Penang ~ Makan sedap.. Pt 2
Assalaam..
Malam-malam terakhir kami di Penang mempertemukan kami dengan tempat makan ini.
Mungkin inikah yang dinamakan "nasib baik?" .. errkkk.. kenyang sudaa.. alhamdulillah!
Penggemar kway teow walau tercampak ke negeri orang mana pun "char kway teow " takkan pernah putuih.. |
Gelas BESAR |
Nasi goreng ayam ayah |
Sepupu yang tak sama citarasa dan selera ~ nasi goreng ayam untuk Isya dan nasi goreng daging merah untuk kakak |
Miss "char kway teow" in action |
Hot Plate sizzling paprik.. apa-apalah abang, mak dah lupa nama set nasi nih! |
Appetiser ~ Pekena yong tau fu + sotong kembang... dap dap |
Nasi goreng ayam bersos dah sampai.. tapi ayah masih dengan appetisernya lagi |
Tukang order akhirnya dah duduk.. |
JOM makan.. mak order nasi putih daging merah. Sedapnya daging merahnya.. |
Jangan lupa order sate juga.. kuah kacangnya pun sedap |
Alhamdulillah.. tinggal gelas kosong sahaja |
Medan makan Gelas BESAR |
Verdict : Alhamdulillah.. sangat sedap belaka masakannya. Sebenarnya kami di cadangkan untuk makan di sini kerana hidangan nasi kari itik dan segala menu yang berkaitan dengan itik. But belumlah teruja lagi nak makan nasi bergulaikan itik kan. Maybe next time eh.. manalah tahu.. sok sok tiba-tiba termengidam nak makan kari itiklah pulak. For me.. daging merahnya memang tersangat sedap. Rasa nak ke dapurnya minta resepi.. hamboih! kecur dah air liur ni..
Hari-hari terakhir Isya bercuti bersama kami.. apa lagi mestilah ke restoran faveret semua katanya |
Crazy chicken crunchy feveret omak ekau ni.. |
KFC seksyen 18 menggamit memori.. |
Terimakasih Isya! Next cuti panjang mampir lagi ya... tetiba rasa kosong sahaja rumah mak Yan setelah dua minggu bersama bila Isya dah taderr... |
Moral of the story : Untuk anak-anak semua walau dimana pun kamu semua berada ~ Bersyukur lah dengan apa yang kita nikmati sekarang ini.. Give thanks to Allah swt for the blessing of the foods, the health, the warmth and not forget your brothers .. di Palestine. di Syria, di Egypt, di Myanmar, dimana-mana sahaja malah di negara kita sendiri masih banyak lagi orang-orang yang susah. Bersyukurlah dan mendermalah..
" Wahai Tuhan Kami! Sesungguhnya Engkau Amat Melimpah Belas kasihan dan RahmatMu"
(Al Hasyr : 10)
Kita bertemu lagi nanti, dalam pencarian mee udang Kuala Sepetang yang sangat tragik..
TUNGGU!
Comments
Post a Comment