Cultural Village.. JOM Sarawak!

Musim cuti yang masih berbaki lagi.  Hmm.. yang tidak tahu nak kemana tu mehlah kita "fly away" ke Kuching.  Dah lama nak bercerita pasal our honeymoon ke Kuching ni tapi takut pulak ada yang nak  ter " bluekk" bila cakap pasal honeymoon lagi ni.  Orang tua berdua ni asyiklah nak ber "honeymoon" aja...  tapi tak mengapa.. ada saya kisah.. hhhhh..



This beautiful song was specially dedicated to me by kak long.. and i dedicated it back to  both of my mom and children.. me as a daughter and a mommy love you all so much!

Kami berdua ke Kampung Budaya Sarawak @ Sarawak Cultural Village (KBS) ini pada hari terakhir sebelum nak balik ke KL keesokan harinya.  Bayangkan dengan memandu kereta pinjam dari seorang kawan yang menetap di sini,  tanpa tour guide dan hanya berpandukan GPS yang "!!*<&?%>$$##!!" (ikut sukati dia aje GPS ni), kami meredah jalan ke Santubong.  Dalam perjalanan yang amat panjang dan dengan masa yang amat suntuk kerana di sebelah pagi kami telah ke destinasi yang lain.  Mind you.. takde tanda jalan menunjukkan arah ke KBS.  So.. meredah ajalah.  Kampung Budaya Sarawak yang berkeluasan 17 ekar ini terletak di pantai Damai di kaki Gunung Santubong.

sayup di kejauhan.. Gunung Santubong


"Gunung Santubong Gunung Sejenjang.. penjaga gunung dari Sarawak.." amboi.. nyanyi-nyanyi pulak!

Mr hubby memang telah pernah datang ke KBS ini beberapa tahun sebelumnya.  Teringat di zaman CMM dahulu, staf yang bekerja selama 10 tahun akan dapat "award" ke Kuching.  Best masa tu.. Boss besar the late Mr Brian E Cossar, a New Zealander akan  memberi ganjaran dalam bentuk "travel tours" sebagai penghargaan kepada staf yang telah lama bekerja.  Namun kini semuanya hanya tinggal kenangan. Kali ini memang kami mengejar masa.  Saya mesti pergi! That is my decision.  Oh yea.. it's a MUST.  Rugilah dah ke Kuching tapi tak singgah ke KBS. Kami tiba di sana lebih kurang pada pukul 3 petang.




Kampung Budaya Sarawak menjadi tuan rumah kepada festival muzik tradisional  sedunia yang dianjurkan setiap tahun di sini

Kampung Budaya Sarawak ini merupakan sebuah perkampungan yang menempatkan rumah-rumah berbagai kaum yang tinggal di Sarawak.  Terdapat rumah kaum Iban,  Bidayuh, Melayu, Melanau, Orang Ulu, kaum Cina dan Orang Penan di mana setiap rumah-rumah ini akan mempunyai aktiviti yang dilakukan oleh setiap masyarakatnya.   Ia merupakan Muzium Hidup ~ "the living museum"  yang terbesar di dunia ( lebih kurang 150 orang penduduk) dimana kita akan dapat berinteraksi dengan artis-artis (pekerja kebudayaan) yang akan menunjukkan pelbagai cara hidup masyarakat yang berbilang kaum di Sarawak.  Dengan bayaran sebanyak RM60 seorang bagi orang dewasa kami melakukan lawatan paling cepat kategori "hari ini dalam sejarah".  Kenapa???  Ini adalah untuk mengejar pertunjukan kebudayaan yang dipertontonkan dua kali setiap hari.  Sekali pada pukul 11.30 pagi  dan sekali lagi pada pukul 4.30 petang.  Habis... sampai sahaja dah pukul 3.00 petang, maka istilah "shortcut tour" pun terjadilah. 


