TOUCH-DOWN.
She loves to write and travel. A good listener and does a lot more than just literally listen. Follow her on her online journey.
It's June again..
Get link
Facebook
X
Pinterest
Email
Other Apps
-
Jun kembali lagi..
Again.. i dedicated this Maher Zain's song to all of us.. Paradise it's not a dream, it's so true.... pls click
Mengakhiri bulan May dengan merendang "Lamb Stew Black Pepper" untuk salah satu hidangan tambahan buat kenduri kak lang di Seksyen 20. Walaupun hujan rahmat turun tersangat lebat namun usai majis tahlil dan bacaan Yasin di surau.. suasana kembali reda apabila jemputan mulai menikmati jamuan makan malam. Berbagai lauk-pauk yang enak siap tersedia untuk dinikmati tetamu bersama nasi panas. Alhamdulillah.. semoga doa-doa kita dimakbulkan di kala hujan sedang turun dengan lebat... amin " Hujan adalah harapan kerana setelah hujan ada pelangi dan itu artinya setelah penderitaan dan airmata pasti ada senyuman dan kebahagiaan " ~ petikan dialog dalam TVM "Asmara di Bawah Hujan" lakonan Asmirandah dan Jonas Rivanno
My lamb stew black pepper.. it's ready!
Rempah stew yang telah pecah minyak.. menunggu kehadiran "lamb" yang tak kunjung tiba.. huahua..
sos lada hitam.. wajibun ada!
Alhamdulillah.. emak mertua juga kembali sihat seadanya selepas di masukkan ke hospital akibat keuzuran. Dan emak berkongsi kegembiraan juga kerana di kurniakan dengan dua orang cicit lelaki baru, yang lahir di pertengahan bulan Mei dan awal Jun ini. Tahniah untuk abang Ngah Izwan serta Liza sekeluarga dan abang (Fid Fathir) dan Ayien ! Semoga baby membesar menjadi anak-anak yang soleh.. amin
Perkhidmatan ambulan yang bermanfaat untuk kemudahan pesakit yang uzur ke hospital. Apatah lagi ia terletak bersebelahan dengan rumah bapak, di belakang rumah ateh di Seksyen 4. Caj RM200 (betulkah? ) untuk sekali perkhidmatan dari rumah ke hospital di Seksyen 20.
early lunch
menikmati Lai chee kang
Alhamdulillah.. emak kelihatan kembali sihat setelah mendapat rawatan sempurna dan juga kunjungan dari anak-anak, cucu dan cicit sekalian.
Adegan yang biasa kita lihat di waktu melawat wan di hospital..
Cuba teka.. buah apa? pandai! buah laici. Siapa adik yang manis dapat buah laici yang manis..
Pokok sireh mak dah menjalar naik ke atas bilik kakak... dua hari semalam ia di badai oleh angin menyebabkan kebanyakannya jatuh menyembah bumi.. sayangkan..
Alhamdulillah.. sempat juga di petik
Besar-besar daunnya
Kedatangan bulan Jun di mulai dengan meraikan majlis merisik dan pertunangan Zul Azwan anak kak lang my SIL di Kg Melayu Subang. Di sebabkan bapak tiada kerana menunaikan umrah, ayah telah berjaya "membooking" bagi pihak Zul Azwan.
Ayah mengatur bicara ~ "keluarga kami ramai.."
Rupanya keluarga di sana pun ramai juga. Alhamdulillah.. "hajat untuk membawa sedulang hati nyamuk" sudah pun diterima.. amin..
Bermanfaat juga daun sireh mak itu.. first time dipetik untuk majlis pertunangan. Creation by Angah Jaja.
Hadiah Iringan
7 jam untuk menyiapkan dekorasinya oleh ibu yang sarat mengandung.. hasilnya "Truly Awesome!" Sesiapa yang teruja sila layari website di bawah :-
Buah-buahan ~ sebahagian dari bingkisan pihak tuan rumah
Insha Allah.. Semoga majlis silaturrohim ini dilimpahi rahmat dan keberkatan dari Allah swt. Dan juga semoga ikatan pertunangan ini berakhir hingga ke jinjang pelamin. Tahniah buat Zul Azwan dan Amira.
Hubby tite dapat "tidnap" tittle tirl ni...ada sesapa nak jeles? hehehe... Fadya yang cool...
Bertemu lagi hari ini .. as always juga pagi Ahad kelas mengaji berjalan seperti biasa. Setelah "housework" agak settle marilah kita sambung lagi ya tentang nota dari al ustaz ** MashaAllah.. Hassan dan Hussin merah pipinya. Berangan kalaulah dapat cucu kembar.. hhaha.. amin.. Di entri sebelum ini ada diselitkan doa mustajab untuk anak-anak untuk menghindari segala jenis penyakit terutama wabak penyakit berjangkit. Kali ini masih berkisar tentang kata-kata pujian lagi tetapi kata-kata pujian terutama kepada anak-anak serta bayi-bayi yang masih kecil. Ustaz berpesan kepada semua apabila kita hendak memuji haruslah berlapik kerana dikhuatiri akan terkena penyakit mata iaitu musibah yang akan menimpa kanak-kanak kecil dan bayi. Jujur memang saya ada membaca tentang penyakit mata yang dikaitkan dengan bayi-bayi ini akibat dari kata-kata pujian terhadap mereka tetapi kurang arif apakah sebenarnya yang dikatakan dengan "pen...
Pertama kali sampai di Sekincan untuk menghadiri majlis perkahwinan. Walaupun majlis sudah hampir ke penghujung tetapi alhamdulillah... kami berjaya sampai ke destinasi yang di tuju apabila melihat "banner" pengantin mengalu-alukan kedatangan para jemputan di simpang jalan masuk. Ben dan Adha Buah Sukun Cuaca amat baik sekali. Seronok melihat buah-buahan seperti buah nangka dan buah sukun bergayut-gayut. Melihat keterujaan anak-anak kami membezakan antara buah cempedak dan nangka. Melihat mereka keseronokan menikmati ais cendol dan bubur kacang sebagai pencuci mulut sementara saya dan suami tidak henti mengunyah rempeyek kacang hijau yang sungguh sedap dan ranggup disulami air sirap sejuk dari gelas melamine yang berlambang..ops.. lihat foto.. jangan marah ya! sirap special "Selamat Pengantin Baru" untuk kedua pengantin, semoga berbahagia dan berkekalan hingga ke akhir hayat.. dalam keberkatan limpa...
Assalam Salam pagi ISNIN yang cerah <3 Lama dah nak bercerita tempat "happening" ini. Ini bukan di pengkalan nelayan jauh sokmo di Pangkor nun.. di Port Klang pun bukan. Pengkalan Nelayan ini betul-betul di belakang rumah Teh Marfizah anak buah mr hubby. Whaaa... terujakan... tapi rumah Fizah tu di mana? hahahha... JOM layan foto2 menarik ini dulu ya :) Nah.. ambillah ikan2 ini sorang seekor! Bersama anak2 buah dan cucu2 saudara. Seronoknya Haziq tu :D Inilah dia Pengkalan Nelayan Jalan Genting. Terletak di Bt 4 Rantau Panjang, Klang. Tidaklah saya tahu selama ini ada jeti nelayan di sini. Ikan2 yang di bawa naik dari laut di sini memang ikan2 yang baru dan segar. Verdict : Kepada semua pelanggan2 tegar di Pengkalan Nelayan ini "ikan segar" yang baru naik amatlah di nantikan. Namun semuanya bergantung kepada nasib juga. Nelayan2 akan naik ke darat mengikut waktu mereka. ...
Comments
Post a Comment