Ada rendang kerang..

Tahun ini kami menyambut hariraya Aidil Adha 1434H di rumah kakak di KJ kerana bonda masih disana.  Usai majlis korban di tempat masing-masing maka kami yang berkesempatan mengunjungi emak yang senantiasa menantikan kedatangan anak cucu cicitnya.
Wan tanya "Mana kak ngah? " Kesian wan.. dah lupa kak ngah dah balik ke Akita

Status di FB Ayong Adillah :-
Nur Adillah Mohd Sharif
October 15 via BlackBerry Smartphones App
Penuh meja.. Nasi impit, sate goreng, mi rebus muar, serunding, lontong, rendang, sup tulang, lemang.... Raya potluck style.. 

Photo courtesy Adillah

Nasi impit, sate goreng, mi rebus muar, serunding, lontong, rendang kerang mak ya, rendang ayam mak uda, sup tulang, lemang.... mana satu nak makan ni.  Semuanya membawa juadah masing-masing.
Kak long tak bangun da..dah booking kerusi nampaknya.  Sedap betul mee rebus muar maklang ni katanya
Mak uda & family yang datang dari KKB.  Uncle tiada dalam gambar - ada rendang ayam, rendang rempah dsb~ Photo courtesy Adillah
Sate goreng sangat enak
Kuah kacang
lodeh serba kekurangan isinya.. huhuhu
Rendang kerang special mak Ya.  Habislah jejari dan kuku Pak Teh mengopek kerang.. janji sodap!
Peace! Yang disayang-sayang..
Anak-anak dara saya - sedondon
Our star ~ kak ngah sahaja yang tiada
Atlast.. All the "Alongs" in da house ~ L-R : Along Ezza, kak long Nabila, Ayong Adillah & Along Nurul.  Aik.. along Aliff pun ada.. haish!
Diharap kekasih hati saya ini akan dapat bersabar ya... siapa yang tidak ingin pulang.  Tempat jatuh lagi dikenang, inikan pula rumah sendiri.  Dah kata raya.  Sebenarnya sejak berkahwin, memang saya wajibun pulang setiap tahun beraya haji dirumah emak di KKB.

Akhirnya apabila emak berkata dia bermimpi kucing-kucingnya hilang maka akhirnya kami membawanya pulang ke rumahnya di KKB malam itu juga. Memang dah rindu sangat kat rumahnya sendiri. Dengan senyumannya bersama wajah yang berseri-seri emak ternyata tersangat gembira bila tiba di rumahnya.   Apa lagi kucing-kucing mak yang dirumah pun seolah-olah tahu tuannya dah balik. Comel sangat.. We love you mak!
Taugeh tanaman sendiri.  Akibat terlampau sibuk terlupa taugeh dah tumbuh akar dah..  kata nak jadikan pecal.  
Kuah pecal.. sambal kacang hanya perlu tuang air panas sahaja
Istimewanya sambal pecal ini ialah terdapat cekur di dalam sambal kacangnya.  Sangat sedap jika dimakan dengan hirisan pucuk ubi celur, kacang panjang, tauhu, tempe, timun dsb.
Smile!

SALAM AIDIL ADHA

Comments

Popular posts from this blog

Dari Sekinchan ke Tanjung Karang.. jom cari kerepek!

Awas.. Kata pujian kepada anak-anak kecil

Nak pakai apa dikolam renang?