Adorable babies behind the scene..

Assalam..

Sangat suka dengan lagu tema Fattabiouni di TV Alhijrah ini.. must click!

Hujan tersangat lebat selepas zohor Ahad lalu. Kami terperangkap di bawah canopy di majlis kenduri kahwin di Jln 7 bersama kak Arifah,Ms little, Nazirah & keluarga serta tetamu yang lain. Mujur tak basah kuyup.. cuma kini Ms little komplen sikit ~ "kenapa badan een ni sejuk sangat?' Pastu dah start bersin-bersin.   Haaa... kan mak dah kata.. mandi dulu, basuh rambut tu. Janganlah demam.. janganlah.. semoga Allah swt memberikan rezeki dalam bentuk kesihatan yang baik dan berpanjangan kepada kami semua. Aminnn.. 

Mari menikmati wajah-wajah comel ini.. mashaAllah via photo dan merasakan betapa penatnya bayi-bayi comel ini diusung ke hulu hilir di majlis majlis keraian.  Kesian babykan... merekalah insan yang paling penat berbanding kita yang sudah meningkat senja ini. Apa nak buatkan.. nak cakap pun belum pandai bercakap.  Nak cakap nak balik rumah nak tidur pun tak boleh.   Yang pandai bercakap pun pandai sebut.. "mio mio meh meh" aja sambil tepuk-tepuk lantai.. hahaha.. quotes by Fadya.  Jangan marah Yai Wani.. hehehhe... cutenya Ya ni.

Alhamdulillah... dikurniakan anak kembar merupakan satu Anugerah Terindah dari  Allah swt.  
MashaAllah... comelnya.  Comelkan?  Ini bukan anak kembar saya.  Ini sudah dikira pangkat cucu da... Anak kembar kepada adik ipar  kepada anak saudara kepada  suami saya.  Ada aku kisah... hahaha.. kata korang kot!  Apa-apa pun kenalah bagi credit kepada emak saudara the twin ini ~ Thanks Auntie SHILA .. nenek rasa nama babies ni Alina dan Amira kan? Setelah lebih dua bulan , manalah nenek nak ingat nama...   hehehheeh... double standardlah nenek ni buat entry tak ikut tarikh.
Don't cry babies!   Actually.. yang bertudung merah yang memegang baby berbaju merah, auntie Shini juga merupakan anak kembar.  But no no no.... dia bukanlah the twin's mother.  Dan sila abaikan wajah-wajah babies and the aunties tetapi fokuslah kepada auntie yang sedang "peace yo! " kat tengah tu... She's the twin's auntie... Auntie SHILA!  
Nomo.. nomo... nomo... chuayo!  Haish!
Taklah lengkap entry ini tanpa another twin Hassan dan Hussin ini juga.  Mereka kini menetap di Jepun. Mungkin dah besar sekarang agaknya. Dah boleh jalan.. MashaAllah!
Sedikit perkongsian yang perlu diamalkan oleh pasangan muda ~ Doa untuk anak supaya menjadi anak yang soleh dan solehah

اَللَّهُمَّ فَقِّهُّ فِي الدِّيْنِ وَعَلِّمْهُ التَّأْوِيْلَ
(Allhumma faqqihhu fiddin wa a'llimhuttakwil)

Maksudnya: Ya Allah, berilah kefahaman kepadanya dalam urusan agama dan ajarkannya Takwil (tafsir al-Quran).

Teringat ayat famous auntie Alang ni.. kalau dah gerammm sangat kat babies ni rasa nak "pang..pang.. panggg..." hahaha.. mind you bukanlah nak melempang ke apa tapi  "pang pang panggg" ini di kira tahap kegeraman paling atas sekali boleh diberi kepada babies.  Contohnya kalau ada 1-5 bintang... rating " pang.. pang... pangggg "  ialah 5 bintang! Ada faham?.. tak faham?  Lantak koranglah..  janji Alang pahamkan.. hhhhheeeee..
MashaAllah... Bella! Bella!
SubhanaAllah.. Aqil so adorable
Ya ostad... apshal henshem shangat
MashaAllah.. Hadi yang comel
Ya with auntie Aye..  tiba-tiba rasa macam Ya dah besar sangat pulak.. dah tak kakuk lagi ke? hahaha.. comel!
Kesayangan 
Adorable..
MashaAllah... Zahrah dah taknak kat wan ya!
MashaAllah...  gerammm dekat pipi labuh tu
Uncle Halimi .. chupp!
Practical?  hahaha.. uncle Najib ni penggemar babies tegar sejak dulu lagi.. 
Adam said "i wanna baby.. wanna baby.."  "soon .." kata mommy
Alhamdulillah... abang Ngah sudah semakin sihat
Yong Azreen yang baru habis berpantang.  Setakat ni baby comel Yusri Aqeef  (betul tak ejaan ?) adalah the latest edition keluarga Pancaran Kasih untuk tahun 2013.   Welcome baby!
MashaAllah.. comelnya.  Aqeef ngantuklah wan.. no photo please!
2013 welcome all the babies from all this beautiful mommas!  Baby Hadi & momma Ayien sahaja yang off screen. May all the mothers in this whole world be blessed by Allah swt and always in a good health.. amin

