TOUCH-DOWN.
She loves to write and travel. A good listener and does a lot more than just literally listen. Follow her on her online journey.
We meet again
Get link
Facebook
X
Pinterest
Email
Other Apps
-
Guide me all the way.. sila klik
Masha Allah... cantikkan? actually this photo belong to my daughter, kak ngah Nur Amira Ilyani.. taken while she visited Sendai in Japan weeks ago.
Sabtu yang padat dengan jemputan. Namun sempat menjengah seketika ke Selayang Baru memenuhi jemputan sahabat lama kami iaitu Puan Azimah Zakaria yang melangsungkan majlis perkahwinan anak perempuannya.
We meet again ~ Meh kita berkenalan... Berdiri di sebelah saya itu ialah kaksu atau Puan Mazita Abdul Ghafar, sebelah kaksu ialah Zah atau Puan Zaharah Ahmad. Duduk di hadapan ialah Dah atau Puan Sharidah Redzuan dan emak pengantin perempuan, Puan Azimah Zakaria. Harap saya tidak tersilap ejaan nama ..
Wakil dari kawan lelaki ~ Icam atau nama penuhnya Shamsul Anuar Kahar yang datang bersama keluarganya. Maaflah Icam.. touch-down ai lalu kat muka you! But no worry.. kehenseman you ..still menyerlah.. hehehe
Perasaan? Hmmm.. mestilah excited lebih sebab nak jumpa gang lama. Ternanti-nanti siapalah yang akan datang.. Borak? Taklah borak sangat .. camna nak borak, datang pun macam angin aja.. balik pun macam ribut taufan.. nasib baik majlis belum habis lagi. Namun kalau lambat seminit.. meja dan kerusi pun nyaris-nyaris siap nak di angkat da.. hhhh.. joke aja!
Photo courtesy Puan Zaharah Ahmad ~ Dulu kak Mim, kemudian Hasnah, kini Zimah pula dah bermenantu.. siapa lagi lepas ni ya?
Inilah pasangan pengantin baru.. wajah anakanda Azimah saling tak tumpah seperti wajah ibunya semasa muda remaja.. tahniah! semoga berbahagia dan berkekalan hingga ke syurga.. amin..
Alhamdulillah sudah dapat berjumpa lagi, seharusnya bersyukur .... Insha Allah jika ada umur yang panjang dapat kita berjumpa lagi. Terima kasih semua. I'll cherised it for the rest of my life...
Alhamdulillah... berjodoh bertemu Adah atau Puan Nor Saadah Dato' Hj Tajuddin di KKB pada minggu berikutnya pula. Sihat wal afiat cik adik ni. Lama dah tak jumpa.. bila berjumpa mulalah nostalgia zaman sekolah berulang lagi. Adah ini junior saya setahun. Kini bergelar "business woman". Mempunyai kedai dobi dan kedai alat tulis di pekan KKB. Tumpang bangga!
Bila dah tua-tua ni..mulalah kata "school days were the best days of our life " (alkononnya..) namun bagi saya dalam hati still berkata-kata " school holidays are the best day ever! " haish... jangan marah cikgu! hahaha...
Latest collection.
Ibu cantik dah melahirkan tiga ekor "kitten" yang sokmo comel. Dan yang se ekor di atas ni adalah favourite ayah. Ketiga-tiga ekor ni sudah di beri nama. Binar, Bening dan Berlian... Cer teka mana satu Berlian? Kali ni kalau betul tak dapat hadiah. Dapat cium Berlian sahaja.. hahaha
Bertemu lagi hari ini .. as always juga pagi Ahad kelas mengaji berjalan seperti biasa. Setelah "housework" agak settle marilah kita sambung lagi ya tentang nota dari al ustaz ** MashaAllah.. Hassan dan Hussin merah pipinya. Berangan kalaulah dapat cucu kembar.. hhaha.. amin.. Di entri sebelum ini ada diselitkan doa mustajab untuk anak-anak untuk menghindari segala jenis penyakit terutama wabak penyakit berjangkit. Kali ini masih berkisar tentang kata-kata pujian lagi tetapi kata-kata pujian terutama kepada anak-anak serta bayi-bayi yang masih kecil. Ustaz berpesan kepada semua apabila kita hendak memuji haruslah berlapik kerana dikhuatiri akan terkena penyakit mata iaitu musibah yang akan menimpa kanak-kanak kecil dan bayi. Jujur memang saya ada membaca tentang penyakit mata yang dikaitkan dengan bayi-bayi ini akibat dari kata-kata pujian terhadap mereka tetapi kurang arif apakah sebenarnya yang dikatakan dengan "pen...
Pertama kali sampai di Sekincan untuk menghadiri majlis perkahwinan. Walaupun majlis sudah hampir ke penghujung tetapi alhamdulillah... kami berjaya sampai ke destinasi yang di tuju apabila melihat "banner" pengantin mengalu-alukan kedatangan para jemputan di simpang jalan masuk. Ben dan Adha Buah Sukun Cuaca amat baik sekali. Seronok melihat buah-buahan seperti buah nangka dan buah sukun bergayut-gayut. Melihat keterujaan anak-anak kami membezakan antara buah cempedak dan nangka. Melihat mereka keseronokan menikmati ais cendol dan bubur kacang sebagai pencuci mulut sementara saya dan suami tidak henti mengunyah rempeyek kacang hijau yang sungguh sedap dan ranggup disulami air sirap sejuk dari gelas melamine yang berlambang..ops.. lihat foto.. jangan marah ya! sirap special "Selamat Pengantin Baru" untuk kedua pengantin, semoga berbahagia dan berkekalan hingga ke akhir hayat.. dalam keberkatan limpa...
Assalam Salam pagi ISNIN yang cerah <3 Lama dah nak bercerita tempat "happening" ini. Ini bukan di pengkalan nelayan jauh sokmo di Pangkor nun.. di Port Klang pun bukan. Pengkalan Nelayan ini betul-betul di belakang rumah Teh Marfizah anak buah mr hubby. Whaaa... terujakan... tapi rumah Fizah tu di mana? hahahha... JOM layan foto2 menarik ini dulu ya :) Nah.. ambillah ikan2 ini sorang seekor! Bersama anak2 buah dan cucu2 saudara. Seronoknya Haziq tu :D Inilah dia Pengkalan Nelayan Jalan Genting. Terletak di Bt 4 Rantau Panjang, Klang. Tidaklah saya tahu selama ini ada jeti nelayan di sini. Ikan2 yang di bawa naik dari laut di sini memang ikan2 yang baru dan segar. Verdict : Kepada semua pelanggan2 tegar di Pengkalan Nelayan ini "ikan segar" yang baru naik amatlah di nantikan. Namun semuanya bergantung kepada nasib juga. Nelayan2 akan naik ke darat mengikut waktu mereka. ...
Comments
Post a Comment