Weeehaaa... dah seminggu cuti

Assalam..
Don't forget Allah ~ Farid Sanullah.. sila klik

Lama tak ke udara.  Cuti sekolah hujung tahun pun hampir seminggu sudah berlalu.  Akhirnya mr hubby yang sudah seminggu tidak bersua kerana sibuk berkelana melaksanakan tanggungjawab kerja, pulang jua sudahnya. Namun still sibuk seperti biasa.. jumpa hanya sekadar melepas rindu.. hamboih!  hahahaha...
Weehoo! mak nak melepak sekali sekala.. cuti panjangkan......
Hajah Hadiyaton dan Hj Md Lazi ipar saya pun sudah selamat sampai ke tanahair tengah malam Jumaat lepas dari percutian menuju ibadah di Tanah Suci.  Alhamdulillah sihat seadanya dan semoga mendapat haji yang mabrur.. amin.  Berkumpul bersama-sama ipar duai, anak-anak buah dan cucu-cucu di rumah arwah mertua di Cheras  namun terasa amat dengan "kekosongan" yang sukar untuk ditulis dengan kata-kata. Semoga Allah swt mencucuri rahmat ke atas roh arwah bonda.  Al fatihah.
Ke Cheras dengan Chicken pie.. nyams!
Jika sesiapa yang berhajat untuk menempah chicken pie yang sedap ini silalah hubungi jiran saya Puan Lina atau mesej saya ya..  sangat ehhh nak!
Memulai percutian dengan apa lagi wehh... balik kampung.. oooo.. balik kampung!  Alhamdulillah.. terubatlah rindu seketika pada emak tersayang. Namun emak banyak berbaring seperti biasa namun digagahkan juga untuk duduk di ruang tamu sambil mendengar celoteh dan repekan saya seperti biasa.  " Emak.. ada apa-apa cerita menarik nak kongsi? " kata saya.  "Entahlah.. dah tak tau cerita apa pun.. orang kawen pun dah takde kot.. hmm.. abang ada balik awal Muharram dulu.." kata emak.  Hampir terlena seketika di sofa sebelum emak kembali semula ke katilnya untuk berbaring.  Apabila di ajak untuk bertandang ke Klang.  Katanya belum puas melepas rindu kerana baru sahaja pulang dari rumah kakak di KJ.  Sayu hati ini melihat emak yang sudah uzur tidak segagah dahulu.
Rambutan.. buah favourite emak
mencelur tauge dan pucuk paku 
sambal sotong
Masak asam  ikan senangin
Pecal hidangan tengahari ~ hirisan nasi impit, tempe dan tauhu goreng, timun, tauge dan pucuk paku celur
Siramkan dengan sambal pecal berperisa cekur.. nyams!

Petang Isnin lalu bergegas dalam hujan lebat untuk mengambil kawan abang yang dah lama "plan" nak bercuti ke rumah kami.   Whaa.. ada tetamu di rumah kita sekarang ni kak long dan kak ngah.. hmm.. kami bertiga ~ emak , cik kakak dan ms little sepanjang masa berbungkus sahajalah.   Bungkus? ya...  Mujur ada ruang di tingkat atas untuk melepaskan asap di kepala yang berkepul-kepul akibat berbungkus ketika memasak... hahahha..jagalah aurat walau di mana pun kamu berada.  No kompromi!
Day 1 ~ Breakfast nasi lemak untuk tetamu
Day 2 ~ goreng cekodok ikan bilis bawang
Day 3 ~ masak nasi terus sebab tetamu lepas subuh tidur balik hingga dinihari... ish ish ish
Day 4  ~ roti bakar & days berikutnya... nanti cari ilham dulu
Sambal sotong
Telur rebus mesti banyak
Sambal tumis kaw kaw punya..
Malam Isnin lalu saya amat terkejut apabila membaca di laman muka buku ~ anak-anak saudara dan cucu saudara suami terlibat dalam kemalangan di km 21 Air Keroh, Melaka.  Mujur tidak melibatkan kemalangan jiwa.  