Di raikan dengan penari kebudayaan yang cantik jelita ini

Rumah Bidayuh..  dari kejauhan seperti pondok besar yang bulat berpandukan pada atap nya.  Ia juga merupakan rumah panjang yang sama seperti rumah kaum Iban  kecuali penempatannya di bina di pedalaman tanah tinggi untuk mengelakkan dari musuh (tujuan keselamatan).   Atapnya di perbuat daripada rumbia atau sagu dan dindingnya daripada buluh.
Rumah yang baru dan moden



Rumah Penan.  Mengenali masyarakat Penan melalui pembacaan adalah amat menyedihkan.   Lihat sahaja bagaimana keadaan rumah-rumah mereka.  Hanya seperti pondok-pondok berjual buah tanpa bilik dan separuh dinding sahaja.  Atap dan dinding di perbuat dari daun Rumbia sahaja.  Mereka ini hidup secara nomad dan sering berpindah-randah.  Tidak hairanlah rumah pasang siap ini menjadi hanya "tanda" mereka pernah ada di sana sahaja.  Cuba bayangkan.. Sila baca artikel mengenai kaum Penan yang penuh dengan kontroversi ini.  

Mereka hidup dengan hanya bergantung sumber daripada hasil hutan sahaja.  Akibat dari kerakusan   manusia melalui kerja-kerja pembalakan , hasil pencarian hidup kaum Penan yang bergantung sepenuhnya kepada hasil hutan terhapus dengan cepatnya.  Mereka ini kebanyakannya berada di Limbang, Bintulu dan Ulu Baram.  Pernah dengar mengenai Bruno Manser dari Switzerland yang berkait rapat dengan orang Penan?

Mereka mempercayai kayu-kayu ini berupaya menghalau makhluk halus yang sering menganggu mereka di hutan

Masha Allah .. tingginya.  Inilah rumah panjang Orang Ulu.  Orang Ulu ialah nama yang diberi kepada lebih kurang 27 etnik kaum yang diantaranya  terdiri daripada orang Kenyah dan Kayan yang terkenal itu.  Sila fokus pada tiangnya yang diperbuat dari kayu berlian.  Tingginya...  tak payah sambung-sambung.  Kayu berlian ini tahan hingga beberapa ratus tahun tanpa dimakan oleh anai-anai.  Sila layari laman web tertera untuk lebih lanjut :
http://www.journeymalaysia.com/MCUL_orangulu.htm

Harus menaiki tangga tinggi ini untuk ke atas rumah panjang

Inilah beranda di rumah Orang Ulu

Dinding mural yang sangat artistik.. 


Di antara sebahagian hiasan di dalam rumah 

Wanita Melayu Sarawak yang tersangat peramah ini menjual makanan tradisional bergoreng yang di masak secara "live"

Untuk mengelakkan lantai licin, papan ini di kerok.. kreatif dan memerlukan kesabaran 


Hendak naik amat mudah, hendak turun sangat gayat.  Tangga yang curam dan tinggi.  Rumah ini di bina amat tinggi untuk menggelakkan dari banjir dan tujuan keselamatan dari pihak musuh.

Mari kita ke rumah kaum Iban pula.. Ia di bina dengan begitu tegap sekali  supaya bertahan selama 15 - 20 tahun bergantung kepada kesuburan tanah di persekitaran.  Kaum Iban ini juga dikenali sebagai Dayak Laut.

Di sini terdapat juga demontrasi menenun kain pua kumbu yang di buat secara tradisional

Pelancong juga dapat menyewa pakaian tradisional  untuk bergaya dan berangan "extra".. MashaAllah..  comelnya adik kecil ni  ..

Uniknya rumah Iban ini ialah ia mempunyai koridor yang panjang di luar pintu rumah dan ia amat memudahkan bagi mereka untuk melakukan   acara keramaian kerana keluasan yang begitu selesa.

JOM turun..