“Apabila matinya seorang manusia, terputuslah pahala amalannya kecuali dari tiga perkara iaitu: sedekah jariah, ilmu yang diambil manfaat dengannya dan anak yang soleh yang mendoakan untuknya”
(Riwayat Imam Muslim dari Abu Hurairah r.a.).

Setiap ibu bapa wajib mendidik anak mereka menjadi anak yang soleh dan solehah. Anak-anak adalah amanah Allah swt kepada kita dan sudah pasti akan di tanya berkenaan apa dan bagaimana kita mendidik mereka. Jika tersilap didikan anak-anak mungkin boleh mengheret kita masuk ke Neraka. Justeru itu didiklah anak dengan sebaiknya, pentingkanlah agama daripada dunia semata.

“Ketahuilah bahawa harta-benda kamu dan anak-anak kamu adalah ujian (bagi kamu) dan sesungguhnya Allah di sisi-Nya pahala yang besar”

Apa makna anak yang soleh?

Anak yang soleh bermaksud anak yang 'baik'. Anak yang soleh bukan sahaja anak yang bersopan-santun dan taat kepada ibu-bapa, tetapi juga anak yang menjaga agamanya. Anak yang soleh ialah anak yang ta’at kepada Allah, yang tahu kewajipannya sebagai hamba Allah dan tahu tanggungjawabnya kepada agamanya. Apabila seorang anak dididik dengan taat kepada Allah dan patuh kepada suruhan agama, Insya Allah anak itu akan taat kepada ibu-bapanya dan akan menjaga akhlaknya di mana-mana sahaja ia berada.

Copy paste dari Himpunandoa.blogspot.com

Sleeping beauty.. 
Hero mimpi abah yang jauh dimata
Tidurlah wahai puteri
Dah kalah..
Haish.. takkan dah ngantuk juga ke?  
Suddenly.. kakak Maisara dan abang dah jadi besar bila Marissa lahir.. 
Suddenly.. handsome boy Aliff  pun dah besar
But Ms Little who will be Ms BIG soon..  will forever always be my baby ( walau pun dah pakai lipstick photoshop apa ke benda...hahaha)
LOVE you baby!

Sedikit perkongsian yang perlu dibaca. Perkongsian kepada diri sendiri juga sebenarnya .  Mari bermuhasabah dan merenung diri. Jangan skip ya.. harap baca

Cara -cara menjadikan anak soleh dan solehah
1. Didiklah anak-anak kita mengenali Allah swt
2. Pastikan anak-anak kita sentiasa mendirikan solat dan menjaga ibadah-ibadah wajib yang lain.
3. Bekalkan ilmu agama yang secukupnya kepada anak-anak kita.
4. Hidupkan dalam rumah kita Biah Islamiyyah (suasana keislaman). Antara perkara yang dapat kita lakukan untuk tujuan tersebut ialah;

a) Selalu membaca Al-Quran di rumah
b) Membiasakan solat-solat sunat di rumah
c) Hidupkan budaya memberi salam
d) Praktikkan adab-adab Islam di dalam rumah.

5. Dekatkan anak-anak kita dengan masjid, mushalla atau surau.
6. Tanamkan semangat jihad dan perjuangan Islam ke dalam jiwa anak-anak kita.
7. Tanamkan kepada anak-anak kita sikap cintakan ilmu dan majlis ilmu
8. Perhatikan dengan siapa anak-anak kita berkawan.
9. Mohonlah sentiasa dari Allah agar dikurniakan anak yang soleh
10. Sentiasalah memberi pesanan dan nasihat kepada anak-anak kita

Copy paste dari Himpunandoa.blogspot.com

SAYANGILAH ANAK-ANAK KITA