattpad, novel-novel China yang berlatarbelakangkan suasana rakyat China di zaman lampau. Ceritanya yang tidak membosankan, penuh dengan plot dan suspen membuatkan setiap masa membacanya adalah satu pengembaraan baru. Walau pun kebanyakan cerita-ceritanya terutama cerita transmigrasinya memang tidak masuk di akal langsung, sekurang-kurangnya ia memberikan saya sedikit modal untuk bercerita serba sedikit tentang budaya mereka. Contohnya :- Bagaimana gadis Cina yang dianiaya pada masa itu hendak membuktikan mereka masih perawan kepada masyarakat yang suka menabur fitnah? Ohh.. boleh tahu ke? Haa.. amboii.. nak tahu ...
Pertama kali sampai di Sekincan untuk menghadiri majlis perkahwinan. Walaupun majlis sudah hampir ke penghujung tetapi alhamdulillah... kami berjaya sampai ke destinasi yang di tuju apabila melihat "banner" pengantin mengalu-alukan kedatangan para jemputan di simpang jalan masuk. Ben dan Adha Buah Sukun Cuaca amat baik sekali. Seronok melihat buah-buahan seperti buah nangka dan buah sukun bergayut-gayut. Melihat keterujaan anak-anak kami membezakan antara buah cempedak dan nangka. Melihat mereka keseronokan menikmati ais cendol dan bubur kacang sebagai pencuci mulut sementara saya dan suami tidak henti mengunyah rempeyek kacang hijau yang sungguh sedap dan ranggup disulami air sirap sejuk dari gelas melamine yang berlambang..ops.. lihat foto.. jangan marah ya! sirap special "Selamat Pengantin Baru" untuk kedua pengantin, semoga berbahagia dan berkekalan hingga ke akhir hayat.. dalam keberkatan limpa...
Comments
Post a Comment