Skip to main content

Stylo Hijabista... Galeri Gaya Hijab Sunsilk

Assalam..

Cara camna ikat tudung selendang yang sopan. Dedication untuk somebody ke tu? 
Sekadar hiasan.. 
Sebenarnya iklan Sunsilk ni keep lalu lalang kat ads by Nuffnang ni.. whahaha.. menarik sebab ada cara-cara ikat selendang

Dah nak cuti sekolah dah kot.. bila cuti sekolah semakin dekat ni, maka banyaklah kenduri kahwin kan.. kan?  Ada anak dara tu sibuk mengumbah (paham ke maknanye.. mengumbah tu menyelongkar a.k.a mengharu-birukan chest drawer emak awaklah teww!!)  Mencari tudung / shawl apa lagi!

Mempunyai anak dara yang kategori agak ramai ini memanglah "happening"nya lain macam sikit. Saya mempunyai empat orang anak perempuan (ramai tu..) dari dua tahap peringkat umur "exploration" yang berbeza dan kini mereka pernah dan sedang melalui dua tahap ini :-

Tahap 1 : 10 - 15 tahun ~ Asyik pakai tudung awning warna hitam / tudung bawal warna hitam sama ada untuk aktiviti ke sekolah waima ke rumah kenduri kawen pun.. ish ish ish.. dan lately terrruja juga dengan cara-cara ikatan dan pemakaian tudung yang dilihat di kaca TV atau iklan dan rakan-rakan sebaya sekeliling yang nampak glamour dan berfesyen "up to date"

Tahap 2 : 16 tahun keatas ~  Mereka kini telah berhijab dengan sempurna dengan memakai kain tudung berbidang 60". Alhamdulillah..

Verdict : Berhijab dengan sempurna memudahkan untuk kita solat dimana sahaja.

Sila lawat ke sini ya  untuk lebih lanjut lagi.. atau sila ke facebook Sunsilk Malaysia


Tontoni dan pelajari daripada Sunsilk cara-cara mengikat hijab dengan menarik dan bergaya. Kemudian jangan lupa berkongsi dengan rakan-rakan anda! 

sila klik link ini    ==== >   http://youtu.be/Lsx8j7o_N_w





Hijabku Gayaku Ep. 10: Gaya Hari Raya bersama  Scarflet Yuyu Zulaikha. ~ Ini sahaja yang emak berkenan kot.... ===> cik kakak

Verdict : Sungguh ketinggalan zaman emak anda nih..huhu


Firman Allah swt ~ “Katakanlah kepada wanita yang beriman: “Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak dari padanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain kerudung kedadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, atau putera-putera mereka, atau putera-putera suami mereka, atau saudara-saudara laki-laki mereka, atau putera-putera saudara lelaki mereka, atau putera-putera saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita islam, atau budak-budak yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan laki-laki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita…” (An-Nur:31).
MashaAllah... future of UK? katanya ~ mohon share .. tq
HAPPY HIJABISTA!

Comments

Popular posts from this blog

Dari Sekinchan ke Tanjung Karang.. jom cari kerepek!

Awas.. Kata pujian kepada anak-anak kecil

Nak pakai apa dikolam renang?