London ~ Trafalgar Square

Assalam..

Ada yang bertanya via message... tak pergi bercuti ke cuti-cuti Malaysia ni? Hahahaha... sabaq na! Ayah jika membaca " sila jawab.." .  Tak adalah kot senah oi... budget dah lari.. ops! " cik kakak sila jawab.. " wakkaka.. 

Soon... 

Apa-apa pun sebab tetamu abang masih ada di rumah dan ada yang masih tak sihat maka apa kata kita melancong via entree saya ni dah lah  ya.. Kelas-kelas weekend masih berjalan seperti biasa sayanglah nak memontengkan.. lagi pun for sure akhir Dec hingga ke March nanti akan ada majlis wedding abad ini yang silih berganti minggu ke minggu dan yang pasti tentu-tentulah akan memonteng.  MashaAllah..

mr hubby and pigeons
Apa kata kita ke London dulu.. ke Trafalgar Square.  Tidaklah lengkap kalau ke London kalau tidak singgah  ke Trafalgar Square.  Tumpuan pelancong tu.. Namun yang paling happeningnya dulu di sini terdapat banyak betul burung merpati atau omputih panggil "pigeons".  Itu masa zaman kami ke sanalah lebih kurang 19 tahun yang lampau.  Cepatnya masa berjalankan... 

Terruja si kecil-kecil tu
 Ketika itu handycam pun besaq gabaq.. mana nak dokong cik kak ngah lagi, nak "piggy back" cik kak long kat belakang ayah lagi.. hahahaha... cepatnya korang berdua dah besar remaja.  Masa tu kita boleh beli makanan pigeons dan fed them  di sini. Dah tak ingat berapa penny harganya.  Murah sahaja..

Abang Kamarul pun comel lagi masa ni

Happy wan dikelilingi cucu-cucu dan pigeons

Apabila keluarga pak ngah datang bercuti bersama wan, apa lagi kami pun ke Trafalgar Square.  Bila di ingatkanlah, satu ketika dahulu semasa saya kecil.  Kami pernah tinggal di kuarters JKR di Jalan Pahang.  Walau pun saya masih belum bersekolah ketika itu (masih boleh nampak dan ingat) jiran di sebelah rumah mak adalah berbangsa India. Mereka membela banyak burung merpati dengan membina rumah burung merpati.  Sangat banyak rasanya... asyik terbang dan bertenggek serta berjalan merata-rata di jalanan.  Cukup tak suka dengan najis buangannya yang berwarna putih.  Tidak pasti pula jika mereka membela burung ini untuk di makan atau just for fun only. Ironinya, bila pigeons ini ada di London.. whahahaha... siap bergambar lagi dengannya kot...  hmmmm... 


Photo ini diambil di hadapan rumah lama kami di kuarters JKR.  Rumah jiran di sebelah tu memang ada membela burung merpati.  Apa?  mana satu saya?  hahaha... tentulah yang macam comel jer.. macam comel jer tu.. hahaha.. tak comel pon.  Saya bergurau sahaja... masa ini belum bersekolah lagi. Nostalgia ni.. ops mari saya kenalkan dulu who's behind the scene.. cam lari tajuk je ni.. ada saya kisah! hahahaha...

Di belakang tu ~ abang saya Nasir dan juga sepupu saya Naza.
Di depan tu ~ sepupu saya kak Norhashimah, kakak dan saya (kami dulu digelar kembar sebab setahun satu kata kau..) serta sepupu saya kak Norliza. Siapa yang tak kenal kakak saya yang sangat femes tu kan... peace!
Inilah lebih kurang rumah burung merpati yang standard kat Malaysia dulu-dulu - mohon pinjam gambar pada empunya ~ tq

Eli semasa remaja

Kebetulan ketika itu anak saudara mr hubby Zulkafli Md Idris yang biasa kami panggil dengan nama manjanya Eli telah sudi mampir untuk menghabiskan cuti pengajiannya dari Pennsylvania US dan datang direct terus ke UK.  Eli ini ialah anak kepada sepupu suami saya kak Nab.  Memang tersangat rapat dan mesra dengan kami semua.  Apa lagi.. bila membawanya berjalan-jalan tentu sahaja Trafalgar Square dan pigeonsnya tetap menjadi pujaan di  hatiku.. ahaha..

Paling tak tahan dengan kerenah pigeons ini ialah ia suka bertenggek di atas badan kita.  Tak suka you.. 

Kini Trafalgar Square tidak lagi seperti dahulu. Tiada lagi burung-burung pigeons ini yang menjadi penghuni tetapnya.  Trafalgar Square kini sudah hilang daya tarikannya kepada pelancong-pelancong terutama kanak-kanak.  Ia tidak dibenarkan terbang lagi kesana.  Majlis Bandarayanya menggunakan khidmat dua ekor burung helang pemangsa yang sangat handsome dan gagah untuk menghalau burung-burung pigeons ini ke tempat lain. Kasihan... 

Jika ingin membaca tentang kisah Trafalgar Square dan Pigeonsnya jangan lupa singgah ke sini www.angelanealworld.com dan search London's Trafalgar Square is a no fly zone.  

Dulu merekalah wira/posmen yang ditugaskan untuk menyampaikan pesanan atau mesej terutama di zaman peperangan atau kepada si Romeo dan Juliet dengan cepat dengan cara mengikat gulungan atau cebisan kertas dikaki mereka.  Terbang sana terbang sini.. pintarnya burung pigeons ini.  Kini dianggap mengotorkan kawasan persekitaranlah pula.  Begitulah lumrah alam.

Akhirnya terima kasih Eli kerana mengajar makcik memasak "no bake cheese cake" yang sangat sedap tu.  Masa tu manalah tahu nak masak-masak cheese cake bagai nih.. katanya resepi ini adalah turun menurun dari arwah neneknya.  Pakar masakan belaka! Bertuahlah siapa yang mendapatkan jejaka tampan ala Eltimet yang serba berkebolehan ini. Bertuahlah Tina! hahahaha... Kini sudah berkeluarga dan mempunyai tiga orang anak yang comel-comel belaka.  Rasanya seperti baru semalam berlalu

Cheese cake by kak ngah ~ gambar sekadar hiasan

KENANGAN TINGGAL KENANGAN 

Comments

  1. Trafalgar square dah tak ada pigeons ke? ingat baru nak pegi sana...hihihi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha.. gi tengok pigeon kat pekan KKB pun dah xde lg kot

      Delete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Dari Sekinchan ke Tanjung Karang.. jom cari kerepek!

Awas.. Kata pujian kepada anak-anak kecil

Nak pakai apa dikolam renang?