Jika Allah swt menguji hamba-Nya dengan kemalangan, ini adalah kerana sesungguhnya Allah swt itu amat menyayangi mereka.  Melihat keadaan kereta yang amat teruk. ~ " it's a miracle" kata Mat Salleh. Syukur dipanjatkan ke hadrat Allah swt di atas keberkatan dalam umur yang panjang ini.. Alhamdulillah

SubhanaAllah.. seperti dibadai angin lintang gamaknya
MashaAllah
remuk..
oh no!
Astaghfirullah hal azim
Alhamdulillah... si comel Haziq di Hospital Melaka sebelum kesemua mereka mendapatkan rawatan susulan di Salam Med Centre, Shah Alam

** Photo courtesy cik Fara dan Abang Zul. Tq!
Angah Jaja mengalami kecederaan yang agak serius. Empat bilah tulang rusuknya patah. Manakala Alang Nurain mengalami kecederaan di muka dan terpaksa menerima jahitan di mulut dan bibir. Alhamdulillah kak long cik Fara, Haziq dan Icha tidak mengalami kecederaan.
316
Latihan fisioterapi untuk Angah Jaja dengan menggunakan alat ini.
Alang, Echa dan Haziq bersama een yang datang menziarah.. peace! kami ok.. alhamdulillah
"Jika seseorang melihat musibah yang menimpanya, ia akan menemukan bahwa Allah masih menyisakan baginya sesuatu yang setara atau lebih baik dari musibah itu. Dan jika ia sabar serta menerimanya, Allah telah menyimpan baginya sesuatu yang berkali lipat lebih baik dari apa yang hilang karena musibah tersebut. Dan jika Allah menghendaki, Dia bisa saja memperberat musibah tersebut." Ibnul Qayyim

Alhamdulillah... i'm  very worried.  Tun M seperti seorang ayah yang tiada galang gantinya.  Semoga Allah swt memberikan kesihatan yang baik dan berpanjangan kepada beliau.. amin
Love this sweet couple
Untuk anak-anak yang telah mendapat keputusan di dalam peperiksaan UPSR dan PSRA.  Tahniah kepada semua.  Tidak kiralah cemerlang atau tidak. Bagi saya ini hanyalah permulaan bagi mereka untuk mengenali sistem peperiksaan yang sebenarnya.  Anda semua sangat cemerlang! I'm proud of you all... mode: berdebar-debar walaupun lagi dua tahun ms little nak ambil dua peperiksaan ini.  Bukan apa.. nak menabung.  Bukanlah nak beli mini cooper atau BMW ke hapa! hahaha... seperti kisah benar di bawah :-
  
Kisah benar ~ WOW!

Tuah pelajar 5A UPSR 2013 dapat hadiah kereta Mini Cooper RM210,000

Kisah seorang bapa memberikan hadiah sebuah kereta Mini Cooper yang bernilai RM210,000 mendapat perhatian dan menjadi topik perbualan hangat di kalangan pengguna laman sosial sejak ia disebarkan di laman sosial

Siti Nur Fatini bersama kereta model Mini Cooper yang bakal dihadiahkan bapanya

Informasi ini disiarkan pada Sabtu 16-11-2013

My Sumber - http://www.mysumber.com/pendidikan/tuah-pelajar-5a-upsr-2013-dapat-hadiah-kereta-mini-cooper#ixzz2lM2h37aD

Verdict : Terrrruja!

Agenda cuti sekolah telah bermula...
Cucu-cucu mak lang KJ dah start buat home made donut.. fuyyoo! 
**Photo courtesy Kak Ni. Tq
Fesyen cuti sekolah katanya.. 
Hamboih.. Tae Yang kah itu?  hahahha..
** photo courtesy Nue Ezzarina. Tq
 SELAMAT BERCUTI