Thank you note!

Assalaam...


It's cold out there.. foto propa nih!

Ada yang bertanya secara direct..  hari-hari ke saya dok berinspirasi?  Hahaa..  Idok ehhh! Sebenarnya saya akan berkarya melalui all the photos that i have.  Takde gambar.. tak kuasalah saya merapu dan merepek. Bila "mood" masyuk.. saya akan gigih berkarya dan setiap entree itu saya akan "schedule" kan ikut the date and the time.  

Contohnya :  Saya akan publish kan dua tiga entries sekali gus tetapi saya schedulekan the datenya pada 2 jan, 3 jan atau 5 jan 2014.  So entry saya akan publish mengikut all the dates yang ditetapkan secara automatik walaupun saya tak bukak blog saya berhari-hari pun.

Ada yang tanya lagi.. hari-hari ke saya bukak fb? hahaha.. adalah saya buka fb.  Kalau tak buka fb takut nanti anakanda yang jauh di mata nak bermesej atau berskype "mak tak tau" lah pulak. WIFI di rumah saya itu senantiasa bermasalah.. nak berwhatsapp, viber.. APTB.. huhuhu

Selalunya saya akan postingkan all my entries di fb atau twitter shared via blogger.  Lepas shared saya tak masuk pun fb so maap le.. kalau ada apa-apa "latest info kengkawan atau sedara mara" saya lambat tahu...  nanti bila mood nak bersosial datang baru saya buka fb.. dan "mind you" saya bukanlah paparazi or mamarazi or what so ever.. mak nam or kak nam pelbagai tu.. i'm not that kind of person.. sorry.. i actually will write or talk about the "good and sweet stories only"..  peace!

Ada yang tanya " mak.. nape blog mak takde followers?  mak kawan sebelah.. blog dia sampai ribu riban followernya...  hahahha... soalan cepuk kang ni nampaknya.  Camna nak jawab iya.. orang taknak follow nak buat cemana.. (sedih bunyinya tu..) .. huhuhu.. 

Ada yang tanya .. ada aku kisah?  hhaha.. hamboih!! saya tak kisah.. kisah di atas ini adalah kisah benar!!

Anyway.. sempena berakhirnya bulan December  2-3 hari lagi ni.. saya ingin mengucapkan berbanyak-banyak terimakasih daun keladi kepada all the silent readers dan followers "setia" saya yang tak berapa kerat ni.. kerana sudi menghadap dan membaca celoteh-celoteh untuk all my entries and posting so far so good ini...

Actually.. touch-down sepanjang jalan kenangan ini ada yang saya touch-up aja entrynya.  Almaklumlah kalau kisah-kisah dahulu kala ada yang saya dah lupa .. saya touch-up sahaja sana-sini bila saya ingat semula kisah-kisahnya.  Maknanya.. tak semua entry saya tu stagnant ya.. so sesiapa nak ulang baca tu tiba-tiba bila next time ceritanya dah lari tajuk pulak.. hahaha.. ( taklah lari sangat kot )

Ada yang tak suka akan blog saya juga.. mungkin katanya seperti menunjuk-nunjuk, riak dsb.. nawaitu saya tidak begitu ya dan semoga saya dijauhkan dari perasaan teruk sebegitu rupa (beristiqomah dalam menulis yang baik-baik sahaja) tapi tak mengapa.. no hard feelings ok! Saya akan terus menulis.  Suka menulis buat menambah ilmu dan berkongsi info jika dapat dijadikan panduan kepada semua.  Semoga ia dapat dimanfaatkan di kemudian hari.. amiinnnn 

Akhir kata.. minta maaf kalau ada salah dan silap. Mana tahu tempat yang saya pergi bercuti saya kata best tetapi bila anda pergi semuanya tak best!  Apa yang saya makan rasanya sedap tapi bila anda pergi makan di sana semuanya rasa tak sedap.. dan ada yang kedainya yang dah pindah*  atau dah tutup.. 

*Sorry ya Kusya.. huhuhu.. ini kisah benar juga.   

Mungkin kalau kita pergi bercuti bersama atau makan ke sana bersama baru terasa best dan sedapnya kot!  Apa-apa pun ucapkanlah alhamdulillah... 

Dan terimakasih kepada all the readers yang clicked semua iklan-iklan yang lalu-lalang jika ada by Nuffnang itu  ya.. setiap iklan yang masuk dan anda klik pula merupakan rezeki "masyuk" kepada saya.  Terimakasih!!

Juga untuk Mr hubby dan anak-anak ~ "love you all forever" kerana senantiasa "tak kacau" dan "in support" kalau saya sedang syiok berblogging.  

Thanks Allah swt for giving me this "gift" to write.. bak kata my sister "tak semua orang boleh menulis dan kalau boleh menulis.. tak semua can express their feeling in writing.. akak baru balik dari Shenzhen & Guangzhou tapi tak reti nak tulis apa.." katanya lah. Thanks sis for this sweet words!  love you too.. mmmuahhhh!

Ini sebenarnya entry yang telah saya schedulekan .. dah taip awal-awal da.. tinggal nak share sahaja. 

Dan ketika ini saya berada di dalam penerbangan untuk percutian terakhir untuk tahun 2013. 
Terima kasih ya..


Inshaa Allah.. jika ada rezeki kita berjumpa lagi dengan entri yang menarik di tahun baru.

WELCOME 2014

Comments

  1. slmt thn baru yan. Sepnjg jln kenangan...sweet memories.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Awas.. Kata pujian kepada anak-anak kecil

Dari Sekinchan ke Tanjung Karang.. jom cari kerepek!

Sepagi di Pengkalan Nelayan