Agak lama blog ini tak bersiaran.. senantiasa mencari masa akhirnya setelah habisnya 20 episode " The Moon That Embraces The Sun " lakonan Han Ga in dan Kim Soo Hyun barulah ada masa.. hahahaa... saya akan menonton k-drama ini bila ada kelapangan.. dari merapu mengumpat sharing-sharing video pilihanraya.. yang entah betul entahkan tidak.. entah tahun bila punya video lapuk.. semuanya nak di share.. mengata orang bod.. tut.. tut.. tak berotak dan dia sajalah yang betul.. baik tak payah.. wallah hu alam..
Alkisahnya tentang cerita ni.. ai copy paste ajalah sinopsisnya.. ~ The story of the secret love between Lee Hwon, a fictional king of Joseon, and Wol, a female Shaman. Wol was born from a noble family and become the crown princess, but she was entrapped and faced execution. Finally, she lived as a shaman.
Di adaptasikan dari novel "The Moon That Embraces the Sun" oleh Jung Eun Gwol, yang juga penulis novel " Sungkyunkwan Scandal " yang terkenal itu.
Verdict : Awesome! worth watching..+ the soundtrack is absolutely amazing! 1-6 episode jangan tengok.. terus skip ke episod 10, 11, 12 kemudian agak-agak dah tahu plotnya.. terus ke episode 18, 19 dan final episod ke 20. Bila ada masa barulah tengok balik episod-episod yang kita abaikan pada waktu lapang yang lain. Ini adalah tip mudah untuk menonton k-drama dalam waktu yang singkat.. hehehe.. jangan ikut cara ini kalau anda susah nak faham plot drama.
Ok.. mari balik pada tajuk entri kali ni.. Minggu lepas, untuk menghilangkan stress dan menunaikan janji yang perlu di tepati pada anak-anak yang bertiga ini, kami pun bersiap-siap untuk memulakan percutian yang bukan berada pada takwim cuti sekolah. Masa booking hotel.. semuanya okay tapi bila dah nak pergi... dua orang kata " mak.. kat sekolah ada hari Anugerah. Abang kena buat demo silat.." then kakak kata " kakak kena buat persembahan choral speaking.." dan een ada klas ganti. Hmm.... mak pun sebenarnya ada klas mengaji. Namun "kerana kasihkan ayah" (betul tak tipu.. ayah out station lama tak jumpa) malam Sabtu kami bertolak. Wah... cuti kemana? Kemana lagi... ke Kay Ell le.. kata Najwa Talib dalam lagu " Untuk Dia ".. Kiranya cuti-cuti in advance la ni.. JOM kita ke Regalia yang terletak di Jalan Sultan Ismail.
|
Studio kami di tingkat 14 --> entrance ~ pintu masuk |
|
Masuk-masuk aja inilah kitchennya |
|
Alhamdulillah.. ada hot plate untuk masak, toaster dan kettle bagai.. set of pots & pans pun ada juga |
|
Kami bawa periuk nasi.. |
|
1/2 thermos pure sup kambing.. panas..panas... |
|
balance sup kambing ~ sesi pemanasan |
|
Dinner malam tu.. sup kambing + sayur bayam + nasi putih |
|
Mana ada socket outlet kat situlah ada Samsung Tablet.. |
|
Ada saja yang charging hp... meninggalkan gadget di dapur... ish..ish.. |
|
Meja berbentuk pulau yang merupakan tempat menyimpan peralatan seperti pinggan mangkuk disebelah bawah kanan dan meja boleh tarik sorong di sebelah kiri.. menarik |
|
roti bakar pula |
|
Sofa empuk di ruang tamu ini menjadi tempat peraduan anak-anak.. lucky me, model sambilan ni tak berbayar.. hehehe.. |
|
