Assalamualaikum kekasih ilahi
Cuti sekolah masih panjannnggggggggggggggggggg!
Untuk yang tidak beraya ke mana-mana .. apa kata bawa anak-anak naik ke dataran tinggi ini.
Sekarang ini trend beraya sambil bercuti bukan hanya balik ke kampung halaman sahaja. Pusat peranginan dalam negeri dan hotel merata "fully booked" sahaja. Jiran di hadapan rumah berbangsa Cina dah lama pergi bercuti dengan meninggalkan pengawal keselamatan yang berkawal di laman rumah. Cuti panjangkan...
Awal Ramadhan lalu pernah juga terfikir untuk beraya berdua di Egypt bersama anakanda di sana tetapi apabila menatap wajah emak dan emak mertua yang sudah uzur. Hasrat terpendam kami simpan dalam diam. .huhuhu... berani nak raya kat luar tu ya! hahaha....
Berayalah bersama ayah bonda selagi hayat mereka masih ada..
Sekadar gambar buat pencuci mata..
|
Selamat Hari Raya Aidil Fitri |
|
Bunga mekar pengganti diri |
|
Ampun maaf di pinta |
|
Dari hujung rambut hingga ke hujung kaki |
|
Kalau ada tulisan yang mengguris hati |
|
Jangan di simpan dalam hati |
|
Kelak menambah luka yang dalam |
|
Jika disimpan di dalam diam |
|
Tulisan bukan untuk meninggi diri |
|
Jauh sekali untuk bermegah-megah |
|
Tulisan sekadar coretan kepada anak-anak dan keluarga tercinta serta handai dan taulan |
|
Satu masa dulu (katanya) kita adalah satu keluarga |
|
Maka titipan kenangan untuk semua ini |
|
Hanyalah sekadar buah cinta kita semua |
|
Untuk dinikmati |
|
bersama-sama |
|
Indahnya kenangan manis |
|
Bukan hanya kemanisan sahaja tetapi pahit hempedunya juga |
|
Ya Allah.. berpegang teguhlah mereka dengan tali Allah swt |
|
Teguhkanlah iman kami dengan amal dan takwa |
|
Ya Allah.. kami hanya insan biasa-biasa yang tidak punya apa-apa |
|
Sekadar tulisan untuk dijadikan peringatan dan teladan |
|
sweet yam yang sangat sedap.. panas-panas dari pengukus |
|
Sedap.. tak tipu! |
|
strawberry is a must |
Akhirnya..
|
Hello.. hello! cantik tak rambut raya saya? ~ status retis di pagi raya kat fb.. hehehe..
|
|
Pesanan untuk diri dan keluarga dan semua : Ada lah lebih cantik kalau menutup aurat.. tak gitu? Pahala dapat.. dosa tiada.. peace! |
Pesanan terakhir untuk sesiapa yang sihat dan mampu untuk melakukannya.. apalah sekadar 6 hari berbanding dengan ganjarannya.. InshaAllah..
SELAMAT BERBUKA PUASA
Comments
Post a Comment