Macaroni Cheese for iftar

Assalam...

Batuk masih "on" walaupun selsema sekejap "on" sekejap "off".  Habis sebotol Virgin Black Seed Oil telah ditunggang ke dalam tekak.  Mind you.. bukan sekali togok ya. 3 kali sehari x 2 sudu plastik kecil. InshaAllah.. doakan supaya akan segara sembuh.. tak menahan asyik nak bersuara seakan penyanyi Melayu ala-ala Sade "smooth operator" tu.. dah tak ingat namanya.  Amboi! kemain mommy awak nih... nak kata suara serak-serak basah la tew.. hehehe..

Macaroni Cheese juadah berbuka
Rebuslah dulu macaroni ni  dengan air + garam + sesudu minyak = al dente
Ini sos keju.  Buatlah sos keju ni dulu.. tumiskan mentega + tepung gandum = kacau cepat & jangan biar bergentel.  Masukkan susu segar + air suam + cheese = kacau laju-laju sampai balik sana.. apa dalam baju? sekuntum bunga cina.. iyalah tu! hhehe
Sos daging. Tumiskan hirisan bawang putih, bawang merah, dan daging cincang sampai masak. Masukkan sos spagheti + air + pati daging/ayam. Bila dah mendidih, masukkan cendawan butang + green capsicum + apa-apa ajelah.. saya masukkan carrot yang disagat sebab itu sahaja yang ada didalam fridge hari itu..
Kemudian gaulkan bersama macaroni 
mmmm...
Lenserkan minyak pada baking casserole. Ratakan macaroni tu brselangselikan dengan sos keju.  Dua lapisan sudah cukup.  Pastikan lapisan atas dilapiskan dengan sos keju sampai rata. Kemudian barulah taburkan dengan mozzarella cheese atau kalau tiada.. sukahatilah cheese apa pun..
Masukkan dalam oven pada suhu 180 deg C ~ 40-45 min sampai cheese menggelegak.. casserole saya itu bersaiz lebih kurang 20 x 30 cm.  
Bersabarlaa..
Taraaa... dah siap.  Bersabarlah lagi 10 minit nak berbuka tu.. ahaha
Ayah budget boleh bertahan sampai esok raya haji nih..
tahan tak?
Lepas berbuka.. ini sahaja yang tinggal.. hebat!
Kari Ketam special.. juadah berbuka puasa Arafah.
Kesian pada cik crab.. kurang mendapat sambutan sebab dah kenyang makan macaroni sahaja..
Penggemar cheese tegar!!
Tahun depan .. inshaAllah 
SELAMAT MAKAN

Comments

Popular posts from this blog

Dari Sekinchan ke Tanjung Karang.. jom cari kerepek!

Awas.. Kata pujian kepada anak-anak kecil

Nak pakai apa dikolam renang?