Penang ~ "Flea Market" or Pasar Kutu katanya

Assalaam..

Banjir merata di pantai timur membuatkan "inspirasi" untuk berkarya terbantut seketika. Inilah ujian.. inilah dugaan. Jika nak dibandingkan dengan musibah di negara lain, anggaplah ini hanya cabaran buat sementara sahaja. Ingat.. Allah swt sedang menguji kita, itu tandanya Dia sayangkan hamba-Nya.  Hamboih.. belum kena.. belum tahu katanya. 

Redho dan bersyukurlah di atas apa yang telah terjadi.  Jangan lupa untuk membantu jika terdaya dan jika tanpa wang ringit dan barang yang nampak nyata, cukup hanya doa ke hadrat Allah swt pun sudah amat bermakna.  Berarak mendung kelabu..  ~ kata Alleycats

" Ya Tuhan kami, janganlah Engkau bebankan pada kami beban yang berat sebagaimana Engkau bebankan kepada orang-orang yang sebelum kami "
(Al Baqarah : 286) 

Percutian ke Utara ini sebenarnya tidak dirancang. Kebetulan mr hubby ada kerja di Penang maka kami yang berempat serba kebosanan di rumah ini menunggu dengan penuh setia akan pelawaan jika ada ke sana. Hahaha.. kesian kan?  Kebetulan ketika itu Erisya Hani anak buah sendiri yang sering berkunjung ke rumah sempena percutian akhir tahun untuk bersama kazen hampir sebaya ini, turut diajak sama.  JOM lah kita ke Penang yuk!
Flea Market in Penang
Destinasi pertama kami tentulah ke pasar kutu atau Flea market di Lorong Kulit berdekatan dengan stadium. Apa yang dicari disana?   Apa lagi.. barang-barang antiklah katanya.  Sekurangnya RM 4 digit ke atas perlu dibawa didalam dompet. Haaaa... jangan ketawa!  Budaya mencari barang antik ini memang  sudah sebati dijiwa sejak kami merantau di Wolves dulu dengan pencarian barangan terpakai di "car boot sale" nya.  Sama sahaja konsepnya.  Barang-barang disusun sama ada di atas  tikar atau di atas meja dan pembeli boleh datang tawar-menawar.   Sama seperti di pasar di Stadium Shah Alam tu! 

Namun kali ini pencarian kami agak sia-sia belaka. Tiada apa yang menarik yang di pamerkan selain dari barang-barang uzur terpakai yang hanya sekadar dipandang sebelah mata sahaja kata mak Jemah. Hamboih.. eksen! heeee.....  Nak contoh barangan antik yang bagaimana?  Hmm.. lain orang lain seleranya kan. Contoh :  Iron baju yang pakai arang, kotak Gramophone, radio , kipas , album piring hitam , barang-barang tembaga  seperti tepak sireh, dulang-dulang, kamera , buku-buku , pinggan mangkuk tembikar dan apa-apalah yang anda semua rasa yang ada nilainya jika dibeli dan boleh dijual balik dengan harga yang tinggi dan yang pasti ia barangan lama kategori antik .  Harganya bergantung.. kalau kotak Gramophone lama di rumah saya itu dulu harganya ialah RM800. Telepon antik di tepi dinding itu pula ialah RM600. Begitulah lebih kurang... so untuk sesiapa nak "bermain" dengan barang-barang antik ni.. berlemah lembutlah kerana ia tersangat "fragile".. dan "not a play-play things".. ahaha.. warning lah tu!








Namun kehampaan kerana tidak dapat membawa balik " best buy anything antic" tetap membawa kegembiraan kerana berjaya membawa balik fridge magnets dengan berbagai motif menggambarkan Penang Island dan ini amatlah menceriakan hati saya.  Berbanding dengan harga di pasar malam Batu Feringgi harga-harga fridge magnet di sini adalah agak murah jika hendak dibandingkan.  Itu pun jika anda membeli dengan jumlah yang banyak. Jadilah!

"Reaching up"  ~  Dua jenis fridge magnet yang berlainan jenis tetapi mempunyai motif yang sama

"Boy on motorbike"

Antara yang menarik.. asam laksa

Cute kan? 

Dan  apa lagi tidaklah lengkap jika ke Penang jika tidak membeli buah-buah untuk penggemar K-Pop ~ Korean Persimmon atau Buah Pisang Kaki .. refreshing kerana sangat crunchy!

Ini buah delima
Korean Persimmon or Pisang Kaki

Crunchy
Dan ms little "dan dan" tu juga terus bertukar cakap Penang.. " mak dah lapaq ayaq dah.. "  haish!

Ayaq asam boi!
Popia basah is a must

Mee Goreng mamak di gerai belakang stadium.. nyams!

Verdict  ~ Okelah.. jalan-jalan cuci mata.  Dapat jugalah beli tudung labuh  XL kat Shah Alam harganya RM40++  tapi kat sini RM25 saja you.. tunai.... Alhamdulillah

Jumpa lagi untuk entree Penang yang seterusnya..

Comments

Popular posts from this blog

Dari Sekinchan ke Tanjung Karang.. jom cari kerepek!

Awas.. Kata pujian kepada anak-anak kecil

Nak pakai apa dikolam renang?