|
Grill and Steamboat |
Artikel ini di tulis untuk membantu sesiapa yang baru pertama kali ingin mencuba Halal Grill and Steamboat tapi agak kurang faham apakah menunya dan cara-cara untuk menikmatinya serta dimanakah tempatnya yang saya selalu makan. Ini bukan iklan berbayar ya.. harap maklum! Ini hanya tulisan santai sebagai khidmat kepada masyarakat. Semoga bermanfaat.
Grill / Memanggang
Grill kadang-kadang dikaitkan dengan BBQ tapi sebenarnya ia berbeza dari segi teknik memasaknya. Memang sedap bila menikmati makanan yang dipanggang apatah lagi ia merupakan alternatif yang sihat berbanding dengan makanan bergoreng. Katanyalah... namun kadangkala memanggang juga akan membuatkan apa yang di panggang seperti daging akan menjadi kering dan tidak "juicy" kalau dipanggang lama. Kena pandai.. man man menggrill... hmmm.. kalau berpuasa dan menulis artikel tentang grill menggrill ni memanglah mencabar.
|
Tempat memanggang |
Steamboat
Semua rasanya pernah makankan.. tipulah kalau tidak pernah mencuba. Tidak kiralah makan kat rumah ke, kat kedai ke, restoran ke, hotelke.. janji pernah makan. Apa? still tak pernah? Adoi.. habih yang makan Yong Taufu beli kat pasar malam tu bukannya steamboat? .. Ooooo.... oklah.. pernah! pernah! pernah!
Asal kejadian steamboat ni mungkinlah dari .. no no..no.. bukan dari kapal yang menggunakan stim kuasa wap panas tu ya!
Saya akan ceritakan apa yang saya kutip dari wiki tentang steamboat ni ya..
Sebenarnya ia menggunakan periuk panas (hot pot) atau omputih panggil Chinese fondue dan lebih terkenal sebagai steamboat. Dah omputih panggil Chinese fondue maka benarlah ia berasal dari Cina. Orang Mongolia merupakan penduduk asal yang menggunakan teknik memasak seperti ini sejak 1,000 tahun lalu dan divariasikan hingga ke hari ini.
Dahulu di tempat beriklim sejuk dan tiada sistem pemanasan elektrik (heater) untuk memanaskan badan maka untuk memanaskan badan segera maka dipanaskanlah hot pot yang berisi air atau sup ini. Kiranya memanaskan badan + makan. Dan apabila "boiling" atau merenih periuk itu maka bahan mentah seperti pelbagai jenis daging yang dihiris nipis akan dimasukkan ke dalam periuk ini. Selalunya periuk ini akan diletakkan di tengah-tengah meja.. Pelbagai jenis daging, sayuran berdaun, cendawan, wantan, dumplings dan makanan laut juga diterjunkan ke dalam hot pot ini sebagai hidangan.
Adalah penting untuk menyediakan bahan-bahan yang segar sahaja. Kemudian bahan-bahan yang telah masak atau di celur sekejap ini selalunya akan dimakan dengan sos pencicah. Orang-orang Cina memang gemar akan makanan seperti ini. Sebenarnya steamboat ini amat sedap dimakan di kebanyakan tempat yang sejuk seperti di Cameron Highland contohnya. Cuma hari itu agak terkilan sebab tak sempat makan steamboat di salah satu restoran di Cameron Highlands yang terkenal itu kerana tersangatlah "full" rumah makan itu.
|
Dikebanyakkan restoran, pramusaji akan menyediakan periuk atau mangkuk besar yang dituangkan sup berperisa atau kuah tom yam untuk direnihkan. Ada yang pedas dan kurang pedas. Kita akan diajar menggunakan dapur yang disediakan. Pastikan kita berjati-hati dan jauhkan anak kecil dari duduk berdekatan.
|
|
Jika kita membayar untuk menu buffet, kita boleh ke tempat yang disediakan untuk membuat pilihan sendiri makanan yang kita inginkan. Untuk menu budget pula, kebanyakan restoren akan menyediakan hidangannya mengikut harga pakej dan menghidangkannya di atas meja kita.
|
|
Pilih jangan tak pilih |
|
Mommy suka daging.. |
|
Bubur nasi dan nasi goreng panas pun ada |
|
In action!!
