JOM Char Koay Teow Sg Dua, KULIM

Assalaam ..

Kesempatan berkunjung  ke Kulim tidak berapa lama dahulu sempena misi pertunangan abanah, menemukan kami dengan cawangan Sg Dua Char Koay Teow yang terkenal itu.  

Whaa.. tidak payah turun ke Penang lagi untuk menikmatinya

Untuk penggemar char koay teow tegar seperti ms little ini, tak payah seberang ke Penang cari nasi kandar beratuq a.k.a line clear pun tidak mengapa
Sabarr... ramai sangat pelanggan, mujur dapat tempat duduk.  Alhamdulillah..
Apa lagi! while waiting..sila berposing
sweet ..
Seperti biasa.. mustilah berbisik-bisik dulu
Ada cerita menarik tu.. sepupu rapat kakak ni muda setahun darinya..apa ada hal.  Teringat semasa kecil.. Aye (nama manja) nak kahwin dengan anjang (mr hubby saya a.k.a bapa sedara kesayanganlah tu!) Kelakar.. zaman kecil2 dulu. How time flies.. dah besar dah Aye.. semakin cantik
Pesanan tak sampai lagi 
Penuh sesak
Masih bersabar.. pengunjung semakin ramai
Dah menguap .. perut berkeroncong.. apatah lagi baru lepas hujan pulak tu.  Apabila sejuk.. perut pun mula terasa lapar
Akhirnya.. tak toleh kiri kanan lagi
Char Koay Teow special.. ada telor mata @ sunny side up
Banyaknya udang
Slurpp.. slurrp.. slurrp kuahnya ya!
Mmmm...
Jemput..
Jemput tengok.. wakakaka
Harga & waktu urus niaga seperti diatas ya.. so rancanglah masa dan perjalanan anda
Telur ayam di basuh trademarknya.. tertera di papan tandanyalah). Insha Allah.. tidaklah kami mengintai ke dapur untuk memeriksanya.  Apa yang pasti.. tukang masaknya memang ramai. Memang di masak sepinggan char koay teow untuk seorang pelanggan, satu demi satu... 

Verdict :  Rasanya sedap..mmmuah mama mia.. tetapi untuk yang menghidap mild eczema (penyakit yang berkaitan kulit) adalah dinasihatkan untuk menyedekahkan udang-udang yang banyak itu kepada penggemar yang tegar.  Makan seekor sudahlah! (berpesan pada diri sendiri..)

Moral of the story :  Takut bila nak tidur malam tergaru-garu.. hehehe... udang kan gatal (untuk yang allergic lah.. dan untuk yang berpantang.. untuk yang pantang jumpa tu.. nasihat dari saya : bedal aja!)

SELAMAT MAKAN

Comments

  1. Salam, baca tajuk tadi mengkonfiuskan.. Sg Dua di Kulim?? He he rupanya char kuew teaw nya yang di Kulim.. memang sedap..

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Dari Sekinchan ke Tanjung Karang.. jom cari kerepek!

Awas.. Kata pujian kepada anak-anak kecil

Nak pakai apa dikolam renang?