Resepi Penang Char Koay Teow
Istimewa untuk kak long dan kak ngah.. dan semua penggemar Penang Char Koay Teow especially my ms little yang bila sudah "BIG" nanti
Untuk yang masih kempunan nak buat Penang Char Koay Teow atau yang dah buat dan masak berkali-kali namun rasanya setakat boleh makan aje.. tapi still terbuku rasa dihati dengan satu soalan
" Napelah mak gue masak kuey teow basah ni tak seenak dan tak se 'ummph' seperti yang di jual di pasar malam Tabung Haji KJ tu.. "
Pesanan khidmat masyarakat ~ jangan salahkan mak.. salahkan diri sendiri ya.. nape tak masak?
Alhamdulillah.. selamat mencuba dengan jayanya dengan mengikuti resepi yang di copy paste dari che'iza@myresipi.com ini ya!
Bahan-bahan ( 2 org )
* UTK PASTE *
200 gm udang
250ml air
4 ulas bawang putih di ketuk
6 sb sos tiram
3 sk kicap pekat
3 sb kicap manis
1 sk petis
2 sb pati ikan bilis / pati udang
2 sk garam (kalau sos tiram masin kurangkan 1sk)
1 sk gula
200 gm udang
250ml air
4 ulas bawang putih di ketuk
6 sb sos tiram
3 sk kicap pekat
3 sb kicap manis
1 sk petis
2 sb pati ikan bilis / pati udang
2 sk garam (kalau sos tiram masin kurangkan 1sk)
1 sk gula
* UTK MEE *
300 gm kuey teow
1 sb cili boh
kerang
sedikit kucai & taugeh
2 biji telur
Cara-cara
3 sk kicap pekat gantikan dengan 3 sk kicap masin
1 sk petis gantikan dengan 1 kiub ikan bilis
Daun kucai gantikan dengan daun bawang
300 gm kuey teow
1 sb cili boh
kerang
sedikit kucai & taugeh
2 biji telur
Cara-cara
UTK PASTE- Rebus udang dgn air. Bila udang hampir masak, angkat udang dan ditoskan airnya. Air rebusan jgn buang....
Campurkan semua bahan utk paste dgn air rebusan udang tadi, reneh hingga menjadi paste yg agak pekat. Matikan api biarkan paste sejuk dan bolehlah simpan dlm fridge.
UTK MEE- Tumis lada boh hingga garing. Masukkan dlm 4sb paste td. Masukkan udang yg telah direbus td n kerang. Biasanya penang char kuey teow agak berkuah so letak sikit air dlm 1/2 cwn.
Air didih masukkan kuey teow, kucai, taugeh n kacau rata. Pecahkan telur, kacau dan bolehlah diangkat. Proses memasak kuey teow ni dlm 3-4 min sj, pastikan api kuat semasa memasak.
**Paste ni selalu depa guna tuk meniaga so udang yg direbus mmg depa pakai. Tapi utk kegunaan sendiri kalau tak nak rebus ngan udang pun boleh tp petis kena tambah lg, jd 1sb. Paste ni juga sepatutnya sudah cukup masin dan manisnya so tak perlu letak lg garam n gula masa masak buat kuey teow tp kalau rasa cam tawar leh adjust eh...... (kena cakap loghat utara ya.. nama pun Penang Char Kuey Teow)
Amacam.. rahsianya terletak pada petis dan pati ikan bilis ya tuan2 dan puan2... tapi kalau ada diantara bahan-bahannya tiada dalam "fridge" hangpa .. bolehlah adjust seperti apa yang saya buat..
1 sk petis gantikan dengan 1 kiub ikan bilis
Daun kucai gantikan dengan daun bawang
Soalan cepumas ~ Mana nak dapat petis atau pati ikan bilis nih?
Jawapan ~ kat TESCO pun ada di jual.. atau kalau (tak berapa nak malu) ada jiran-jiran oghe kelate.. mu ngoya' le skitt...
***
Kalau nak kawwww kaw.. sila makan dengan hirisan cili hijau besar jeruk ya!
Soalan cepuk kang ~ Cili hijau tu camne? kat ne?
Jawapan ~ kat ECONSAVE/TESCO pun ada di jual yang di dalam botol tapi kalau cuak dengan cara pembuatannya.. maka boleh buat sendiri
Cara ~ Hiris serong tak berapa nak nipis cili besar hijau tu dan masukkan dalam mangkuk. Didihkan air panas, kemudian tuangkan dalam mangkuk tadi setakat tenggelam cili. Masukkan gula setakat 2 sb dan 1 sb garam dan biarkan bahan2 tu menjiwai cili itu selama 10-15 min. Ini untuk yang pantang makan cuka ya.. tapi suka hatilah kalau nak bubuh cuka .. cara ni my SIL ~ Puan Siti Hapsah yang ajari.. (ingat-ingat lupa da... nampak sangat buat sekali lepas tu tak pernah buat lagi)
SELAMAT MENCUBA
Comments
Post a Comment