Bahan-bahan mentah akan dimasak mengikut cita rasa kita sendiri sama ada di grill atau dimasukkan untuk dicelur/ rebus ke dalam sup yang merenih. Berhati-hatilah ketika beraksi... kerana memang berbahaya.
|
|
Makanan laut seperti kerang, ketam, lala, udang, fishball dsb |
|
In action lagi.. Daging yang lembut jangan di grill terlalu lama kerana hilang kemanisannya. Yummeh! |
|
Apa celup toqq! |
|
Een punya udang tu.. daging tu semua mak punya.. amboih mak ni! |
|
Pastikan makan daging banyak-banyak tu dengan salad juga banyak-banyak = balancing the stone |
|
sampah sarap |
|
eeneeneeneen |
|
Dah kenyang.. mulalah buat eksperimen tu.. abanGG! |
|
Grill lagi.. jangan tak grill |
|
Actually kita celebrate b'day my hero ni yang ke 16thn |
|
Peace |
|
eeneeneeneeneen |
|
Tak menang tangan.. menggrill |
|
Alhamdulillah.. |
|
Actually kita celebrate Daddy's Day juga tapi daddy juga yang belanja |
|
Terimakasih ayah! |
|
Selain bubur, nasi goreng, mee goreng, sup tulang, bubur pulut hitam, bubur jagung dll terdapat pelbagai seleksi "appetiser" juga minuman panas dan sejuk dan kudap-kudapan. Pencungkil gigi pun ada. |
|
Pesanan dari mommy : Sebelum balik tu makanlah bubur atau mee goreng pulak ya.. sebab takut lapar balik .. kat rumah mak dah tutup kitchen.. huhuhu..
Anak-anak kata : Haish mak ni.. dah kenyang kot!!!
Emak : Mak saja kot.. hahahha
|
|
|
Rumah makan ini beralamat seperti di bawah namun kini ia tidak lagi beroperasi di sana. Harap maaf untuk alamat yang diberikan.
A-11-1, Jalan Lazuardi 7/1, Seksyen 7, Shah Alam (Berhampiran Worldwide @7)
Ia merupakan cawangan kepada Kalumpang Grill & Steamboat yang terletak di Kalumpang Resort and Training Centre di Kalumpang, Hulu Selangor |
|
Pemiliknya berbangsa Melayu dan beragama Islam. Kadar untuk seorang makan (kalau tak silap) ialah RM20 untuk seorang dewasa dan RM10 bagi kanak-kanak 5-12 tahun tanpa limit masa tetapi caj akan dikenakan jika terdapat pembaziran. Makan biar berhemah ya..
Kalau nak bawa girlfriend yang malu-malu nak makan.. adalah satu pembaziran.. jangan marah girlfriend!. Sangat enjoy and have fun kalau makan bersama keluarga sahaja.. kerana bila adik tak habis, abang boleh perabihkan.. dan vice versa. Tak gitu? Dengar nasihat pakar nih.. ahahaha.. |
Verdict : Seperti kebanyakan grill dan steamboat di mana sahaja kat dalam negeri ni.. tong gas adalah diletakkan berdekatan dengan meja makan. Membuatkan hati dan jantung mak sentiasa berdebar-debar sambil makan.
Namun inilah yang dinamakan cabaran sambil makan.. apatah lagi jika ada miss little tu yang asyik bertukar tempat dengan emak dia sebab " Mak.. minyak asyik merecik nak kena kat muka een aja".. aduhai... atau " Mak... sotong ni asyik meletup!" .... MashaAllah.. cabaran emak makan tak tenang..huhuhu..
Namun dibandingkan dengan nilai (RM = Harga) adalah separuh lebih murah dari makan di T Seoul atau Seoul G (bukan nama sebenar.. heee) itu. Walau pun begitu.. di Seoul G tahap ketenteraman semasa makan jika diukur mengikut debaran hati dan jantung adalah stabil kerana dapur grill dan steamboat menggunakan elektrik dan bukan gas. Apa pun tahap keselamatan perlulah di utamakan oleh pemiliknya dengan memastikan saluran gas atau elektrik sentiasa di "upgrade and up to date". Hanya Allah swt yang Maha Mengetahui dan Maha Melindungi.. aamiin..
Kini terdapat banyak restoren di Klang dan Shah Alam yang menyediakan hidangan grill dan steamboat ini. Terpulanglah kepada anda semua untuk pergi mencubanya. Mungkin sedap bagi saya dan sebaliknya bagi anda.
Moral of the story : Sesiapa yang nak belanja saya makan disini.. Alhamdulillah.. dipersilakan..
SELAMAT MAKAN-MAKAN
rehannnnn
ReplyDeletekocaman sevgiler:)
selamun aleykum
Waalaikummussalam.. Hello and happy reading!
Deletesaya nak beli periuk untuk steamboat
ReplyDeleteHaji Lan...
ReplyDeleteIt's remarkable to pay a quick visit this sitfe aand reacing the views of all mates regarding thios article, while I aam akso eager of getting knowledge.
ReplyDelete