Penang ~ Pekena Laksa Penang

Assalaam..

Alhamdulillah.. Hari ini legalah sudah.  Persiapan persekolahan untuk tiga orang pelajar di rumah ini settle lah sudah.  Misi terakhir semalam apabila kedai buku sekolah rendah mula dibuka sekali gus membeli buku di sekolah menengah pula..    

Ada empat misi lagi untuk mengakhiri bulan Disember ini.. dua entree untuk Journey to Penang lagi (hahaha.. taderr citer lain ke emak nih..hmm..) rewang dan kenduri kahwin anak saudara minggu ini dan misi cuti-cuti Malaysia ke negeri di bawah bayu yang belum berkesudahan lagi.  

Kita sambung entree Penang lagi ya!  Bosan nak baca iyaa?  hahaha.. suka hati..  nak baca bacalah.. taknak pun tak apa.   

Setelah puas berkinja di Fort Cornwallis, marilah bertanya kabar dengan ayah yang berbaring berehat di dalam kereta sambil menyaksikan keindahan saujana laut di sepanjang esplanade.  Sebenarnya kesian ayah menunggu kita agak lama untuk sama-sama menikmati laksa Penang ..

Penggemar laksa Penang tegar (anak buah saya) ~ selalu emak isya singgah beli laksa kuala langsar ajekan..

Sedap yong!  

Dah tak toleh kiri kanan 

Semangkuk tak cukup.. kena tambah lagi semangkuk.  Slurrpp... kuahnya yang sedap.
Laksa Penang.  Untuk penggemar laksa Penang ini ke mana pergi pun pasti kita akan mencari-cari laksa Penang yang sedap untuk dimakan.  Sebenarnya ia banyak bergantung kepada kuahnya yang sedap.  Ikan, cili giling, asamnya, bumbunya, jenis mee..  semuanya memainkan peranan yang besar dalam penghasilan laksa yang sedap.  

Verdict :  Laksa Penang di esplanade memang sangat sedap.  Cukup asam garam dan rencah-rencahnya. Dan rahsia kesedapannya terletak pada perisa "otak udang" yang di bubuh pada kuah laksa sebelum di makan.   Barulah laksa namanya..  Teruja bila ada kereta yang berhenti hanya untuk makan laksa apabila suami dan seorang anak yang besar turun dulu untuk makan laksa, setelah siap.. isteri pula turun bersilih ganti kerana ada baby dalam kereta.  Haa.. wa cakap sedap... sampai camtu sekali!  Namun begitu kasihan juga dengan nasib peniaga tanpa parking ini.. bila-bila masa sahaja MPPP akan datang "ambush".. almaklumlah.. kawasan larangan berniaga katanya. Anyway.. terpulanglah pada tekak memasing. Sedap pada kami belum tentu sedap pada anda... kan?  Dan resepi asli laksa Penang ini sebenarnya tidak perlu pakai telur rebus.  

Kalau sesiapa yang teringin nak buat layarilah blog bawah sini , resepinya lebih kurang seperti apa yang saya campakkan untuk kuah laksa saya "once upon a time" dulu.. hehehehe ~ saya belum cuba tapi inshaa Allah sedappp..


Laksa Penang
Bahan bahan
Laksa
2 kg ikan kembung - rebus & ambik isi
2 biji bawang besar
15 bawang merah
2 ibu jari belacan
1 senduk cili kisar
22 keping asam keping
2 bunga kantan - belah 4
1 ikat daun Kesum
Garam
Bahan hiasan
Telur - rebus & belah 2
Timun - hiris
Salad - hiris
Bawang besar - hiris
Cili hidup - hiris
Limau kasturi - belah 2
Daun pudina - jika suka
Cili padi - jika suka
Otak udang - jika suka


Dah pekena laksa tu renung-renungkanlah laut yang terbentang luas itu.  Dengan merenung laut.. menambahkan kecintaan kita kepada Allah swt kerana hanya Allah swt pencipta setiap kejadian alam.   Bertasbih bertahmid dan bertakbir.. pahala untuk kita semua.. inshaa Allah.  

Dannnn... jangan lupa renung-renunglah mr hubby tu juga .. thanks ayang bawak we all jenjalan.. lebiu!