Rumah Melanau ini pula merupakan rumah  yang dibina dengan sangat tinggi ~ 40 kaki dari tanah.  Sekampung boleh tinggal di dalamnya kerana ia di bina tiga tingkat.  Tingginya..  Lelah memanjat tangga terubat lega mendengar alunan muzik tradisional Sape.   Mereka yang bukan beragama Islam mempercayai makhluk halus yang dipanggil Ipok.  Kini mereka tinggal di rumah yang sama seperti masyarakat Melayu.  Penempatan awal mereka ialah di Mukah.  Kalau tidak silap sahabat lama kami semasa di SMKKKB iaitu Mary  berketurunan Melanau dan beragama Kristian.  Namun mirip wajahnya seperti Pan Asian sahaja.    
Rumah Melanau dari arah depan
Patung yang di ukir menghiasi segenap tamannya

Jambatan Bidayuh 

Rumah kaum Cina yang  moden berbanding rumah-rumah yang lain.  Menggunakan papan dan atap rumbia serta berlantai rendah seperti rumah biasa di kampung-kampung baru Cina. Kebanyakannya adalah peniaga dan peladang.  Mereka ini menanam lada hitam.  
Di belakang itu adalah rumah Melayu.  Di dalamnya ada demo cara membuat kuih-kuih tradisional seperti kuih kapit.  Terdapat juga pelamin pengantin untuk istiadat perkahwinan masyarakat Melayu. Senibina rumah kayunya penuh dengan ukiran seperti rumah melayu kampung di semenanjung.
Papan tanda arah

Jambatan yang sangat kuat daripada buluh

Rumah ini kelihatan begitu misteri.. disebabkan  lawatan "short cut" ini,  kami tak sempat singgah..

Tattoo








Alhamdulillah.. setelah selesai membuat siri lawatan kerumah-rumah ini kini tibalah masanya untuk "show time".  Ramai betul pelancong yang datang berkunjung sama ada dari dalam dan luar negara.  Kami berjaya mendapat tempat duduk yang selesa.  Terpukau dengan berbagai pertunjukan tarian kebudayaan dari berbagai etnik  yang dipertontonkan.  Penonton bertuah juga di pilih untuk sama-sama memeriahkan pertunjukan sumpit belon.  Kami amat terhibur dengan persembahan ini yang dipenuhi dengan gelak tawa.  Persembahan di akhiri dengan penonton di ajak beramai-ramai untuk naik ke pentas untuk menari bersama penari-penari.  Emak kamu yang pemalu ini, terus melekat di kerusi dengan senyum simpul menggelengkan kepala apabila di ajak oleh penari-penari yang comel-comel sokmo itu ke pentas.  Buang tebiatlah kalau tetiba mak naik ke atas pentas... astaghfirullah hal azim..

Ayah di pintu masuk Kampung Budaya Sarawak..  Sayonara!

Sempat bergambar berdua.. gambar ini di ambil oleh seorang pelancong asing

Kami di arah untuk posing di sini pulak.. hehehe.. jeles tak?

Pantai Damai saujana di hadapan tu..

Land of the hornbill
Verdict :  Alhamdulillah.. Akhirnya tercapai juga hasrat untuk melawat ke Kampung Budaya Sarawak.  Walaupun masa yang amat singkat tetapi sudah cukup untuk saya menyimpan kenangan manis di sini.  Sekurang-kurangnya untuk merayau seluruh kampung ini kita memerlukan di antara lima ~ enam jam berbanding dengan kami yang mengambil masa "short cut" selama tiga jam sahaja.   Apa yang istimewa mengenai explorasi ini ialah pelancong akan diberi pasport untuk masuk.  Setiap kali kita berkunjung ke setiap rumah budaya ini, mereka akan mengecop dengan tanda nama setiap rumah ke dalam pasport kita.  Pasport ini akan dijadikan kenangan sebagai tanda kita pernah ke sini.  Para artis dan pekerja kebudayaan di sini sangat bersopan-santun dan melayan setiap pertanyaan kami dengan begitu baik sekali.  Kemudahan tandasnya juga tersangat bersih.  Insha Allah.. jika diberi kesempatan, akan berkunjung lagi ke sini bersama anak-anak.




SELAMAT BERCUTI

Comments

Popular posts from this blog

Dari Sekinchan ke Tanjung Karang.. jom cari kerepek!

Awas.. Kata pujian kepada anak-anak kecil

Nak pakai apa dikolam renang?