Actually apartment yang kami sewa merupakan studio yang tidak mempunyai bilik. Konsep "open space" nya membuatkan saya berangan untuk mengubahsuai rumah kecil kami di Shah Alam untuk kegunaan di hari tua nanti. Dari dapur, ruang tamu terus ke katil tanpa ada halangan. Hanya selapis kain langsir yang jarang memisahkan ruang tamu dan katil. Awesome kan? Tak payah jauh-jauh.. anak cucu datang berkunjung nanti... bentang sahaja lemek Toto/Narita.. maka berhimpunlah mereka di hadapan TV di ruang tamu yang terletak berdekatan dengan katil. Berangan da... |
|
bantal |
|
towel |
|
Langsir memisahkan antara katil dan almari TV |
|
Siapakah yang tidur kepenatan di sebalik kelambu itu ? |
|
Toilet territory pula |
|
sink besar gaban |
|
shower dia best.. macam hujan turun dari langit |
|
harus ada.. |
|
Di depan toilet... ada ruang menggosok & tempat persalinan serta almari baju |
|
nampak tak "the swimming pool.." |
|
Jernih air kolamnya dari kejauhan |
|
Hutan tiruan.. memandangkan hotel ini agak baru, pokok-pokok belum merimbun lagi. Kami otw ke kolam renang yang terletak di tingkat 5. Fasiliti gimnasium juga ada disediakan di tingkat 4. |
|
mendung |
|
next year.. insha Allah.. tentu akan merimbun.. |
|
life saver |
|
kita start terjun kolam pagi-pagi.. masa orang tiada |
|
kalau Nana, Aye, Dedeq dan Icha ada lagi best.. |
|
Her pinky sandal.. |
|
owner of the pinky sandal |
|
life guard |
|
adik kakak |
|
Hotel ini menjual lot-lot apartmentnya kepada orang ramai yang berminat. Untuk satu studio seperti yang kami tinggal harganya lebih kurang RM400k ++ .. hmmm.. lebih kurang harga rumah double storey di Aman Perdana 2-3 tahun lepas. Kedudukan memang amat strategik di kotaraya Kuala Lumpur.. |
|
Self portrait... bukan abang yang snap ya.. abang pergi berjimba di Gym |
|
Kisah cinta.. mmmuahahaha... |
|
Breakfast di sediakan di tingkat 23.. tapi "no choices".. semuanya hidangan kering yang bahan-bahannya boleh di beli di mini market yang ada di hotel ini |
|
Dari tingkap.. lebuhraya bertingkat |
|
semuanya di depan mata |
|
Bekas cereal yang sangat awesome.. ai nak cari yang balang sebiji sahaja.. |
|
anak bujang nan satu |
|
senja nan merah |
|
My men |
Verdict : Apartment yang disediakan di sini memang bersih dan kemas, walau pun agak lengang kerana bukan di waktu percutian. Untuk sesiapa yang merancang percutian tanpa perlu "travel" jauh-jauh.. JOM lah ke Regalia @Jln Sultan Ismail. Kesempatan berkumpul dengan anak-anak selama dua malam menginap di sini sambil menonton CD "Lawak ker der 2 "dan "Dua Kalimah" , bergelak ketawa..meronda Kg Baru, berjalan-jalan di malam-malam Kuala Lumpur.. sekurang-kurangnya dapat meredakan tekanan kerja seharian disamping dapat berkisah cerita kepada anak-anak yang jauh di mata dengan ingatan " semoga anakanda berdua di sana baik-baik sahaja " dan kami semua di sini "okey! " seadanya.. Alhamdulillah....
|
JOM ronda Kg Baru |
|
Char Kway Teow ... tak boleh miss |
|
Dinner |
Mode : Mak dan ayah sudah bersiap untuk ke rumah orang kahwin di Shah Alam. Sempat balik ke rumah bagi makan kat kucing-kucing mak yang ditinggalkan di dalam sangkar di belakang rumah tu sebelum balik semula ke Regalia.
Verdict : Inilah advantagenya jika bercuti di tempat yang sepelaung jaraknya dehh... tak menyusahkan sesiapa pun.
Comments
Post a Comment